Endometriosis ialah satu keadaan yang tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan pelbagai masalah lain yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita.
Dalam portal MyHealth memberitahu Endometriosis boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, segugut, kesakitan pada bawah perut dan pinggang, , keguguran, gangguan kencing, dan lain-lain. Tetapi ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang gejala
Penjelasan Dr Muhammad Izzat di laman twitter juga memberitahu penjelasan mengenai penyakit Endometriosis yang juga digelar penyakit hantu.
Follow thread ni, saya explain more about Endometriosis
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim ( endometrium ) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian. Sangat biasa ditemui – 1 dalam 10 wanita mengalaminya.
Kalau mak atau adik beradik perempuan ada endometriosis ni, selalunya anda akan ada juga.
Masalah endometriosis ini akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita. Boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.
Apakah simptom-simptom endometriosis?
Simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak. Untuk mereka yang dah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan.
Ada pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki. Walaupun begitu, ada je orang yang ada endometriosis ni takda apa-apa simptom langsung.
Lazimnya sakit disebabkan endometriosis ni berlaku dalam corak atau pola yang sama – jadi teruk sebelum atau semasa period. Ada perempuan yg ada sakit setiap masa tapi ada sesetengah perempuan pula, sakitnya datang dan pergi. Sakit ini akan hilang atau kurang bila u pregnant
Apa sebabnya endometriosis?
Sebab sebenar tidak diketahui, sehinggakan cikgu saya di Universiti pun menggelarkan endometriosis ini sebagai “PENYAKIT HANTU” – maksud beliau tiada siapa yang faham apa sebenarnya penyakit endometriosis.
Walaubagaimanapun kita faham bahawa tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim ini akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid.
Ads
Maka jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama berlaku juga pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim ini. Pendarahan ini menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukkan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis.
Sama konsepnya macam bila kita ada luka terkoyak, parut akan terbentuk kemudiannya sebagai langkah semulajadi penyembuhan, sama gak apa yang berlaku pada mereka yang ada endometriosis ini cuma proses ini berlaku dalam rongga pelvis. Takde lah nampak parut tu kat luaran.
– Ovaries ( boleh membentuk kantung yang dikenali sebagai endometrioma atau ‘chocholate cyst’ ) – bukan sebab makan coklat jadi cmni ye
– Dalam peritoneum ( lapisan yg menyelaputi pelvis dan abdomen )
– Pada Tiub fallopian
– Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim
– Kawasan antara vagina dan rektum
Ads
Endometriosis boleh terjadi pada dinding dalam rahim dinamakan adenomyosis dan amat jarang berlaku pada usus dan pundi kencing.
Macam mana doktor tahu seseorang tu ada endometriosis?
Susah nak tentukan wanita tu ada endometriosis atau tak. Kenapa?
Sebabnya simptom endometriosis ini berbeza antara individu, bukannya sama.
Symptom endometriosis boleh menyerupai sakit disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti irritable bowel syndrome atau pelvic inflammatory disease. Lain rawatannya.
Ada je orang yang ada endometriosis tidak menunjukkan apa-apa symptom
So, bila berjumpa Dr, ada beberapa soalan yang biasa ditanya :
– Sakit tu ada pattern ke, ada kene mengena dengan apa-apa seperti period ?
– Mcm mana period ? – sakit ke atau banyak ke?
– Kalau melakukan hubungan seks – ada sakit ?
Ads
– Ada masalah ketika nak buang air besar atau kecil ketika period?
– Susah nak mengandung ke? Lebih lebih lagi ada symptom-symptom yang saya da ckp tadi
Kemudian Dr akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesan mana puncanya sakit tu. PASTIKAN anda ada peneman ( chaperone ) semasa pemeriksaan. Tak kira doktor tu doktor perempuan ke doktor laki.
MESTI ADA CHAPERONE.
Mungkin lepas pemeriksaan, anda akan menjalani pemeriksaan ultrasound – pelvic ultrasound scan
Biasa saya akan buat scan dari bawah transvaginal utk mereka yg dah berkahwin atau pernah lakukan hubungan seks untuk lihat rahim dan ovari dengan lebih dekat.
Boleh la nampak kalau ada ‘cyst’ pada ovari.
Kalau ada cyst yg menyebabkan sakit ini, doktor akan berbincang utk pembedahan laparoskopi membuang cyst. Pembedahan ini bukan sekadar nak buang cyst, selain itu boleh melihat keseluruhan rongga pelvis dan abdomen untuk endometriosis
Kalau perlu sedikit sampel diambil untuk analisis makmal.
Kalau dah confirm endometriosis, apa rawatan akan diberikan?
– Rawatan ubatan untuk mengawal rasa sakit
– Rawatan pil hormon
– Pembedahan – laparoskopi atau laparotomi ( bergantung kepada tahap endometriosis )
Apa-apa pun bukan semua pilihan rawatan boleh diberikan kepada pesakit. Tahap endometriosis dan keadaan keseluruhan pesakit perlu diambil kira sebelum apa-apa rawatan diberikan. Sila berbincang dengan Dr terlebih dahulu
Rupanya kuku rosak pun berkait dengan masalah kesihatan kita, sama ada bertompok putih, merah atau rapuh, setiap satunya ada maksud tersendiri.
Cuba semak kuku anda dan perhatikan adakah ada berkait seperti yang dinyatakan. Haa… kalau terjebak sama, anda boleh jumpa doktor pakar untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.
Kuku Rosak Petanda Ada Penyakit, Cuba Semak!
Ini antara masalah kuku rosak yang berkait dengan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan dalam portal Hello Doktor, semak ya.
Kuku rapuh
Kuku yang kering, rapuh atau kerap patah ini menunjukkan tanda masalah kesihatan iaitu penyakit tiroid. Dan kuku retak atau terbelah dengan warna kuning pula, menunjukkan jangkitan kulat.
Kuku beralun
Kuku beralun dengan garis menegak atau beralun pula, menunjukkan masalah kesihatan buah pinggang dan tulang. Manakala permukaan kuku bergelombang atau berlubang pula, boleh menjadi tanda psoriasis atau athritis.
Jalur menegak disertai perubahan warna kuku adalah tanda anemia. Garisan mendatar menunjukkan penyakit seperti buah pinggang.
Berbintik putih
Jika ada bintik-bintik putih di kuku, boleh menjadi tanda bahawa badan kamu kekurangan zink dan kalsium. Tak bahaya, cuma kamu perlu tingkatkan tahap pengambilan nutrisi untuk elak masalah kesihatan lain pada masa akan datang.
Pucat atau kuning
Kuku pucat mencerminkan masalah kesihatan yang melibatkan hati, buah pinggang atau jantung. Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.
Kuku kuning pula dikaitkan dengan masalah bronkitis kronik, tiroid, paru-paru, diabetes atau psoriasis.
Ada garisan hitam
Garisan hitam di kuku boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti trauma atau tersepit pintu. Dan keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti melanoma atau kanser.
Kalau perasan garisan hitam ini sudah berada di kuku terlalu lama, cepat-cepat dapatkan nasihat dan pemeriksaan okay?
Tiada bentuk bulan sabit
Siapa yang ada bentuk bulan sabit berwarna putih di kukunya, bermakna dirinya adalah sihat. Tapi kalau tiada, ia membawa maksud badan kamu kekurangan zat, kemurungan atau anemia.
Sila jumpa dengan doktor kalau kuku nampak merah dan alami simptom seperti pening, gelisah atau sakit kepala.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak ramai yang tahu macam mana langkah cegah asma apabila anak-anak jadi salah seorang pesakit, jadi mak ayah wajib ambil peduli tentang penyakit ini.
Penyakit asma selalu dianggap sakit yang ‘biasa’ bagi sesetengah pihak. Tetapi anda kena sedar dari awal, jika tidak dirawat boleh mengancam nyawa.
Langkah Cegah Asma, Mak Ayah Wajib Ambil Peduli Dari Awal
Penyakit asma atau penyakit lelah ialah masalah radang paru-paru kronik yang disebabkan oleh pelbagai rangsangan luar. Antaranya debu, bulu haiwan, debunga, asap, cuaca sejuk, alergik dan jangkitan pernafasan.
Tetapi disebabkan penyakit asma boleh diwarisi secara genetik (penyakit keturunan), anak-anak kepada penghidap penyakit asma lebih berisiko untuk mengalami masalah ini.
Ini antara langkah-langkah yang patut anda lakukan jika ada ahli keluarga mempunyai asma.
1. Jauhkan diri dari bahan alergik
Elakkan diri daripada bulu binatang, debu dan debunga. Kalau pakai karpet tu, sebaiknya pilih yang tidak berbulu.
2. Hindari asap rokok
Ini paling asas ya, payah macam mana pun kena berhenti rokok sebab asap rokok boleh mengganggu saluran pernafasan. Elakkan juga dari duduk bersebelahan dengan orang yang sedang merokok ya! Jadi, ayahnya dulu kena berhenti merokok.
3. Rajin bersenam
Senaman ringan dapat membantu melatih stamina otot pernafasan dan memperkuatkan daya tubuh penderita asma. Berenang adalah antara sukan yang paling digalakkan.
4. Jaga Diet
Gastrik atau GERD adalah faktor yang menyumbang kepada serangan asma. Jaga diet! Elakkan juga dari mengambil kopi, makanan pedas dan masam.
5. Vaksinasi
Pesakit asma digalakkan mengambil vaksin supaya mendapat perlindungan yang lebih baik terhadap pesakit asma.
Asma Semakin Meningkat
Dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun.
Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dan kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZaneca sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’ bertempat di Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia.
Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif dan ianya telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, selebriti tempatan dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZaneca.
Bertemakan “Kawal Asma Anda”, kempen ini mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.
Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1700 kes dilaporkan pada 2014.
Ya, angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain. Tetapi menurut pakar, kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.
Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu.
Jadi sangat penting mendidik orang awam tentang pengetahuan mengenai asma. Mari kita sebarkan dan panjangkan ilmu ini kepada orang ramai. Jangan lupa kongsi!