Tak perlu puasa nasi dan tepung, cuba amalkan minuman terbaik waktu pagi ini dulu. Eh, kenapa nak susah kalau cara senang ada, yang penting ada hasilnya boleh kurus!

Ini cara bagi anda yang rasa susahnya nak cut makanan kesukaan, jadi boleh mulakan dengan puasa susu pekat manis dulu dam pilih minuman terbaik ini. Jom tengok, minuman apa yang dikatakan sangat membantu turunkan berat tu…

Minuman Terbaik Waktu Pagi, Amal Selalu Boleh Kurus Tau!

1. Teh Hijau

Minuman Terbaik Waktu Pagi, Amal Selalu Boleh Kurus Tau!

Menurut penelitian pakar, teh hijau dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan, di mana pernanan ini adalah penting khususnya bagi proses penurunan berat badan. Selain itu, teh hijau juga mengandungi Catechins iaitu bahan antioksida yang terbukti efektif dalam pembakaran lemak.

2. Lemon Suam

Minuman Terbaik Waktu Pagi, Amal Selalu Boleh Kurus Tau!

IKLAN

Air perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam, sudah lama popular dan buka lagi sesuatu yang asing di kalangan pengamal diet. Ini kerana jus lemon suam merupakan antara minuman yang mempunyai kalori serendah 6 kalori bagi setiap gelas.

Malah, buah Lemon ini mempunyai banyak manfaat karena kandungan antioksida dan pectin yang tinggi di kalangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Justeru, minuman ini bagus untuk menurunkan berat badan adalah kerana membantu badan kekal hidrat, memberikan tenaga kepada tubuh dan bebas kalori.

3. Detoks Timun dan Pudina

Minuman Terbaik Waktu Pagi, Amal Selalu Boleh Kurus Tau!

IKLAN

Segelas air dengan campuran timun dan pudina bukan sekadar menyegarkan anda di pagi hari, namun dalam masa yang sama ia juga mampu membantu hijabi untuk menurunkan berat badan dan membuat anda kekal hidrat.

@derishworld Resipi Air Detox paling effective selepas raya #airdetox #detoxdrink #airdetoxtimun #airdetoxviraltiktok #racuntiktokshop ♬ Ramadan – Lux-Inspira

Campuran air dengan daun pudina dan timun memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan, dua di antaranya adalan membantu menurunkan berat badan dan memudahkan sistem pencernaan.

Selain itu:  "Jangan Skip Sahur" - Kevin Zahri Kongsi Tip Kekal Cergas & Langsing Sepanjang Berpuasa

4. Jus Oren

IKLAN

Minuman Terbaik Waktu Pagi, Amal Selalu Boleh Kurus Tau!

Jus oren tanpa tambahan bahan lainnya (seperti gula) adalah minuman penurun berat badan yang baik. Sebab, jus oren mengandungi banyak vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Haa… orang dewasa yang mengamalkan minum jus oren asli tanpa ditambah gula, memiliki jisim tubuh dan kadar lemak yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak amal langsung.

Malah, jus oren tidak hanya membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah, ia juga membantu mengurangkan radang usus dan meningkatkan imuniti badan.

Sekarang anda dah tahu, minum pun boleh kurus. Cuma perlu tahu minuman mana yang tepat untuk diminum secara konsisten dan membantu penurunan berat badan!

Kredit video: derishworld

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI