Viral baru-baru ini sekeluarga di Dungun yang mengalami mulut berbuih dan berdarah akibat makan cendawan beracun yang diambil di kebun sekitar rumahnya.

Cendawan antara sejenis sayuran yang sedap dimakan terutama jika digoreng tepung atau dibuat sup.

Namun kita diiagtkan supaya berhati-hati dalam memilih pengambilan cendawan untuk diimasak.

Menurut Public Health Malaysia, mengingatkan musim hujan ini agar berhati-hati jangan memetik cendawan  yang tidak diketahui dan terus dimakan.

Musim Hujan ini banyak cendawan yang tumbuh di sekitar rumah.. hati hati jangan petik cendawan yang tidak diketahui dan terus makan.

Antara kejadian keracunan yang sering berlaku adalah jenis Chlorophyllum Molybdites kerana sama seperti Cendawan Busut

Toksin atau racun dari cendawan liar apabila dimakan boleh menyebabkan

– Loya, muntah dan cirit birit,

IKLAN

– Celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.

– Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury).

– Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian.

 

Untuk elvakkan kejadian tidak diingini berlaku, ikut tip ini:

– Antara langkah yang boleh di lakukan adalah dengan mengelakkan dari memetik dan makan cendawan yang tidak  di ketahui.

IKLAN

– Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli dari pembekal komersil

Jadi berhati-hatilah sebelum membeli cendawan. Bimbang termakan yang beracun. Beli saja di kedai yang memang diyakini selamat penjualannya.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Elak Ambik Instant & Quick Oat Bagi Pesakit Kencing Manis. Doktor Jelaskan Sebabnya!

Merana Akibat Sakit Tekak. Doktor Kongsi Cara Kumur Air Garam Atau Makan Aiskrim Kurangkan Sakit!

Bahaya Duduk Lama Ketika Bekerja! Wanita Tak Sangka Sakit Bahu, Rupanya Tendon Koyak Habis!