Diabetes, penyakit yang sukar untuk dikesan pada peringkat awal, sehinggakan sesiapa sahaja yang menghidapnya menganggap ia perkara ringan dan diabaikan.
Jangan pandang ringan pada penyakit ini kerana diabetes mencetus segala punca penyakit kronik dan jika tidak ditangani boleh membahayakan kesihatan seseorang, mungkin juga boleh membawa maut.
Diabetes – Penyakit Metabolik
Diabetes adalah sejenis penyakit metabolik yang sering ditemui di merata dunia termasuk di Malaysia. Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman seperti ginjal, jantung, otak, saraf, mata, kulit dan sebagainya.
Seseorang yang dikaitkan dengan diabetes adalah mereka yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi dan boleh membawa banyak jenis gejala dan masalah lain.
Malahan, jangan anggap diabetes tidak menyerang remaja atau orang muda. Walhal, sekarang ini semakin ramai yang menghidap diabetes pada usia muda, bahkan kanak-kanak. Salah satu penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan.
Keturunan – Faktor Penyebab
Selain daripada faktor keturunan, terdapat juga faktor lain yang menjadi punca kepada penyakit diabetes iaitu, ketidak seimbangan pemakanan (makanan dan minuman yang tidak sihat atau manis), kurang bersenam, berat badan berlebihan dan sebagainya.
Diabetes juga dibahagiakan kepada diabetes tahap 1, tahap 2 dan lain-lain. Diabetes tidak hanya diturunkan kepada gen (keturunan) kerana faktor lingkungan dan pola gaya hidup juga boleh menjadi pemicu timbulnya diabetes.
Lelaki @ Perempuan
Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira jantina atau umur. Tidak dinafikan, semakin ramai pesakit-pesakit muda yang mendapat diabetes sekarang ini, malah ada pesakit yang dalam lingkungan umur belasan tahun.
Ads
Antara Simptom
Berat badan turun tanpa sebab
Berat badan akan turun jika anda mengubah pola pemakanan, melakukan aktiviti yang melebihi aktiviti biasa, sembuh dari sakit dan sebagainya. Tetapi, jika berat badan turun tanpa sebab, mungkin kerana gejala diabetes tahap 1.
Kerap membuang air kecil
Kerap mahu membuang air kecil. Walaupun baru sahaja ke tandas, selang beberapa minit mahu ke tandas untuk kencing.
Sering dahaga
Tanpa sebarang sebab anda merasa sangat dahaga sepanjang hari. Ia terjadi kerana badan kehilangan air dan memerlukan cairan dalam badan.
Penglihatan semakin lemah
Penglihatan anda semakin kabur kerana tingkat glukosa dalam darah meningkat.
Cepat penat
Anda merasa cepat penat daripada biasa.
Ads
Warna kulit berubah
Bintik-bintik hitam timbul pada kulit dan biasanya berlaku di bahagian leher.
Kerap lapar
Kadar insulin membuatkan seseorang itu cepat merasalapar walaupun sudah makan banyak daripada biasa.
Luka sukar sembuh
Petunjuk yang senang anda tahu tentan diabetes adalah luka pada bahagian badan. Perhatikan, jika anda mengalami luka atau tergores sehingga mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding biasa.
Jenis-Jenis Diabetes
Diabetes jenis pertama (Type 1 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – Insulin Dependent) atau diabetes awal remaja. Rawatan penyakit ini memerlukan suntikan insulin dari umur kanak-kanak atau awal remaja lagi.
Gejala: Ia berlaku pada kanak-kanak. Jika anak kerap rasa tidak sihat atau demam, lakukan ujian paras glukos dalam darah.
Ads
Diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90%-95% daripada penghidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes).
Gejala: Ia berlaku kepada orang dewasa. Kerap terkena jangkitan kuman atau kudis, luka yang lambat sembuh, kerap kencing terutamanya pada waktu malam, selalu rasa lapar atau dahaga yang luar biasa.
Diabetes Boleh Disembuhkan
Ada beberapa kes di mana penyakit diabetes dapat dikawal seperti sedia kala tetapi dengan menggunakan ubat. Ada juga kes di mana pesakit diabetes yang pulih dan tidak lagi memerlukan ubat. Jadi, untuk mendapatkan kepastian, pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan masing-masing.
Sumber: Dr. Soehardy Zainudin, Consultant Nephrologist & Physician Tropicana Medical CentreTropicana Medical Centre (M) Sdn Bhd, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Selalu kan dengar orang jual produk tu cakap camni? Boleh pakai ke kenyataan2 camtu? Jom saya cerita
Produk Ubat2, suplemen , dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk2 ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk2 yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT.
Ia akan menjadi isu apabila company ni daftar produk dia sebagai suplemen vitamin/herba SAHAJA. TETAPI selepas sahaja mendapat kelulusan NPRA untuk vitamin/herba, BOOM dia repackage kotak suplemen tu dan tukar terus CLAIM jadi ubat penyembuh rabun, kencing manis, dan strok. 3in1 macam instant coffee, bro. Amazing!
Sebab tu ada kes seller tu jual ‘ubat’ super yang kononnya boleh menyembuh banyak penyakit dan pada masa yang sama, dia dah didaftar/lulus KKM.
Satu lagi, kalau dengar/baca iklan ubat kata boleh menyembuh penyakit etc, sah-sah tu TIPU guys. Sebab ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Swipe kiri juga untuk tengok penyakit-penyakit tersebut. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar.
Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah IC kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk,pengeluar etc boleh kita stalk di situ.
Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri.Swipe left kalau nak tahu cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu.
So, kalau penjual promote ubat was2 tu , tanyala dia ada no MAL tak.Tengok ada Meditag tak. Check dulu kat website NPRA.Kalau takde no MAL, bye bye la. N kalau dia claim melampau , takyahla beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.
Untuk yang ada mak ayah tu, selalu ke rumah diorang. Pergi ke dapur dan check sikit ubat/suplemen apa diorang ambil. Saya dan adik2 selalu buat. Memang ada kadang2 produk was2 ni.
Ok semua.Semoga tak diperdaya scammer lagi. Beli jelah ubat kat farmasi. InsyaAllah selamat.
Memiliki seraut kuit wajah yang halus dan flawless memang jadi impian setiap wanita.
Alangkah sedih jika wajah mengalami breakout kerana boleh menyebabkan level konfiden seseorang berkurangan.
Namun jangan risau, perkongsian gadis ini Afzan di laman twitter yang berjaya mengatasi masalah breakout dalam tempoh 2 tahun.
Tanpa berputus asa, pelbagai cara dan usaha digunakan dan akhirnya boleh tersenyum dengan hasil yang menakjubkan.
Ayuh, ikuti perkongsiannya. Moga jadi panduan untuk yang ada masalah sama.
Setelah hampir dua tahun kulit alami breakout hingga sebabkan hilang rasa konfiden.
Setelah pelbagai usaha, ini hasil yang diperoleh. Kulit wajah sudah sembuh dari breakout. Namun perjalanannya tidak mudah disangka.
Kulit sebelumSudah pulih.Penampilan terkini.
Jumpa pakar kulit dan habis beribu ringgit, tapi hasilnya tidak seperti diharapkan. Hanya mengadu pada keluarga tentang masalah dialami.
Akhirnya jumpa juga dermatologist yang bagus setelah dicadangkan oleh emak. Dalam masa sama, pantang makan selama sebulan. Jangan lupa minum air kosong banyak
Ini antara produk yang digunakan untuk penjagaan wajah. Boleh dapatkan di drugstore je
Selain itu kita kena pastikan juga beberapa faktor lain untuk penjagaan wajah. Antaranya cadar dan sarung bantal perlu ditukar setiap minggu, tuala jangan campur, cuci muka dua kali sehari, minum banyak air dan pantang makan.
Anda pernah dengar tak kulit cantik menggunakan Chizu Saeki Method? Teknik ini adalah nama pakar penjagaan kulit wajah (skincare) di jepun.
Beliau merupakan pelopor yang mencipta teknik Chizu Saeki Method agar kecantikan dan kesegaran kulit wajah wanita Asia dapat dibelai manja.
Sesuai untuk kulit kering dan anda yang mengalami kemerahan, jom cuba cara ini pula.
Apa Itu Chizu Saeki Method
Chizu Saeki Method atau lebih dikenali sebagai CSM merupakan sebuah teknik skincare yang mana anda memerlukan kapas dan hydrating toner untuk menjadikan dua bahan ini sebagai masker.
CSM ini sering digunakan oleh para wanita Jepun. Jadi tidak hairanlah, kulit wajah mereka sentiasa halus dan mulus.
Sebelum melakukan CSM, anda perlu menyiapkan kapas muka yang nipis, air panas dan hydrating toner. Bila sudah siap, jangan lupa untuk membersihkan wajah terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan CSM.
• Pertama, rendam kapas dengan air panas. Kemudian perah kapas hingga menjadi sedikit lembap.
• Seterusnya, rendam kapas tersebut dengan hydrating toner.
• Jika menggunakan kapas yang nipis, terus letakkan kapas tadi di wajah seperti masker. Tetapi, jika kapas yang anda gunakan tebal, pastikan anda nipiskan kapas menjadi beberapa bahagian terlebih dahulu.
• Biarkan berperap di muka selama lebih kurang 3-5 minit.
• Setelah 3-5 minit, tanggalkan kapas pada wajah dan oleskan pelembap (moisturizer) pada wajah.
• Hasilnya, kulit anda akan menjadi lembut, halus dan mulus sekaligus bebas kering dan mengelupas!
CSM merupakan teknik skincare yang mempunyai banyak manfaat. Antara manfaat yang anda boleh dapatkan ialah skin barrier menjadi elok.
Peredaran darah semakin lancar dan tentunya kulit menjadi lebih segar dan terjaga kelembapannya. Malah, kulit anda akan menjadi lebih anjal dan elastik. Jadi jangan lupa cuba!