Kebiasaannya kita hanya tahu pengambilan lobak putih amat digalakkan untuk ibu lepas bersalin kerana boleh memperbanyakkkan susu badan.

Sayuran ini lebih sesuai dimasak berkuah bagi memastikan kita mendapatkan manfaat kesihatan daripada lobak putih ini.

Lobak putih atau White Radish tergolong dalam keluarga kubis dan nama saintifiknya adalah Raphanus Sativus var. Longipinnatus.

Lobak ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan perubatan Ayurveda.

Rupanya Selain Bantu Turunkan Berat Badan, Lobak Putih Juga Cantikkan Kulit

Artikel Lain: Guna Daun Semambu, Antara Petua Tradisional Berkesan Boleh Pulihkan Penyakit HFMD

Ia boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam komponen perubatan di China juga menggunakan lobak ini kerana ciri-ciri bau pedasnya (pungent).

Ayuh, kita lihat antara beberapa manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui pengambilan sayur ini, antaranya;

1. Bantu Rawat Jaundis

Lobak secara meluas dianggap sebagai ubat semula jadi untuk penyakit kuning.

IKLAN

Jus lobak yang mempunyai kesan detoksifikasi kuat dapat membantu menghilangkan toksin dan seterusnya membantu membersihkan darah, sangat bagus untuk masalah jaundis. Selain itu, ia juga dapat membantu menyingkirkan bilirubin dan mengawal pengeluarannya.

Lobak juga berfungsi mencegah pecahan sel darah merah pada individu yang mengalami jaundis dengan meningkatkan bekalan oksigen.

2. Cegah Jangkitan Saluran Kencing

Lobak ini bersifat diuretik, sekali gus membantu membersihkan buah pinggang dengan merangsang pengeluaran air kencing.

Jus lobak berkesan dalam menyembuhkan keradangan dan mengurangkan rasa sensasi terbakar yang mungkin dialami seseorang semasa kencing.

Fungsinya yang merangsang pengeluaran air kencing membolehkan pencegahan jangkitan pada sistem saluran kencing atau buah pinggang.

IKLAN

Rupanya Selain Bantu Turunkan Berat Badan, Lobak Putih Juga Cantikkan Kulit

3. Cegah Kanser

Memasukkan lobak dalam diet membantu melawan pelbagai jenis kanser seperti kanser kolon, perut, usus, mulut dan buah pinggang disebabkan oleh kehadiran vitamin C, asid folik dan anthocyanin yang merupakan antioksidan kuat.

Di samping itu, lobak juga mengandungi isothiocyanates yang mengubah laluan genetik sel kanser dan menyebabkan apoptosis atau kematian sel, secara tidak langsung menghalang sel kanser daripada membiak.

4. Menurunkan Berat Badan

Bagi anda yang ingin mengurangkan berat, jangan lupa untuk memasukkan lobak dalam diet kerana ia rendah karbohidrat boleh dihadam, tinggi bahan pelawas (roughage) dan mengandungi banyak air.

Kandungan serat dalam sayuran ini juga membuatkan anda lebih kenyang dan dapat menghalang pengambilan makanan secara berlebihan, kesannya berat badan akan berkurangan.

IKLAN

Rupanya Selain Bantu Turunkan Berat Badan, Lobak Putih Juga Cantikkan Kulit

Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!

5. Merawat Gangguan Pernafasan

Lobak putih mempunyai sifat antikongestif dan membantu mencegah kerengsaan hidung, tekak, saluran udara dan paru-paru. Kerengsaan tersebut biasanya disebabkan oleh selsema, jangkitan, alahan dan lain-lain.

Lobak membantu melindungi sistem pernafasan daripada jangkitan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan boleh bertindak sebagai pembasmi kuman.

6. Cantikkan Kulit

Lobak baik untuk kulit kerana kehadiran vitamin C dan B, zink serta fosforus. Kandungan air yang tinggi juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, lobak turut mempunyai sifat penyahjangkit dan membantu mencegah gangguan kulit seperti kulit kering, ruam dan rekahan.

Rupanya Selain Bantu Turunkan Berat Badan, Lobak Putih Juga Cantikkan Kulit

Sumber: Sinar Plus

Artikel Lain: “Gerd Datang Menyerang Jika Tak Jaga Pemakanan” – Pegawai Dietetik Beri Ingatan