Migrain merupakan sakit kepala yang menyerang secara berulang dan biasanya berlaku disebelah bahagian kepala sahaja.

Ia berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Pesakit akan merasai sakit kepala yang berdenyut-denyut, loya, muntah dan mereka akan menjadi sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Apabila sudah sakit apa lagi, telan saja ubat bagi membantu serangan berkurangan. Namun, sebenarnya selain daripada penggunaan ubatan, anda juga boleh merawat migrain dengan bahan dan cara semula jadi.

Ini Yang Anda Boleh Buat:

1. Pilih diet yang sesuai

Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh mencegah serangan sakit kepala ini dan antaranya dalah seperti berikut:

– Makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi seperti sosej, daging proses dan bacon

– Coklat

– Keju yang mengandungi tyramine seperti parmesan, cedar, swiss, feta

– Makanan yang mengandungi banyak monosodium glutamate iaitu perasa makanan

– Makanan yang terlampau sejuk seperti aiskrim atau minuman ais

IKLAN

– Makanan segera

– Kekacang

– Produk tenusu seperti susu mentega, krim masam dan yogurt

– Buahan kering

– Kafein dalam jumlah sedikit boleh melegakan migrain bagi sesetengah orang kerana kafein juga terkandung dalam sesetengah ubatan migrain. Namun, kafein yang berlebihan boleh mencetuskan serangan migrain

IKLAN

2. Sapu minyak lavender

Menurut kajian, minyak lavender dapat membantu mengurangkan simptom serangan migrain. Korang boleh titiskan beberapa titis minyak lavender ke dalam air dan menyemburkannya pada muka setiap beberapa jam. Korang juga boleh menyapu minyak lavender ke bahagian tepi kening dan dahi. Seterusnya, lakukan urutan secara perlahan-lahan.

3. Amalkan senaman regangan dan yoga

Yoga dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan otot, membantu pesakit migrain. Kajian membandingkan pesakit migrain yang engambil ubatan sahaja dengan pesakit yang mengambil ubatan serta yoga mendapati bahawa pesakit yang mengamalkan yoga mendapat kelegaan yang lebih cepat berbanding yang hanya mengambil ubat-ubatan.

4. Urutan pada leher

Urutan secara perlahan-lahan pada kawasan otot dibahagian leher dan bahu boleh mengurangkan tekanan dan mengurangkan sakit daripada serangan migrain. Urutan juga mampu menghilangkan tekanan.

5. Mengawal stres dengan baik

Tekanan merupakan antara punca utama korang boleh diserang migrain. Cari cara yang baik untuk mengawal tekanan seperti bersenam, bermeditasi, mendengar muzik atau berehat bersama keluarga bagi meredakan tekanan yang dialami.

6. Pengambilan makanan tambahan mengandungi magnesium

Kajian mendapati bahawa kekurangan mineral seperti magnesium boleh mencetuskan serangan migrain. Ia juga boleh menyebabkan aura iaitu gangguan penglihatan yang dialami sejurus sebelum serangan berlaku. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain.

IKLAN

7. Pengambilan vitamin B kompleks

Ia berfungsi mengawal neurotransmitter iaitu sejenis protein dalam otak dan badan yang mengawal respons. Vitamin B juga dapat membantu mengurangkan tahap teruk dan kekerapan serangan migrain.

8. Amalkan minum air kosong secukupnya

Kurang minum air dan dehidrasi juga merupakan salah satu punca tercetusnya serangan sakit kepala dan migrain. Pastikan korang mengambil jumlah air yang secukupnya setiap hari, iaitu sebanyak 1 liter atau 8 gelas air.

9. Rehat yang secukupnya

Kekurangan tidur dan rehat juga boleh mencetuskan serangan. Pastikan korang mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 6 jam setiap malam bagi merehatkan badan dan otak, mengurangkan stres serta mencegah serangan migrain. Jika korang sering berjaga lewat malam bagi menyiapkan kerja, cuba tukar jadual tidur dan amalkan tidur lebih awal. Keesokan paginya, korang boleh bangun sekitar jam 5 pagi dan menyambung tugasan.

10. Tuam dahi dan kawasan mata

Sesetengah orang apabila mereka menuam menggunakan tuala hangat ataupun sejuk pada bahagian kepala, ia dapat melegakan dan membantu mengurangkan sakit kepala. Korang juga boleh meletakkan tuala hangat dan sejuk sekitar kawasan mata bagi melancarkan peredaran darah serta mengurangkan sakit. Pastikan basahkan tuala dengan air suam dan bukannya air panas kerana ia boleh menyebabkan lecuran.

Walau bagaimanapun, sekiranya korang mendapat serangan migrain yang teruk dan berlanjutan, pastikan korang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat daripada pakar.

Sumber: The Diagnosa

Artikel Berkaitan:

Rupanya Kalau Alami Kencing Berbuih, Tanda Ada Penyakit Dalam Badan. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya!

Faktor Keturunan & Kotor Antara Punca Jerawat. Guna 5 Bahan Dapur Atasi Masalah Ini!