Kebiasannya kita melihat kaum lelaki yang memiliki bulu berlebihan atau lebat di bahagian tertentu seperti dada, bulu misai serta anggota badan lain.

Namun agak janggal jika melihat wanita yang mempunyai masalah bulu berlebihan ini terutamanya di bahagian muka, dada dan belakang badan.

Masalah ini dinamakan sebagai hirsutisme. Jika anda mengalami ini, adakah ia normal dan bagaimana daya konfiden seseorang itu untuk bersosial.

IKLAN

Perkongsian Dr. Iskandar Mirza di laman sosial twitter memberitahu secara terperinci mengenai masalah ini termasuk punca, kesan dan rawatan terbaik mengatasinya.

Selain Hilang Konfiden, Kena Tahu Bahaya Lain Masalah Bulu Berlebihan. Doktor Ini Jelaskan Punca & Rawatan Terbaik Hirsutisme!

IKLAN

Pertumbuhan bulu berlebihan ini disebabkan oleh penghasilan hormone lelaki (androgens) terutamanya testosterone pada wanita.

Bulu biasanya bewarna hitam dan berlak di mana perempuan kebiasannya tiada seperti di muka, dada, bahagian perut, celah kangkang dan belakang badan

Simptoms Lain Hirsutism

– Suara garau
– Botak kepala
– Berjerawat
– Payudara mengecil
– Otot semakin membesar
– Pembesaran clitoris

Bila Untuk Berjumpa Doktor?

Jika terlalu banyak bulu di badan, berjumpalah dengan doktor dan berbincang mengenai cara mencegah dan rawatan terbaik.

Ada masa anda akan di rujuk kepada pakar endocrine untuk rawatan susulan

Selain Hilang Konfiden, Kena Tahu Bahaya Lain Masalah Bulu Berlebihan. Doktor Ini Jelaskan Punca & Rawatan Terbaik Hirsutisme!
Gambar sekadar hiasan.

Penyebab Hirsutism

– Polycystic ovarian syndrome
– Cushing syndrome
– Congenital adrenal hyperplasia
– Tumor
– Ubat-ubatan: minoxidil, danazol, testosterone.

Komplikasi Hirsutism

– Masalah emosi
– Masalah depressi
– Period yang tidak sekata

Cara Mencegah Hirsutism

Jika anda mempunyai polycystic ovarian syndrome, pengurangan berat dapat mengurangkan masalah hirsutism.

Cara Rawatan

– Jika bukan disebabkan oleh masalah endocrine, tiada rawatan perlu diberikan. Penjagaan sendiri sudah memadai (pembuangan bulu sendiri)
– Jika ada masalah endocrine, Doktor akan memberi pilihan rawatan terbaik kepada anda.

Prosedur Membuang Bulu Berlebihan

Laser therapy -> merosakkan follicle rambut
Electrolysis -> elektrod dicucuk di bahagian follicle rambut dan renjatan electric minimal diberi untuk merosakkan follicle rambut.

Selain Hilang Konfiden, Kena Tahu Bahaya Lain Masalah Bulu Berlebihan. Doktor Ini Jelaskan Punca & Rawatan Terbaik Hirsutisme!
Gambar sekadar hiasan.

Artikel Berkaitan:

IKLAN
Selain itu:  Kulit Putih & Cerah Tak Bermaksud Sihat. Ini Kriteria Wanita Perlu Ambil Tahu Elak Masalah Kulit!

Ini Rupanya 10 Cara Hilangkan Migrain Dengan Mudah, Tanpa Perlu Telan Pil Dengan Kerap

Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI