Bukan sekali dua tetapi rupanya si kecil ini kerap mengalami beberapa gejala seperti susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.
Dek kerana risau keadaan ini berlarutan, sebagai ibu usahawan Tya Arifin segera membawa anaknya, Arif Jiwa mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian alergik kulit di sebuah pusat perubatan swasta.
Setelah dibuat beberapa ujian, tahulah dia bahawa anak lelaki kesayangannya itu rupanya alergik pada debu.
Berkongsi di laman Instagram mengenai info ini Tya memberitahu anak lelakinya itu kerap alami masalah susah bernafas, bersin dan badannya pula tumbuh bintik-bintik merah.
Alhasil, Arif memang allergic DEBU / Dusk. Kena selalu liat 1. Kebersihan carpet, bantal, langsir. 2. Kena tukar 5-7 hari sekali 3. Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci. 4. Elakkan tempat berkarpet.
Jadi ibu ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasihan Arif selama ini kena menahan makan coklat cheese etc ternyata debuuu je.
Macam biasa apabila tibanya Syawal hidangan paling popular disediakan adalah rendang atau gulai daging.
Lebih sedap dicicah dengan lemang atau ketupat palas. Namun benarkah pengambilan daging berlebihan tidak bagus untuk kesihatan.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Pegawai Dietetik Medical Mythbuster Malaysia, Nur Hafizah Mahamad Sobri berkata, daging merupakan satu sumber gabungan zat penting seperti protein jenis tinggi bioavailabiliti, zink, glutein dan besi heme.
“Segala zat yang terkandung dalam daging sukar untuk didapati dalam kuantiti yang baik dalam makanan lain. Sebagai contoh, besi heme hanya boleh didapati di dalam daging dan bagi individu yang tidak mengambil daging, mereka akan berhadapan masalah anemia atau sel darah merah yang rendah yang memerlukan kebergantungan kepada suplemen,” terang Nur Hafizah.
Namun demikian, pengambilan daging perlu dikawal. Dalam erti kata lain, kuantiti yang diambil perlu cukup, tidak lebih atau tidak terlalu kurang.
“Kuantiti yang disarankan kepada golongan dewasa untuk gabungan pengambilan daging atau ayam atau telur adalah separuh hingga dua hidangan dalam sehari.
“Perbandingan mudah, satu hidangan tersebut bersamaan dengan satu biji telur atau daging atau ayam bersaiz tapak tangan. Maksudnya, maksimum pengambilan (gabungan) menu tersebut mestilah tidak melebihi dua tapak tangan atau dua biji telur,” jelasnya lagi.
Sementara itu menurut Pegawai Dietetik, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Nur Adilah Muhammadun Basar pula memberitahu bahawa daging diproses itu sebenarnya sangat-sangat tidak digalakkan untuk dikonsumsi.
Ini kerana 100 gram (g) daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1g protein dan 4.2g lemak berbanding kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 g protein dan 8.8g lemak.
Daging diklasifikasikan sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi. Menikmati daging dengan kuantiti yang disyorkan akan menurunkan risiko sarcopenia atau hilangnya jisim dan kekuatan otot seiring pertambahan usia.
The American Journal of Clinical Nutrition, sarcopenia adalah masalah kesihatan yang serius di antara orang dewasa yang lebih tua tetapi dapat dicegah dengan peningkatan pengambilan protein.
Sumber protein makanan terbaik adalah makanan yang berasal dari haiwan seperti daging lembu, ikan dan produk susu.
Salah satu nutrien yang terdapat dalam daging lembu adalah carnosine iaitu sebatian penting untuk fungsi otot.
Menurut Nutrition Advance, tahap ketinggian carnosine dikaitkan dengan penurunan keletihan dan peningkatan prestasi semasa latihan.
Kekurangan zat besi merupakan salah satu penyebab anemia dan gejala utamanya adalah keletihan dan tubuh badan berasa lemah.
Daging lembu adalah sumber zat besi yang bagus terutama dalam bentuk besi heme dan paling mudah didapati kerana hanya terdapat dalam sumber protein haiwan.
Jika dibandingkan dengan besi bukan heme, besi heme lebih mudah diserap oleh badan. Oleh yang demikian, memakan daging adalah salah satu kaedah terbaik untuk mencegah anemia.
Daging lembu juga dipercayai dapat meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan risiko diabetes.
Asid linoleat yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan kepekaan insulin. Selain itu, sebatian L-carnitine yang terkandung di dalam badan lembu dapat meningkatkan tahap glukosa dan profil kolesterol keseluruhan pada pesakit diabetes jenis 2.
Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis kompleks vitamin B dan daging boleh menjadi sumber vitamin B kompleks yang baik.
Daging lembu turut mengandungi vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem saraf, vitamin B3 yang dapat menyokong sistem pencernaan dan vitamin B2 yang baik untuk kesihatan kulit dan mata.
Salah satu penyebab jangkitan luka yang paling biasa adalah penyaluran oksigen ke tisu yang rosak. Kekurangan mineral boleh melambatkan pembentukan dan pembaikan tisu. Justeru, mineral yang terkandung dalam daging membantu dalam penyembuhan kerana berperanan menyebarkan oksigen melalui darah.
Nutrisi yang terkandung dalam 100 gram daging lembu:
Kalau anda anda masih mencari cara pudarkan jeragat degil, mungkin tip cantik ini untuk anda. Tidak lagi menggunakan bahan alami tetapi cukup hanya dapatkan tiga bahan yang sangat membantu tanpa ragu-ragu.
Jom selongkar, macam mana nak cantik walau umur makin meningkat!
Anda yang dah berumur 50 tahun yang ada jeragat, sila masuk. Kali ini Puan Hasnah Hussiin nak kongsi apa yang dia pakai untuk kelihatan awet muda dan tak kusam.
Kalau tengok perubahan selepas pakai, banyak jeragat dah berkurang. Ya, umur dah makin meningkat pun, kulit wajah tetap kena jaga. Sedapkan mata sendiri memandang, apa lagi orang lain yang tengok kita.
Krim ini memang digunakan untuk merawat masalah jeragat dan memutihkan kulit sahaja. Kalau konsisten pakai memang anda akan nampak perubahan pada kulit, jadi makin cerah dan jeragat makin pudar.
Kalau anda kulit kering, memang selesa. Akan rasa kulit lebih lembap dan bersih dari segala cela.
Glycolic Acid ini bagus juga kalau anda ada parut jerawat, dark spots, tona kulit tak sekata, garis halus dan kedut. Yang ada masalah jeragat, lagilah membantu!
Sangat mudah digunakan, selepas membersihkan muka dengan makeup remover dan face wash, tuang secukupnya di kapas lalu sapu ke seluruh wajah.
Awas, produk ini cukup dipakai 1 kali sehari pada waktu malam sahaja. Jangan pakai tiap malam pula.
Hasilnya kulit tampak lebih cerah dan bersih. Toner ini mengandung chemical exfoliant iaitu glycolic acid (AHA) dalam kadar yang cukup tinggi namun masih selamat digunakan pada muka.
Malah toner ini mengandung aloe vera sebagai bahan pelembab dan sama seperti produk The Ordinary yang lain, produk ini tidak mengandung pewangi.
Suka bila pakai, rasa kulit meresap ke dalam kulit dan rasa kulit very supple, tak rasa kering, jika sebelum ini pedih sebab kering sangat, tapi bila dah sapu ini semua hilang. Terus rasa lembut sangat kulit.
Boleh pakai kalau rasa kulit kering sangat duduk dalam aircond. Tak pedih langsung, no irritation, and kulit rasa soothing bila pakai.
Gunakan dua kali sehari selepas membersihkan wajah. Sapukan pada telapak tangan dan tepuk lembut ke kulit hingga diserap dengan teliti.
Haa.. menarik, bukan? Nak cantikkan kulit ni kena rajin, walau mata mengantuk tetap tak boleh skip pakai skincare. Dan anda boleh cuba salah satu barang baik yang wanita ini kongsi nanti. Yang penting, beli dan amalkan pakai. Barulah ada hasilnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.