
Isi Kandungan
ToggleMemiliki seraut kuit wajah yang halus dan flawless memang jadi impian setiap wanita.
Alangkah sedih jika wajah mengalami breakout kerana boleh menyebabkan level konfiden seseorang berkurangan.
Namun jangan risau, perkongsian gadis ini Afzan di laman twitter yang berjaya mengatasi masalah breakout dalam tempoh 2 tahun.
Tanpa berputus asa, pelbagai cara dan usaha digunakan dan akhirnya boleh tersenyum dengan hasil yang menakjubkan.
Ayuh, ikuti perkongsiannya. Moga jadi panduan untuk yang ada masalah sama.
Setelah hampir dua tahun kulit alami breakout hingga sebabkan hilang rasa konfiden.
Setelah pelbagai usaha, ini hasil yang diperoleh. Kulit wajah sudah sembuh dari breakout. Namun perjalanannya tidak mudah disangka.



Jumpa pakar kulit dan habis beribu ringgit, tapi hasilnya tidak seperti diharapkan. Hanya mengadu pada keluarga tentang masalah dialami.
Akhirnya jumpa juga dermatologist yang bagus setelah dicadangkan oleh emak. Dalam masa sama, pantang makan selama sebulan. Jangan lupa minum air kosong banyak
Ini antara produk yang digunakan untuk penjagaan wajah. Boleh dapatkan di drugstore je
Selain itu kita kena pastikan juga beberapa faktor lain untuk penjagaan wajah. Antaranya cadar dan sarung bantal perlu ditukar setiap minggu, tuala jangan campur, cuci muka dua kali sehari, minum banyak air dan pantang makan.
Ini ubat jerawat dan serum yang digunakan.
Artikel Berkaitan:
Pulihkan Wajah Breakout Guna Produk Disyorkan, Hasilnya Kulit Jadi Lebih Cantik & Flawless
Modal Hanya RM5, Gadis Ini Akhirnya Pulih Dari Masalah Breakout
Muka Pernah Alami Breakout Teruk, Wanita Ini Pilih Jumpa Doktor Pakar Pulihkan Wajah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senaman Bersungguh, Tapi Hasilnya Tetap Sama. Ini Perlu Anda Lakukan Untuk Kesan Berganda!

Isi Kandungan
TogglePernah tak anda rasa putus asa apabila melakukan senaman bersungguh-sungguh tetapi hasilnya masih sama tiada perubahan seperti sebelumnya.
Situasi ini menyebaban anda tidak bersemangat untuk melakukannya lagi. Lebih-lebih lagi senaman menggunakan energi berlebihan.
Namun sebenarnya ia berlaku di atas kesilapan anda sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan senaman anda tidak berkesan. Ini yang perlu Anda Tahu.
REHAT MENCUKUPI
Tahukah anda, manusia memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bergantung kepada aktiviti harian anda. Bagi mereka yang sangat aktif pasti memerlukan rehat yang cukup.
Hampir 90 peratus tubuh badan kita akan mengalami proses pemulihan otot semasa kita dalam keadaan tidur. Mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan merencatkan tumbesaran otot dan sebagainya.
NUTRISI
Pemakanan yang sihat membantu dalam meningkatkan prestasi anda. Anda perlu bijak merancang pemakanan anda secara seimbang. Walaupun anda bukanlah seorang atlit profesional, anda perlu mengamalkan rentak pemakanan yang seimbang dan berkualiti.
ATUR PROGRAM
Anda perlu juga bijak mengatur latihan anda. Di samping itu, anda perlu mempelbagaikan bentuk latihan dari segala aspek termasuklah latihan kardiovaskular dan latihan regangan. Sekiranya anda hanya fokus hanya pada satu bentuk latihan, anda telah meninggalkan aspek penting untuk kekal cergas.
Kemungkinan anda mempunyai badan yang sasa tetapi anda tidak cergas dari aspek kardiovaskular. Anda juga perlu menyeimbangkan latihan anda dengan melatih kesemua otot anda. Ketidakseimbangan otot boleh mengakibatkan kecederaan pada jangka masa panjang.
GUNA STRATEGI
Latihan anda perlu ada peningkatan dari segi bebanan dan pengulangan. Latihan anda perlu diubah setiap 6 hingga 8 minggu bagi memberi keserasian dan menambah impak yang lebih efektif kepada tubuh badan anda.
PROSES REGANGAN
Aktiviti regangan penting bagi mempercepatkan pemulihan otot dan sendi di samping meningkatkan julat pergerakan (ROM). Secara amnya, kita tahu bahawa mereka yang mempunyai otot yang begitu sasa, sukar untuk melakukan regangan. Hal ini kerana mereka jarang melakukan aktiviti regangan. Dari masa ke masa, mereka yang kurang melakukan aktiviti regangan ini akan terdedah kepada kecederaan otot dan sendi.
SENAMAN KARDIO
Latihan ini sangat penting bagi menyokong latihan bebanan tetapi tidak diperlukan dengan kerap kerana ini akan melambatkan tumbesaran otot anda. Cukup sekadar melakukan latihan kardiovaskular 2 hingga 3 kali seminggu selama 30 minit. Selain itu juga, anda boleh menerapkan latihan ini ke dalam latihan circuit dan crossfit.
Artikel Berkaitan:
5 Senaman Ringkas Bantu Pejalkan Otot, Baru Bertenaga Kerja Dari Rumah Sepanjang PKP
6 Bulan Je Dah Hilang 8 KG. Selain Lakukan Senaman Tabata, Wanita Kongsi Menu DSSS Diambil!
Ini Senaman Dicadangkan Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari, Walaupun Kerja Dari Rumah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Selera Punca Kunyah Ais Waktu Hamil. Pakar Nutrisi Jelaskan Kesannya Pada Ibu Mengandung!

Tidak dinafikan bila seorang wanita hamil itu akan berkelakuan yang pelik-pelik. Dan sifat ini dikatakan kerana pembawaan budak sepanjang kehamilan.
Jika teringin untuk makan makanan menyihatkan pasti tidak ada masalah. Tetapi bagaimana jika sifatnya ingin mengunyah ais ketika hamil.
Apakah ada kesannya pada bayi dikandung dan bagaimana saat proses melahirkan nanti.
Dalam perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu kaitan ais ini dengan sel darah merah dalam badan.
KORANG SUKA TAK KUNYAH AIS SEMASA HAMIL?
Ramai ibu mengandung saya jumpa suka makan ais. Ada juga anak anak yang suka kunyah ais macam gula gula dibuatnya.
Pernah saya berjumpa satu client yg paras Hb (sel darah merah) rendah sangat. Saya pun tanya ‘Boleh saya tahu puan makan apa kebiasaannya?
Rendah sangat Hb puan ni.’ Beliau menjawab, sejak dua menjak ni saya takda selera makan nak muntah je Puan Syaza, saya lalu kunyah ais je, jawab beliau sambil sengih sengih. Saya dalam hati patutlah
APA KAITAN AIS DENGAN PARAS HB?
1) MENGIDAM BAHAN BUKAN MAKANAN (PICA)
American Pregnancy Association menyatakan, jika wanita mengandung mengidam bahan bukan makanan (ais, tanah, sabun, ubat gigi) dan memakannya, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.
Bahan yang diambil berkemungkinan boleh menghalang penyerapan nutrien (vitamin dan mineral) dalam makanan yang diambil oleh wanita tersebut dan boleh menjadi punca berlakunya kekurangan zat yang berterusan.
Selalunya tabiat mengunyah ais (pagophagia) sering dikaitkan dengan ibu hamil yang mempunyai rendah haemoglobin dalam darah (anemia) Jadi sebaiknya pergi periksa ya jika ada kenalan yang suka mengunyah ais ni.
2) KALAU MENGIDAM MAKANAN PULA?
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam.
Menurut seorang pengkaji, Siobhan Dolan berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien.
Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
JADI APAKAH YG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MENGIDAM SEMASA HAMIL?
Berikut adalah 6 langkah yang boleh anda lakukan :
1)Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
2) Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk mengawal keinginan untuk makan.
3) Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
4) Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya.
5) Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
6) Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan.
Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak.
Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Dan jika anda mengidam bahan bukan makanan sila maklumkan pada doktor anda dan sentiasa ketahui status Hb anda.
#syazanutritionist #pakarpemakanan
Artikel Berkaitan:
Tak Nampak ‘Baby Bump’ Tapi Seri Bakal Ibu Terserlah. Mira Filzah Kini Hamil Masuk Trimester Ketiga!
Hilang 25 KG Dalam Masa 10 Bulan Tanpa Berlapar! Wanita Kongsi 30+ Menu Sihat & Sedap Waktu Diet!
Wanita Kongsi Petua Elak Badan Berbau Untuk Yang Berisi. Turut Ajar DIY Skrub Anti Selulit!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilang 25 KG Dalam Masa 10 Bulan Tanpa Berlapar! Wanita Kongsi 30+ Menu Sihat & Sedap Waktu Diet!

Isi Kandungan
ToggleUntuk turunkan berat badan tak perlu menahan diri berlapar. Kita masih boleh makan sedap asalkan menjaga portion pemakanan.
Kebanyakan bagi mereka yang sedang diet, mengamalkan pengambilan makanan ‘eat clean’ dan juga suku-suku separuh. Cara ini lebih sihat dan selamat untuk diamalkan.
Seperti perkongsian Scha EllCha Lee yang hilang 25 kg dalam masa 10 bulan dengan mengamalkan pegambilan diet suku-suku separuh.
Menurutnya dia melakukan diet cara santai tetapi masih boleh makan sedap. Dia juga masih boleh makan nasi dengan bermacam-macam lauk tetapi pengambilannya hanya suku.
Ayuh kita lihat pengambilan menu diet yang diambil sepanjang tempoh berdiet.
1. Nasi + ikan gulai + ulaman
2. Nasi + ikan bakar + ulaman
3. Nasi + ayam seketul + ulaman + sambal
4. Nasi + ikan gulai + ulaman
5. Nasi goreng bersayur
6. Nasi + sotong + ulaman
7. Telu dadar + buahan
8. Nasi + ikan bakar + ulaman
9. Nasi + ayam masak bijan + ulaman
10. Nasi + petola masak telur + ulaman
11. Telur mata + ubi + ulaman
12. Nasi + telur rebus bercili + ulaman
13. Spageti + ketulan ayam + ulaman
14. Bihun + ikan bakar + ulaman
15. Nasi + sotong rebus + sambal + ulaman
16. Roti pratha + ketulan ayam + ulaman
17. Nasi + telur mata + sayuran + ulaman
18. Nasi + ayam + ulaman
19. Nasi goreng udang petai
20. Nasi + telur hancur + ayam goreng + sambal
21. Telur dadar bersayur
22. Telur gulung + ulaman
23. Nasi + ayam rebus + kuah tom yam + ulaman
24. Nasi + sayur + ulaman + sambal
25. Nasi + ayam + ulaman + sambal
26. Bihun goreng bersayur
28. Roti + telur bersambal + ulaman
29. Telur rebus + roti gulung + buahan
30. Roti + ayam + ulaman
31. Nasi + ikan rebus + ulaman
Artikel Berkaitan:
“Rasa Mimpi Bila Doktor Kata Dah Hilang,” – Elyana Kongsi Rasa Teruja Bebas Kanser Lepas 10 Tahun!
‘Minuman Potong Kaki’ Penyebab Utama Penyakit Kencing Manis. KKM Dedah Minuman Elak Diambil!
Penting Ambil Tahu Jenis Ubat Krim Disapu Pada Kulit Badan. Doktor Ini Jelaskan Ubat Bersesuaian!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI