Ramai anak muda percaya tiada kesan buruk tabiat menghisap vape. Namun bahan terlarang ada di dalam cecair termasuk nikotin. Ramai percaya cecair ini hanya perisa tanpa menyedari ia mengandungi nikotin yang sangat berbahaya bagi kesihatan dalam jangka masa panjang.

Ketagihan pada nikotin sangat bahaya kerana ia memberi kesan ketagihan. Masa yang sama ia mempengaruhi saraf serta otak seseorang dan lama kelamaan amat sukar untuk seseorang itu melepaskan diri daripada ketagihan. Fromalin, timah, merkuri, timbal dan juga bahan perasa lain yang juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser.

Namun selagi belum sakit, selagi itulah tiada kesedaran timbul. Satu perkongsian dari pengguna fb, Faris Ifwat Mohamad Fauzi seharusnya menimbulkan kesedaran pada anak yang masih ketagih menghisap vape.

Dulu Tak Percaya Keburukan Vape, Pemuda Kongsi Pengalaman Ngeri  Alami Nafas Pendek & Cungap Sebelum Doktor Tebuk Paru-Paru

Assalamualaikum. Alhamdulillah  saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping n smoking.

IKLAN

Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini mnyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.

Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube utk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik. Jika lambat tebuk kemungkinan paru-paru saya akan berhenti dan boleh menyebabkan kematian.

Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke empat.

IKLAN

Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara mara saya, doktor-doktor, jururawat dan smua staff hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.

Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari- hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada. Yalah terpaksa berhenti mengejut).

IKLAN

Dulu Tak Percaya Keburukan Vape, Pemuda Kongsi Pengalaman Ngeri  Alami Nafas Pendek & Cungap Sebelum Doktor Tebuk Paru-Paru

Untuk kawan-kawanku beringatlah sesama kita bertapa bahaya nya benda alah ni. Dulu saya seperti anda semua tak percaya. Bila dh kena kt diri sendiri baru ada akai org cakap.

Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula  kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas, nafas jadi pendek dan tercungap cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas. Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.