Asam Jawa adalah sejenis tumbuhan saka malar hijau yang menghasilkan buah asam. Sangat terkenal di negara Asia dan menjadi bahan penambah perasa dalam sesuatu masakan.

Seiring peredaran zaman, asam jawa kini sudah dikomersialkan kerana ada yang membuat dalam bentuk gula-gula dan air jus.

Berbeza dulu asam jawa biasa digunakan untuk menjadi ubat tradisional bagi merawat sakit tekak dan juga batuk.

Malah ramai juga selebriti terutamanya penyanyi mengamalkan minum air asam jawa untuk menjaga suara mereka. Jadi, ternyatalah ia sangat bagus untuk kesihatan oral anda.

Ayuh, kita lihat khasiat dan manfaat asam jawa untuk kesihatan dan kecantikan.

Manfaat Asam Jawa Untuk Kesihatan & Kecantikan. Boleh Dimakan Begitu Saja Atau Dibuat Jus!

Khasiat Asam Jawa Untuk Kesihatan

Tumbuhan ini yang kaya dengan vitamin, antioksidan dan mineral adalah sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan individu. Berikut merupakan antara manfaat-manfaat asam jawa untuk kesihatan:

1. Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan

Untuk pengetahuan anda, tumbuhan ini mengandungi antioksidan yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi kita. Disebabkan itu, pengambilannya sangat membantu untuk melindungi kita dari pelbagai jenis penyakit seperti demam, selesema, batuk dan jangkitan virus yang lain-lain.

2. Membantu menurunkan berat badan

Tumbuhan ini juga sebenarnya mampu membantu meningkatkan tahap metabolisma tubuh badan kita. Oleh itu, pengambilannya dapat membantu individu yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi asid sitrik yang membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan. Dalam pada itu juga, pengambilannya juga dapat membantu merangsang produksi enzim-enzim yang dapat mengurangkan penyimpanan lemak di dalam tubuh badan.

IKLAN

3. Membantu mengurangkan pembengkakan

Tumbuhan ini sangat bagus untuk membantu mengurangkan pembengkakan pada sendi dan otot serta mampu membantu meningkatkan aliran pada darah. Oleh itu, pengambilannya secara rutin juga dapat membantu mengurangkan masalah refluks asam dalam tubuh badan kita.

4. Membantu mengatasi masalah pencernaan

Tumbuhan ini mengandungi sifat diuretik ringan yang membantu mengatasi masalah pencernaan. Sekiranya anda kerap mengalami sembelit, kekembungan dan kekejangan perut, maka apa kata anda cuba mengambilnya sebagai makanan atau minuman pada setiap pagi. Ini pasti dapat membantu anda untuk membuatkan usus anda menjadi lebih sihat.

Selain itu:  Jangan Pandang Remeh Jika Hidung Selalu Berdarah & Bau Busuk. Rupanya Jadi Punca Gejala 'Rhinolith'!

Manfaat Asam Jawa Untuk Kesihatan & Kecantikan. Boleh Dimakan Begitu Saja Atau Dibuat Jus!

Khasiat Asam Jawa Untuk Kecantikan

Selain untuk kesihatan, asam jawa juga adalah sangat baik untuk kecantikan individu terutamanya kecantikan kulit. Berikut merupakan antara manfaat-manfaat asam jawa untuk kesihatan:

1. Mencerahkan kulit

Caranya adalah mudah sahaja, cuba rendam beberapa asam dalam air panas sehingga ia mula berubah menjadi ekstrak. Kemudian, campurkan serbuk kunyit dan sapukan pada kulit wajah atau mana-mana bahagian kulit anda. Tunggu sehingga 10 minit dan bilas bahagian kulit tersebut sehingga bersih. Ulang cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih maksimum.

IKLAN

2. Memutihkan kulit

Ya, putih itu tidak bermaksud cantik manakala hitam pula tidak bermaksud buruk. Pun begitu, jika anda mahu kulit yang lebih putih, tidak salah jika anda mencubanya, bukan? Apa yang anda boleh lakukan adalah campurkan madu dan lemon dalam ekstrak asam dan kemudian jadikannya sebagai jus. Selepas itu, sapukan pada kulit dan bilas selepas 10 minit. Jika anda konsisten melakukannya, kulit anda mungkin akan terlihat lebih putih daripada sebelumnya.

3. Merawat bahagian kulit yang gelap

Ini adalah masalah yang sering dialami oleh ramai individu terutamanya yang berbadan sedikit gempal. Sekiranya anda memiliki kulit yang gelap di sekitar leher, ketiak, punggung, bawah paha atau mana-mana bahagian kulit sekalipun, cuba gunakan cara ini. Campurkan air mawar dan madu dalam ekstrak asam. Kemudian, sapukan ia pada bahagian kulit yang gelap dan bilas dengan air selepas 15 minit. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya selepas melakukannya beberapa kali.

4. Menghilangkan selulit

Selulit memang terkenal dengan sifatnya yang degil. Hakikatnya, ia memang sangat sukar untuk dihilangkan. Jadi, apa kata anda cuba cara yang ini pula. Ambil beberapa ekstrak asam, tambahkan sedikit lemon, gula dan serbuk penaik di dalamnya. Kemudian, gosok kulit yang mengalami selulit itu dengan sikat yang telah dicelupkan ke dalam campuran ini. Lakukannya beberapa kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih memuaskan.

Selain itu:  Lemon Detox Bantu Kempiskan Perut. Amalkan Minum Setiap Pagi Untuk Hasil Lebih Cepat!

Manfaat Asam Jawa Untuk Kesihatan & Kecantikan. Boleh Dimakan Begitu Saja Atau Dibuat Jus!

5. Mengelupaskan sel-sel kulit mati

Asam mengandungi asid alfa hidroksi yang merupakan bahan yang bagus untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati. Ini disebabkan oleh asam memiliki kemampuan semula jadi untuk menghilangkan kotoran yang terjebak di dalam pori-pori kulit. Caranya, ambil beberapa ektrak asam dan satu sudu garam. Kemudian, gaulkannya dengan rata dan sapukan perlahan-lahan pada kulit anda dengan menggunakan jari. Selepas beberapa minit membiarkannya, bilas dengan air bersih. Anda pasti akan berpuas hati apabila semua sel kulit mati akan hilang daripada kulit anda.

IKLAN

6. Mengelakkan masalah rambut gugur

Bukan sahaja untuk kulit, ia juga sebenarnya adalah sangat bagus untuk rambut anda. Asam dapat membantu anda mengurangkan rambut gugur dan rosak. Caranya, urutkan kulit kepala anda dengan asam yang sudah diekstrak dan balutkan kepala anda dengan kain tuala. Selepas 15 minit, cuci rambut anda dengan syampu dan perapi rambut. Jadikannya ia sebagai rutin mandian anda untuk menguatkan lagi rambut anda.

7. Mencegah penuaan

Dan sudah pasti, asam dapat membantu mencegah penuaan daripada terlihat dan terkesan kepada anda. Ini kerana ia mengandungi vitamin, serat, asam dan antioksidan yang sangat bagus untuk kulit terutamanya. Caranya, campurkan ekstrak asam dengan madu, adunkan dan sapukan ia pada bahagian tubuh badan yang mula menunjukkan penuaan.

Sumber: HelloDoktor.com

Artikel Berkaitan:

Cantiknya ‘Dream Girl’ Heliza Helmi Di Majlis Kahwin. Penampilan Simple & Santun Dapat Pujian Ramai!

Jangan Ambil Paracetamol Lebih Dos Waktu Demam, Risiko Dapat Penyakit Hati. Doktor Jelaskan Sebabnya!

Penting Ambil Tahu Jenis Ubat Krim Disapu Pada Kulit Badan. Doktor Ini Jelaskan Ubat Bersesuaian!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI