
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan cuka epal mempunyai banyak khasiatnya yang tidak kita tahu sebelum ini.
Selain digunakan untuk masakan dan bantuan perubata, ia juga dikatakan boleh membantu memberikan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.
Namun begitu, sejauh mana kebenarannya dan melalui perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu kebaikan cuka epal.
Menurutnya boleh diambil secara tidak berlebihan, cukup hanya 2 sudu makan sahaja sehari.
Ayuh, kita lihat perkongsiannya.
Boleh diambil hanya dua sudu makan sehari
Mengandungi acetic acid yang mempunyai manfaat untuk kesihatan
Salah satu kebaikan, mengawal gula dalam darah
Bantu memperbaiki kesihatan kulit
Juga bantu kurangkan masalah berat badan
Cuka epal juga dapat bantu membunuh bakteria
Kurangkan kolesterol dan tekanan darah
Cara pengambilannnya, sama ada melalui masakan atau dijadikan sebagai minuman
Artikel Berkaitan:
Bahaya Kuku Tangan Ada Garis Putih Melintang Ketara, Mungkin Petanda Dijangkiti Covid-19
Puasa 16 Jam & Diet Menu ‘Eat Clean’, Rahsia Wanita Ini Hilang 13 KG Dalam Masa 3 Bulan
Bukan Je Tersebar Diudara Dalam 15 Saat, Varian Delta Juga Boleh Tumbuh Dalam Hidung
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Perempuan Billionaire Bill Gates, Jennifer Gates Pilih Ahli Ekuestrian Jadi Suami. Sukan Kuda Satukan Cinta Mereka!

Isi Kandungan
ToggleMinat yang sama dalam sukan kuda menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan hinggalah mengakhirinya dengan sebuah perkahwinan.
Inilah kisah cinta paling romantik anak perempuan kepada orang terkaya di dunia, Bill Gates iaitu Jennifer Gates dan juga pasangannya atlet ekuestrian Mesir, Nayel Nassar yang mula berkenalan sejak tahun 2017.
Nassar yang ketika itu menunggang secara profesional manakala Jennifer pula melakukan aktiviti itu sebagai sukan untuk mengisi masa lapang.
Daripada perkenalan biasa kemudian kedua-duanya jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Menurut Daily Mail melaporkan pada malam Jumaat lalu, pasangan muda itu disatukan dalam upacara pernikahan di North Salem, New York secara tertutup.
Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya iaitu pada petang Sabtu. Majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengundang sekitar 300 tetamu.
Dalam majlis berkenaan, Jennifer kelihatan anggun menyarungkan gaun Vera Wang dengan memegang sejambak bunga tangan. Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang berpakaian serba hijau.
Bilionair pengasas Microsoft itu dan bekas isteri, Melinda kelihatan gembira menemani anak gadis mereka yang berusia 25 tahun itu.
Tetamu mula tiba lokasi majlis iaitu ladang seluas 142 ekar di utara New York milik Jennifer sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan.
Bill dilihat memakai sut gelap manakala Melinda mengenakan gaun ungu. Senyum dan tawa tidak lepas dari wajah mereka berdua meraikan perkahwinan itu. Para tetamu bersorak setelah pasangan pengantin secara rasmi dinyatakan sebagai suami isteri.
Berikut beberapa fakta menarik mengenai menantu Bill Gates ini yang dikatakan seorang Muslim menurut laman Fox Business.
1. Dilahirkan di Amerika, dibesarkan di Kuwait
Nayel adalah pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun. Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.
2. Menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020
Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.
3. Menguasai tiga bahasa
Graduan lulusan Ekonomi Universiti Stanford itu boleh menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
4. Memiliki perniagaan ladang kuda
Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.
Sumber: Sinar Plus
Artikel Berkaitan:
Gayakan Dress Putih Di Majlis Nikah, Dr Amalina Selebriti Kedua Tersiar Dalam Majalah Vogue Britain
“Nak Maintain Cantik, Kena Rehat & Tidur Cukup” – Rahsia Hannah Delisha Kekal Anggun Lepas Kahwin!
Viral Minuman Detoks Kopi Campur Lemon Boleh Kuruskan Badan. Doktor Ini Jelaskan Faktanya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Sudu Untuk Cantik, Nampak Lagi Senang Nak Pakai Mekap

Rupanya guna sudu bukan hanya berfungsi untuk menyuap makanan ke mulut tetapi juga boleh bantu mencantikkan wajah sewaktu anda mekap.
Cuba lihat, sudu boleh digunakan secara dalam bidang kecantikan sebagai alternatif kepada kelengkapan solekan.
Haa… ini antara helah menarik yang boleh dilakukan dengan sudu bagi tujuan kecantikan.
1. Pelentik bulu mata
Miranda Kerr dan Karlie Kloss antara selebriti antarabangsa yang menggunakan sudu untuk melentikkan bulu mata. Bagi mereka yang tidak mempunyai pelentik bulu mata di rumah, sudu adalah kaedah yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan bulu mata yang lentik.
2. Membentuk kening
Kalau anda jenis tidak pandai melukis kening dengan pensil alis mata, boleh cuba gunakan sudu untuk mendapatkan hasil solekan kening yang lebih seimbang untuk kedua-dua belah kening. Nampaknya cara ini lebih membantu.
3. Melukis ekor alis mata
Anda boleh menggunakan bahagian pemegang sudu, gariskan panjang alis mata yang diingini. Kemudian, letakkan sudu pada bahagian atas sisi mata dan bentuk ekor dengan menggunakan sudu. Lukisan alis mata akan kelihatan lebih kemas dan cantik.
4. Memakai maskara
Nak pakai maskara tak mudah juga, kadang boleh terkena bahagian bawah mata sehingga menyebabkan mekap nampak comot. Jangan risau, anda boleh guna sudu untuk melapiskan bulu mata agar tidak merosakkan solekan mata ketika memakai maskara.
5. Pembayang mata
Selain ini anda juga boleh menggunakan sudu untuk mendapatkan solekan pembayang mata dengan teknik ‘cut crease’. Hasilnya memang menjadi.
Okay, dah tahu kegunaan sudu dalam mekap tu, selepas ini anda boleh lah cuba mekap sediri di rumah ya. Selamat mencuba!
Kredit video: Official Crazi Deals
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Azie Mustapha Jaga Badan, Sarapan Memang Tak Skip

Isi Kandungan
ToggleKalau nak tahu, ini lah rahsia Azie Mustapha jaga badan, bukan nak cantik semata tetapi pilih untuk sihat.
Masih terngiang-ngiang lagu popular penyanyi ini sekitar tahun 90an yang bertajuk Pelamin Anganku Musnah.
Biarpun kini tidak begitu aktif dalam bidang seni, namun Azie Mustapha mempunyai peminat tersendiri.
Artis kelahiran Kuching, Sarawak ini rupanya kini aktif berniaga dari rumah secara online.
Jaga Makan Untuk Kesihatan
Artikel Lain: Umur 46 Nampak Sebaya Macam 20an, Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar
Menurutnya semua undangan nyanyian terpaksa ditolak dan reda serta yakin dengan rezeki yang ada.
Walaupun bergelar suri rumah, namun penampilan tetap dijaga sebaiknya. Dia seorang yang sangat mementingkan kesihatan luar dan dalaman.
“Saya bersyukur dengan kurniaan Allah Taala. Yang penting jaga kesihatan. Kaya macam mana sekalipun kita kalau tidak sihat tiada maknanya.Paling penting percaya dan redha dengan ciptaan Allah SWT.
“Untuk kekal sihat dan cantik, rutin harian saya dengan mengamalkan makan suplemen dan vitamin serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas, penyakit mudah datang.
Rahsia Azie Mustapha Jaga Badan
Artikel Lain: Tak Kisah Makan 2 Sudu Nasi. Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing & Awet Muda Cecah Usia 50 Tahun!
“Saya juga jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan sesekali skip. Kalau tak makan tengahri sekalipun sekurang-kurangnya dahbersarapan kerana ia membekalkan tenaga.
“Sebagai suri rumah nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup.
“Saya sentiasa berdia agar diberikan kesihatan yang baik. Hati kena bersih, bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran,” tambahnya lagi.
Sumber: NONA
Artikel Lain: Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia Lewat 49 Tahun!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI