Masih cantik di usia 50 tahun, ternyata rahsia kejelitaan penyanyi, Nora Ariffin menjadi dambaan peminatnya sampai hari ini.
Berkongsi rutin harian kecantikannya, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini mencari produk yang betul-betul sesuai selain sangat tegas dengan bahan yang digunakan dalam produk tersebut, nak-nak umurnya sekarang semakin berusia.
“Jangan ikut “trend dan brand” dalam menggunakan produk penjagaan muka. Sebab apa yang penting kesesuaian dengan kulit muka kita.
“Macam saya sendiri saya akan cuba dan tahu apa bahan yang digunakan dalam produk tersebut sebab kita lebih faham kulit kita,” katanya lagi.
Selain itu kata Nora status sebagai seorang penghibur juga memerlukan dia bersolek. Namun penggunaan terlalu banyak bahan solekkan juga akan memberi kesan kepada kulitnya.
“Apa yang saya akan buat untuk kurangkan bersolek. Bersolek kalau perlu sahaja. Jika di rumah saya tidak akan menggunakan sebarang “make up”.
“Selain itu sebelum tidur pastikan kulit muka bebas dari sebarang kotoran. Saya memang amalkan untuk tidur dengan wajah yang bersih sebab ini antara rahsia untuk miliki kulit yang segar,” katanya.
Mengintai kebahagiaannya sebagai ibu sebaik kejayaan anaknya Puteri Nur Dahlia diiktiraf pelbagai pihak, gaya rileks dan matang Datuk Nora mengundang pujian.
Sopan berbusana Muslimah, kecantikan wanita asal Kelantan itu jelas masih menawan.
Beliau juga lebih ‘memilih’ soal fesyen, serta tidak melulu berbelanja besar untuk pakaian seperti dulu.
Sekadar info, Datuk Nora berkahwin kali kedua dengan pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Rushdi Ramli yang juga rakan karib arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, tidur sejam lebih daripada biasa, boleh kurangkan berat badan wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Chicago membuktikan tidur melebihi lapan jam akan menyebabkan berat badan turun.
Kalau begitu, tidak perlu susah payah diet atau workout kerana hanya dengan tidur lebih sejam pun boleh jadi cantik dan kurus.
Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK.
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.
Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka.
Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.
Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.
Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.
“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI
Tapai menjadi antara hidangan pencuci mulut yang agak popular terutama ketika ada kenduri kendara.
Namun perasan atau tidak ada kalanya kita dapat tapai yang telah berubah warna merah.
Ada mendakwa kerana ia dikaitkan dengan si pembuat yang sedang datang bulan atau haid.
Benarkan dakwaan ini dan logik atau tidak jika dikaitkan dengan pembuatan tapai.
Rentetan posting tular berkenaan, Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr. Fatimah Salim tampil memberi reaksi balasnya.
Tulisnya di laman Facebook, proses pembuatan tapai adalah sensitif kerana ia melibatkan fermentasi (penapaian) oleh mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebenarnya, terang beliau, tapai secara tradisional dihasilkan melalui penapaian yis (biasanya jenis Saccharomyces cerevisiae dan Schizosaccharomyces pombe) dengan pelbagai sumber kanji seperti beras putih, pulut, ubi kayu dan keledek.
“Proses ini bermula dengan memasak sumber kanji, disejukkan dan dicampurkan dengan ragi (sumber yis) sehingga sebati.
“Kemudiannya, ia akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun getah, daun rambai atau daun pisang. Setiap daun pembungkus ini akan menghasilkan aroma dan rasa yang berlainan disebabkan oleh kelainan bahan-bahan kimia semula jadi pada daun-daun ini,” tambah beliau.
Menurut Dr Fatimah lagi, tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam bekas besar yang ditutup rapi.
“Proses penapaian ini merupakan proses anaerobic (tanpa kehadiran gas oksigen atau udara).
“Setelah diperam selama tiga hari, barulah boleh dimakan. Pada ketika ini, tapai akan mengeluarkan air yang sangat manis,” katanya.
Apakah proses kimia yang berlaku semasa penapaian?
Jawab Dr Fatiman, yis akan menghasilkan enzim glucoamylase yang berfungsi menukarkan karbohidrat (daripada makanan berkanji tadi) kepada glukosa.
“Penghasilan glukosa ini yang menyebabkan tapai menjadi manis dan proses ini dikenali sebagai saccharification.
“Yis tadi kemudiannya menukarkan glukosa kepada ethanol dan gas karbon dioksida dan apabila dibiarkan lebih lama, rasanya akan menjadi masam disebabkan oleh pengoksidaan ethanol kepada asid etanoik (asid asitik),” jelasnya.
Pun demikian, dalam beberapa keadaan, tapai boleh menjadi pahit atau bertukar warna lain (contoh merah).
“Ini disebabkan oleh proses penapaian ini telah dikontaminasi oleh mikroorganisma lain, selain daripada yang sepatutnya terdapat dalam ragi.
“Mikroorganisa lain akan menghasilkan bahan-bahan kimia (produk penapaian) berlainan yang menyumbang kepada kepelbagaian warna, bau dan rasa tapai itu.
“Jadi, mikroorganisma ini datangnya daripada persekitaran, peralatan atau tangan kita sendiri semasa proses pengendalian dan bukan disebabkan oleh period (datang bulan) ya,” tambahnya lagi.