Jangan ambil remeh apabila anda merasa sakit-sakit pada bahagian ibu jari kaki. Mungkin ini petanda awal anda menghidap penyakit gout.

Malahan, jika ditanya apakah yang dirasa ketika gout menyerang? Jawapannya, bahagian yang terkena gout membengkak, panas, berdenyut-denyut sehingga sesetengah pesakit tidak dapat berjalan.

Di samping itu, gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita.

Gout Kerana Keturunan

Perlu ketahui, penyakit ini kerap terjadi kepada seseorang yang banyak memakan daging dan makanan laut, gemar minuman beralkohol dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, tidak dinafikan, sebahagian daripada masalah gout adalah disebabkan oleh faktor genetik.

Pembawa genetik ini mempunyai masalah dengan metabolisme asid urik dalam badan. Jadi, sesiapa yang mempunyai keturunan gout berkemungkinan lebih tinggi untuk mendapat gout sepanjang hayat mereka.

Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini

Siapa Yang Berisiko?

Gout berlaku dalam 1-2% dari jumlah populasi penduduk. Pada dekad ini, kejadian gout menjadi semakin biasa di kalangan penduduk. Ini dipercayai kerana peningkatan dalam fakta risiko seperti sindrom metabolik, peningkatan jangka hayat dan pertukaran diet yang diambil.

Dikatakan LELAKI dewasa adalah pengidap gout yang kerap berlaku berbanding dengan wanita dan kanak-kanak.

Lelaki – berusia 30 tahun ke atas.kerana gemar mengambil makanan seperti daging, makanan laut berlebihan, minuman beralkohol dan minuman bergula fructose yang meningkatkan paras urik.

Wanita – berlaku pada umur 50 tahun ke atas iaitu selepas menopause.

Punca Utama – Pemakanan

Sebanyak 12% dari kes gout adalah disebabkan oleh diet. Gout mempunyai kaitan yang kuat dengan pengambilan makanan seperti daging dan makanan laut, minuman yang beralkohol dan bergula fructose. Pengambilan makanan dan minuman ini akan menyebabkan peningkatan mendadak asid urik dalam darah seterusnya menyebabkan gout.

Bahagian Badan Yang Kerap Terjadi

– Sendi Metatarso-Phalangeal – Terletak pada pangkal ibu jari kaki. Ia adalah bahagian yang paling kerap berlaku serangan gout, di mana 50% kes gout berlaku pada sendi ini. Ia juga dikenali sebagai “podagra”.

– Bahagian lain yang seringkali terlibat adalah sendi buku lali, lutut, pergelangan tangan dan sendi-sendi halus pada jari-jari tangan.

IKLAN

– Manakala sendi pada kaki kerap mendapat serangan gout kerana suhu pada bahagian ini yang rendah pada waktu malam menyebabkan proses pemendapan kristal asid urik meningkat lebih tinggi atau disebabkan kemungkinan trauma fizikal minor yang lebih mudah berlaku pada bahagian ini.

Selain itu:  Lepas Sebulan Pulih Covid-19, Selera Makan Aura Kasih Meningkat. Berat Pun Makin Bertambah!

Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini

Tanda-Tanda Gout

Seseorang yang mengalami gout apabila sendi menjadi sakit dan ia berlaku dalam tempoh 2-4 jam. Biasanya, ia berlaku pada tengah malam. Sendi-sendi yang terlibat ini menjadi teramat sakit, bengkak, kulit kemerahan dan sukar untuk digerakkan.

Tempoh Kesakitan

Kesakitan akibat serangan gout boleh berlarutan selama 5-7 hari, sekiranya tiada rawatan diberikan. Selepas itu, bengkak dan kulit kemerahan juga berkurangan apabila sakit menghilang.

Info: Sebanyak 60% dari pesakit gout ini akan mendapat serangan gout kali kedua dalam tempoh satu tahun.

Pantang Larang Pesakit Gout

Apabila seseorang itu mengalami gout, mereka dinasihatkan menggelak atau mengurangkan pengambilan daging dan makanan laut serta tidak mengambil minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.

Rawatan Yang Perlu Dilakukan

Dapatkan rawatan dengan berjumpa doktor. Doktor akan membuat diagnosis dengan mendapatkan sejarah penyakit, membuat pemeriksaan fizikal serta membuat ujian darah dan x-ray sekiranya diperlukan.

Selain itu, doktor akan melakukan Definatif diagnosis untuk gout dengan mengenalpasti kehadiran Kristal Monosodium Urate di dalam cecair synovial atau Tophi.  Setelah dikenalpasti gout, pesakit akan diberikan ubat untuk mengurangkan simptom sakit pada sendi yang terlibat.

Rawatan Pemulihan

Rawatan yang diberikan oleh doktor dapat memulihkan pesakit seperti biasa. Dengan penggunaan ubat seperti NSAIDs, steroids dan Colchicine, ia dapat mengurangkan simptom sakit dan bengkak.

IKLAN

Apabila serangan akut telah reda, paras asid urik selalunya menurun melalui perubahan cara hidup dan untuk mereka yang selalu dapat serangan gout berulang, allopurinol atau probenecid  boleh menghalang serangan gout untuk jangka masa panjang.

Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini

Komplikasi Penyakit Gout

Paras asid urik yang sentiasa tinggi untuk tempoh yang lama boleh menimbulkan simptomatologi lain atau komplikasi termasuk pembentukan bengkak pada sendi oleh pemendapan kristal asid urik yang dipanggil Tophi.

Tophi yang terlalu teruk boleh membawa kepada kronik arthritis dan kerosakan sendi disebabkan hakisan pada tulang. Paras asid urik yang tinggi juga boleh menyebabkan pemendapan kristal ke dalam buah pinggang sehingga menyebabkan pembentukan batu karang dan seterusnya masalah urate nephropathy (kerosakan fungsi  buah pinggang).

Sendi Membengkok?

Sendi yang terkena serangan gout akan membengkak, kulit kemerahan dan pergerakan terbatas. Sendi tersebut juga terasa panas dan sakit apabila disentuh. NSAIDs, adalah ubat anti radang serta  penahan sakit dan Colchicine, ubat untuk mengurangkan paras asid urik di dalam darah. Ubatan ini diberikan bagi melegakan simptom-simptom tersebut.

Selain itu:  Terbeli Makanan Basi Atau Jumpa Bendasing Di Bazar Ramadan, Boleh Report Ke Pejabat Kesihatan

Selepas beberapa jam pengambilan ubat-ubat tersebut simptom sakit akan berkurangan, dan selepas beberapa hari bengkak, kemerahan dan rasa panas pada sendi tersebut turut berkurangan.

Setelah sakit dan bengkak hilang, sendi akan kembali normal dan boleh digerakkan seperti biasa. Pada masa tersebut pesakit boleh berjalan seperti biasa tanpa ada rasa sakit lagi pada sendi ibu jari kaki atau lutut.

Rawatan Alternatif

Memang terdapat banyak rawatan alternatif atau tradisional seperti ubat-ubatan herba yang terdapat di pasaran tetapi keberkesanannya berbanding dengan ubat modern tidak dapat dipastikan kerana tidak ada kajian saintifik mengenai penggunaan ubat-ubat herba kepada pesakit yang dilakukan ke atas pesakit.

IKLAN

Tip Sihat Untuk Pesakit

– Pesakit yang mendapat serangan gout perlu banyak berehat sambil mengangkat kaki dengan meletakkan kaki di atas bantal. Ini bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan sakit pada sendi kaki.

– Pesakit juga boleh menggunakan ais atau tuam sejuk untuk mengurangkan bengkak pada sendi.

– Pesakit juga digalakkan minum lebih banyak air kosong. Semasa serangan, elakkan dari memakan daging dan makanan laut, minum minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.

– Meminum kopi dan pengambilan vitamin c dan produk tenusu juga dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan gout.

Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini

Tip Sihat Elak Gout

– Amalkan cara hidup dan cara pemakanan yang sihat untuk mengelakkan dari mendapat penyakit gout terutamanya bagi anda yang mempunyai risiko keturunan.

– Anda digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin untuk mengekalkan kecergasan badan dan mengekalkan berat badan yang ideal.

– Mengambil makanan yang seimbang dan tidak mengandungi daging, makanan laut dan minuman yang beralkohol.

Sumber: Dr Bazam Abdul Rani, Consultant of Sportsorthopaedic & Arthroscopic Surgery, Knee, Ankle & Shoulder Surgeon, Kelana Jaya Medical Centre

Artikel Berkaitan:

Ini Rupanya 10 Cara Hilangkan Migrain Dengan Mudah, Tanpa Perlu Telan Pil Dengan Kerap

Rupanya Kalau Alami Kencing Berbuih, Tanda Ada Penyakit Dalam Badan. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI