Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.

Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.

Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan

Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.

Bahaya 3 Hari Tak Tidur Malam, Petanda Insomnia Kronik. Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Atasinya!

 

TAK TIDUR TIGA MALAM TANDA INSOMNIA KRONIK

Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.

Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.

Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.

Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.

Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.

GANGGUAN MENTAL PUNCA SUKAR TIDUR

Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.

IKLAN

Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.

Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.

Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.

Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.

Bahaya 3 Hari Tak Tidur Malam, Petanda Insomnia Kronik. Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Atasinya!

GEJALA INSOMNIA

1. Mengantuk pada sebelah siang.

2. Keletihan.

IKLAN

3. Mudah marah.

4. Sukar memberi tumpuan dan memori.

LANGKAH ATASI INSOMNIA

1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.

2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.

3. Elakkan tidur di siang hari.

4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.

IKLAN

5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.

6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).

7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.

Sekiranya tidak boleh tidur:

1. Baca buku.

2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad Via Berita Harian

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Mampu Cegah Migrain & Baik Untuk Mata, Khasiat Tersembunyi Bendi Yang Tinggi Kandungan Serat

MySejahtera Tak Lagi Bertukar Kuning Kalau Jadi Kontak Rapat Kes Positif. Ini 5 Info Perlu Tahu & Faham Maksud TRISS!

Berjaya Turun 22KG Guna Kaedah Defist Kalori. Wanita Gembira Dah Tak Alami Gastrik & Migrain!

Dr Izzar Beritahu Bila Patut Buat Ujian Kit Kendiri Covid-19, Bila ‘Close Contact’ & Cara Baca Keputusan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI