Pernah atau tidak anda mengalami masalah kegatalan yang sangat memeritkan. Malah semakin digaru semakin sedap hinggakan kulit boleh berdarah.

Apa sebenarnya punca kepada masalah gatal atau kudis buta ini. Menurut Dr Samhan di laman twitternya menjelaskan, kudis buta atau skababies yang dsebabkan gigitan kutu bernama Sarcoptes Scabiei.

Dikatakan kutu ini akan masuk ke dalam kulit dan mati selepas mengeluarkan telur. Bunyinya agak mengerikan dan boleh meremang tengkuk mendengarnya.

Kebiasaannya, tempat yang menjadi tempat jangkitan adalah di celahan jari, tapak tangan, pergelangan tangan, kemaluan dan juga punggung. Dikatakannya juga mudah berjangkit dengan sentuhan kulit atau berkongsi cadar atau tempat tidur.

Ayuh ikuti kupasan lanjut oleh Dr Samhan mengenai jangkitan kudis buta ini.

GatalnyaTak Boleh Bawak Bincang. Doktor Jelaskan Punca & Kaedah Rawatan Terbaik Kudis Buta!

BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL?

Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.

Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!

BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?

Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.

Kutu ini boleh jatuh pada tuala,selimut,baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta

dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.

Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !

Jangkitan skabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.

IKLAN

Ruam skabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, dan sangat jarang melibatkan muka dan kepala.

GatalnyaTak Boleh Bawak Bincang. Doktor Jelaskan Punca & Kaedah Rawatan Terbaik Kudis Buta!
Gambar sekadar hiasan.

APA RAWATANNYA?

1.Menggunakan losyen antiscabies

1. Losyen Permethrin 5%

– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan keatas dan wanita mengandung

– Sapu dan biarkan semalaman

– Contoh: A-Scabs lotion

2. Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%

– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.

– Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air

IKLAN

– Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)

– Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)

– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.

– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed

3. Losyen Lindane 1%

– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.

– Gunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.

IKLAN

– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu yg bermasalah kulit

– Contoh : Scaboma Lotion

2. Jangan berkongsi tuala,baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.

3. Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.

4. Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama walaupun mereka tidak ada rasa gatal.

5. Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.

Bantu saya untuk #share info penting supaya lebih ramai mak ayah faham tentang kudis buta dan cara merawat dengan betul dan efektif.

Dr. Ahmad Samhan

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Rupanya Ini Cara Simpan Strawberi Tahan Lama Dan Tak Lembik

Rupanya Tempahan Vaksin AstraZeneca Dibuka Yang Tular Palsu & Ini Perlu Dibuat Jika Berjanji Temu

“Ketulan Putih & Berbau Busuk Dalam Mulut” – Doktor Gigi Ini Jelaskan Punca Sebenar Tonsil Stones

Buat Senaman Pilates Sejam Setiap Hari, Cara Cepat Turunkan Berat Badan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI