Walaupun air soya sedap untuk diminum tetapi ada beberapa mitos yang tercetus mengatakan kacang soya itu sendiri tidak baik untuk kesihatan sehingga mengelirukan penggunanya.

Oleh itu, pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof Madya Dr Hasnah Haron berkongsi empat mitos mengenai soya di bawah:

1. Mitos: Semua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO)

Bukan semua produk soya diperbuat daripada GMO. Pelbagai tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan GMO juga terdapat di pasaran.

Walaupun sesuatu produk berkenaan berasaskan GMO, tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa dengan memakan kacang soya GMO atau produknya akan memberi kesan buruk dari segi kesihatan.

Pakar Pemakanan Kongsi 4 Mitos Soya Yang Ramai Keliru Khasiatnya Untuk Kesihatan

2. Mitos: Risiko kanser payudara akan meningkat jika memakan soya

IKLAN

Mitos ini datang daripada kepercayaan bahawa isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam soya boleh meningkatkan risiko kanser.

Kajian telah menunjukkan bahawa isoflavon soya, tidak kira daripada sumber apa pun, tidak mendatangkan sebarang kesan berbahaya kepada tisu payudara.

Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara. Satu kajian prospektif ke atas 300,000 wanita di China dan kajian meta analisis yang berasaskan respon dos menunjukkan, pengambilan soya yang tinggi sebenarnya mungkin dapat memberi manfaat yang cukup besar bagi mencegah kanser payudara.

3. Mitos: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid

IKLAN

Pelbagai kajian dan tinjauan yang menyeluruh menunjukkan yang sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid dalam lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.

Tambahan pula, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan bahawa isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payudara, tiroid atau rahim bagi wanita menopaus.

Selain itu:  Kerap Ambil 5 Sayuran Ini Untuk Elak Penyakit Darah Tinggi. Mengandungi Pelbagai Khasiat Vitamin!

Pakar Pemakanan Kongsi 4 Mitos Soya Yang Ramai Keliru Khasiatnya Untuk Kesihatan

4. Mitos: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin

IKLAN

Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Kajian meluas telah menunjukkan bahawa pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki.

Kesimpulannya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa soya dan produk soya adalah sumber protein lengkap yang baik. Ia kaya dengan nutrien yang pelbagai dan perlu dijadikan sebahagian daripada diet sihat kita.

Artikel Berkaitan:

Murah & Sedap, 5 Buahan Paling Baik Diambil Untuk Cantikkan Wajah Secara Semulajadi

Wanita Kongsi Buat Air Detoks Guna 3 Bahan Dapur. Cara Pantas & Mudah Bantu Kurangkan Berat Badan!

Tanpa Produk & Senaman, Wanita Berjaya Lenyapkan 29 KG Dalam Masa 8 Bulan Ikut Ilmu Diet Betul!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI