Tular baru-baru isu ada pengunjung sekeluarga yang makan hidangan ikan siakap dikenakan caj hingga ribuan ringgit.

Dikatakan ikan siakap berkenaan mempunyai berat lebih 7kg yang dimakan ketika mengunjungi Pulau Legenda, langkawi.

Tahukah anda apa khasiat yang terdapat pada ikan siakap ini mahal harganya hingga menjadi hidangan kegemaran ramai bagi yang menjamah makanan laut.

Menurut perkongsian Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim melalui Grup Makmal Makanan (MaMa) memberitahu khasiat ikan ini.

Khasiat Pada Badan Ikan Siakap Ramai Tak Tahu

Musim ikan siakap kan. Banyak sudah info pasal ikan ini telah dikongsikan. Jom kenal bahagian badan ikan siakap pula 

IKLAN

Dan atas permintaan Prof Zulkiflee Abd Latif, saya tambahkan khasiat ikan siakap. Semoga bermanfaant untuk semua.

Ikan siakap sangat kaya dengan sumber protein, selenium, asid lemak penting omega-3, potasium dan vitamin B6, disamping sodium, fosforus, magnesium, vitamin B12, iron, kalsium dan vitamin B1.

Kandungan asid lemak omega-3 yang banyak dalam siakap penting untuk kesihatan jantung dan membantu mengawal kolesterol dalam darah. Selenium pula penting untuk badan menghasilkan antioksidan semulajadi dan hormon thyroid.

IKLAN

Vitamin B6 penting untuk sistem saraf, menguatkan imuniti badan melawan penyakit, dan proses metabolisma badan. Vitamin B12 pula menyokong fungsi sel saraf, penting dalam menghasilkan sel darah merah, dan penghasilan DNA.

Pun begitu, seperti juga dengan makanan lain, makanlah ikan siakap dengan bersederhana. Bergantung kepada lokasi penangkapan dan saiz, ikan siakap boleh jadi pengumpul merkuri.

Juga mengandungi jumlah kolesterol yang signifikan. Maka, usah berlebihan kerana apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Meninggal Lepas 80 Peratus Tubuh Melecur Diseterika. 6 Akibatkan Kematian Zulfarhan Dijatuhi Hukuman!

Selain itu:  "Manfaatkan Sebaik Mungkin" - Khairy Jamaluddin Tambah Baik MySejahtera. Papar Status Vaksinasi & Risiko!

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Lenyapkan 20KG Dalam Masa 3 Bulan!

Payudara Alami Lecur Tahap 3 Lepas Jatuh Dalam Kuali Mendidih. Wanita Akui Alami Traumatik!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI