Ramai berfikir kegunaan sapuan luar mungkin tak akan memberi kesan pada kesihatan anak. Namun ternyata ada bahaya menanti yang mak ayah tak sedar.

Dikongsi dari Dr Izzar Anwari, doktor perubatan ini berkongsi bahaya minyak angin yang mungkin tak mak ayah sedari khususnya untuk kegunaan anak di bawah usia 2 tahun.

Moga ilmu ini bermanfaat buat ibu ayah.

Sekarang ni ramai anak-anak yang selsema atau batukkan? Jadi ibu bapa pun ada menggunakan produk minyak,  balm, atau krim angin untuk meredakan selesema, sakit otot dan sebagainya.

IKLAN

Terdapat minyak angin/krim/balm ni yang mengandungi camphor (ekstrak pokok camphor yang merupakan essential oil). Bau dia pun nyaman dan memberikan rasa hangat/panas yang kita nak tu.

Untuk orang dewasa, tiada masalah menggunakan produk mengandungi camphor ni. Tetapi, untuk KANAK2 TERUTAMANYA BAWAH UMUR 2 TAHUN, camphor boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menyebabkan keracunan. Ini kerana camphor cepat diserap melalui kulit dan lapisan mukosa. Keracunan camphor boleh terjadi apabila anak menghidu atau menelan produk, dan apabila disapu di hidung , kulit, atau bahagian perut.

IKLAN

Tanda2 Keracunan Camphor:
🔴 Sawan
🔴 Sakit perut
🔴 Loya & muntah

IKLAN

Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah mengeluarkan arahan bahawa semua produk yang mengandungi camphor perlu disertakan risalah amaran yang melarang penggunaan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun atas risiko boleh menyebabkan sawan.

Bagi kanak-kanak melebihi umur 2 tahun ke atas, penggunaan perlulah berhati-hati. Selain itu, risalah amaran juga perlu menyatakan bahaya sapuan produk mengandungi camphor ke dalam hidung kanak-kanak walaupun dalam jumlah yang sedikit boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut pengsan serta-merta.

Oleh itu, parents tolong PERIKSA DAHULU KANDUNGAN PRODUK sebelum digunakan untuk anak. PASTIKAN TIADA CAMPHOR #drizzarshares

Selain itu:  Air Kelapa Bantu Keluarkan Toksik Yang Tak Diterima Usus, Elok Ajar Minum Dari Kecil
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI