Cuaca yang panas sekarang ini menyebabkan anda kerap minum air yang banyak. Itu adalah perkara baik.

Namun, jangan anda bertahan tanpa memasukkan sebarang cecair di dalam badan. Ini boleh menyebabkan badan kehilangan air, seterusnya boleh mengundang kepada bahaya.

Apa Yang Anda Tahu?

Dehidrasi ialah kehilangan air dan garam daripada badan yang berlebihan. Kehilangan cecair badan dan bahan elektrolit yang terdiri dari garam akan mengganggu sistem tubuh manusia untuk berfungsi dengan sempurna menyebabkan gejala dehidrasi atau kekeringan dalam badan

Seseorang itu boleh mengalami dehidrasi apabila:

  • Demam tinggi dan berpanjangan
  • Terdedah kepada keadaan sekitaran yang panas
  • Muntah dan cirit birit
  • Tidah berupaya untuk minum
  • Luka terbakar yang besar di tubuh badan
  • Melalui pernafasan yang cepat dan berterusan

Selain Muntah, Cirit Birit, Kopi Juga Penyebab Dehidrasi?  Jangan Pandang Ringan, Kena Tahu Gejala Lain!

Antara tanda-tanda yang boleh anda ketahui bahawa anda mengalami dehidrasi ialah:

  • Mulut dan lidah kering
  • Dahaga
  • Kurang pengeluran air kencing dan berwarna kuning pekat
  • Pengsan disebabkan tekanan darah yang rendah
  • Kelesuan dan tidak bermaya
  • Tidak berupaya untuk berpeluh
  • Kekeliruan dan sawan
  • Berat badan yang turun mendadak dan mata cengkung
  • Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut
  • Kekejangan di otot kaki dan lengan

Manakala tanda dehidrasi yang serius apabila:

IKLAN
  • Denyutan jantung yang terlalu cepat
  • Nafas terlalu cepat
  • Tiada air mata keluar apabila menangis
  • Demam
  • Paling serius apabila seseorang tidak sedarkan diri

Siapa yang berisiko?

  • Bayi dan kanak-kanak – mereka akan mengalami mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sehingga kehilangan 6-9% berat badan. Lebih teruk apabila lebih daripada 10% kanak-kanak kehilangan berat badan
  • Warga tua.
  • Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas.

Selain Muntah, Cirit Birit, Kopi Juga Penyebab Dehidrasi?  Jangan Pandang Ringan, Kena Tahu Gejala Lain!

Jangan Lupa Air!

Pengambilan air yang banyak sangat membantu dalam mengawal dehidrasi. Malah untuk mengembalikan dan menambah cecair dan elektrolit (garam) dalam badan, anda perlu:

  • Minuman sukan (isotonik)
  • Mengambil larutan garam rehidrasi oral (ORS)
  • Air nasi atau bubur sebagai rawatan rehidrasi awal
Selain itu:  "Jangan Banyak Stresskan Otak," - Rahsia Melissa Saila Kekal Cantik & Awet Muda Di Usia 50 Tahun

Makanan Lain Pulihkan Dehidrasi

Selain air, terdapat juga makanan yang boleh membantu atau mungkin lebih baik daripada air kerana nilai gizinya yang tinggi. Beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil ketika dehidrasi.

  • Tembikai – Ia mengandungi air sehingga 92%, kaya dengan vitamin C, beta karoten, likopen dan hanya mengandungi 8% gula.
  • Timun – Ia jugam engandungi banyak air untuk mengawal dehidrasi, kaya kalsium, magnesium, kalium dan natrium
  • Seleri – Kadar airnya ssangat tinggi berbanding dengan sayuran lain iaitu sehingga 96%.
  • Sup – Kadar airnya yang tinggi dan sup bening lebih baik berbanding jenis sup yang pekat.
  • Agar-agar – Mungkin anda menganggap pencuci mulut tetapi air adalah bahan utama agar-agar dan ia sumber yang baik kerana mengandungi kolagen.

Selain Muntah, Cirit Birit, Kopi Juga Penyebab Dehidrasi?  Jangan Pandang Ringan, Kena Tahu Gejala Lain!

Kopi Penyebab Dehidrasi?

Dikatakan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh boleh membuatkan seseorang itu mengalami dehidrasi. Ia juga mempunyai sifat diuretik yang boleh menyebabkan kencing berlebihan

IKLAN

Walaubagaimanapun, jika anda sudah terbiasa menikmati secawan kopi atau teh secara teratur dalam sehari, ia tidak akan menyebabkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan.

Menurut Lisa Renn, ahli diet dari Dietitians Association of Australia mengatakan pengambilan kafein dalan jumlah yang tinggi bertindak sebagai diuretik pada sesetengah orang tetapi pengambilan yang tidak berlebihan tidak akan memberi efek diuretik.

Alasan Kafein itu Dehidrasi

Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, cokelat dan minuman tenaga memberi kesan kepada dehidrasi kerana ia diambil dalam jumlah yang banyak iaitu lebih daripada 500mg.

Selain Muntah, Cirit Birit, Kopi Juga Penyebab Dehidrasi?  Jangan Pandang Ringan, Kena Tahu Gejala Lain!

IKLAN

Penyakit Lain Disebabkan Dehidrasi:

  • Diabetes Mellitus
  • Kegagalan buah pinggang
  • Pesakit jantung
  • Kegagalan kelenjar pituitary
  • Radang usus

 Tip Sihat:

  • Elakkan terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama.
  • Memakai topi atau payung sebagai perlindungan dari cahaya matahari yang terik.
  • Minum air kosong yang banyak 7-8 gelas sehari.
  • Elakkan minuman keras
  • Elakkan memakai pakaian ketat dan berwarna gelap ketika cuaca panas.
  • Kurangkan aktiviti fizikal pada masa cuaca panas
Selain itu:  Diet Tanpa Berlapar, Fitness Coach Kongsi Senarai Stok Makanan Sihat Patut Ada Di Rumah

Selain Muntah, Cirit Birit, Kopi Juga Penyebab Dehidrasi?  Jangan Pandang Ringan, Kena Tahu Gejala Lain!

Sumber: DR AIZAN HASSANUDDIN, DEMC SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM

Artikel Berkaitan:

Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini

Ini Rupanya 10 Cara Hilangkan Migrain Dengan Mudah, Tanpa Perlu Telan Pil Dengan Kerap

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI