Masyarakat kita memang tidak boleh dipisahkan dengan makanan atau minuman manis.

Lebih-lebih lagi jika ada jamuan atau majlis makan-makan, pasti kita akan lihat deretan desert yang enak dan menyelerakan tersedia di meja hidangan.

Kebanyakan makanan dan minuman manis ini pastinya terdapat kandungan gula pasir bagi menambah rasa enak pada hidangan ini.

Artikel Lain: Setahun Tak Sentuh ‘Fast Food’ & Skipping 40 Minit Setiap Hari. Rahsia Kembali Pakai Baju Size S!

Namun tahukah kita rupanya pengambilan gula pasir yang banyak boleh sebabkan kerosakan pada gigi dan juga hati.

Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mmeberitahu mengenai perkara ini.

IKLAN

Pengambilan Gula Pasir Berlebihan Bukan Je Rosakkan Gigi, Tapi Juga Beri Kesan Pada Hati

Pengambilan Gula Pasir Rosakkan Hati

Pengambilan gula pasir yang banyak boleh menyebabkan kerosakan pada gigi. Ramai yang tidak tahu yang gula pasir juga boleh merosakkan HATI.

Gula pasir mengandungi glukos dan fruktos. Fruktos boleh ditukarkan kepada triglyceride, sementara glukos ditukarkan kepada glycogen. Begitu juga dengan lemak tepu (lemak haiwan) dan transfat menaikkan tahap triglyceride.

IKLAN

Artikel Lain: Doktor Kongsi Pengalaman Raya Lalu, Pesakit ICU Bergelimpangan Di Kecemasan. Kini Tidak Lagi!

Triglyceride dan glycogen akan disimpan di dalam hati. Ia menyebabkan hati menjadi bengkak, radang, menjadi fibrosis dan akhirnya boleh menjadi kanser.

Pengambilan Gula Pasir Berlebihan Bukan Je Rosakkan Gigi, Tapi Juga Beri Kesan Pada Hati

IKLAN

Ahli saintis menyamakan kerosakan yang dilakukan oleh gula putih, bukan saja menyebabkan penyakit diabetes, tetapi menyebabkan kerosakan hati. hampir sama dengan kerosakan yang dibuat oleh arak (yang mengandungi alkohol).

Kurangkan makan dan minuman manis yang ditambah dengan gula pasir.
#HealthDrZubaidi
www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Artikel Lain: Doktor Pesan Jaga Makan Pergi Jamuan Raya. Lemak Terkumpul Sebabkan Serangan Jantung & Stroke!

Selain itu:  Lufya Nekad 'Potong Usus', Akhirnya Berjaya Kawal Kolesterol & Asma Dihadapi
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI