Hiris nipis & jemur, cara mudah buat lemon kering. Minum airnya bantu diet tanpa gula paling efektif! Selalunya ramai yang gemar minum air hirisan lemon atau perahan lemon yang dipercayai mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan dan juga boleh menambah kesegaran.

Salah satu khasiatnya dapat membantu sistem penghadaman ataupun mengelak mulut berbau waktu pagi.

Hiris Nipis & Jemur

Namun begitu, ada juga yang gemar minum air daripada lemon yang dikeringkan. Malah lemong kering boleh dibuat banyak dan disimpan untuk stok. Apabila mahu digunakan letak saja dan biarkan seketika sebelum ini diminum.

Ikuti prkongsian oleh SitiNorhafiza Abdul Razak yang turut memberitahu cara untuk membuatnya.

Hiris Nipis & Jemur, Cara Mudah Buat Lemon Kering. Minum Airnya Bantu Diet Tanpa Gula Paling Efektif!

Cara Mudah Buat Lemon Kering

Cara Membuat:

IKLAN

1. Basuh lemon dengan air suam

2. Potong lemon nipis-nipis. Susun atas reda

3. Jemur lemon bawah matahari seharian

4. Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais

IKLAN

5. Esoknya jemur lagi (ulang proses sehingga betul-betul kering)

6. Atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darah selama 5-6 jam (sehingga betul-betul kering).

Hiris Nipis & Jemur, Cara Mudah Buat Lemon Kering. Minum Airnya Bantu Diet Tanpa Gula Paling Efektif!

Hiris Nipis & Jemur, Cara Mudah Buat Lemon Kering. Minum Airnya Bantu Diet Tanpa Gula Paling Efektif!

IKLAN

Antara Khasiatnya:

A) Dengan meminum air ini ia banyak membantu sistem penghadaman sebagai contoh orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa. Minum air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengen lebih sempurna.

B) Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambik lebih banyak kalori.

C) Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dennen lebih lama. Oleh itu anda akan rasa kurang  makan dan akhirnya akan mengalami penurunan berat badan.

Hiris Nipis & Jemur, Cara Mudah Buat Lemon Kering. Minum Airnya Bantu Diet Tanpa Gula Paling Efektif!