Sekali pandang, ia kelihatan seperti biji selasih, diambil bersama minuman sirap atau sirap bandung.

Namun, sangkaan anda pasti silap kerana bijian ini seakan sama tetapi khasiatnya jauh berbeza.

Biji chia atau chia seed adalah makanan sihat yangs sangat popular terutamanya di negara barat. Ia menjadi bahan sampingan untuk dimasukkan ke dalam makanan lain dan mempunyai sedikit rasa.

Tidak hairanlah, biji chia seed turut dijadikan bahan makanan untuk seseorang itu menurunkan berat badan.

Chia Seed Si Kecil ‘Superfood’ Terbaik, Bantu Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Lancarkan Pencernaan

Beza Biji Chia Seed Dengan Biji Selasih

1. Biji chia seed berasal dari Mexico dan Guatemala. Manakala biji selasih dari tumbuhan selasih yang berasal dari Indian dan Mediterrranean.

2. Biji chia seed boleh diambil secara mentah dan setelah direndam, sedangkan biji selasih tidak boleh dimakan secara mentah dan perlu direndam di dalam air selama beberapa jam.

3. Biji chia seed lebih besar, berbentuk oval dan berwarna (coklat, hitam dan putih) dan biji selasih hanya berwarna hitam dan putih.

4. Harga biji selasih lebih murah berbanding dengan biji chia seed (diimport dari Amerika Tengah).

Chia Seed Si Kecil ‘Superfood’ Terbaik, Bantu Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Lancarkan Pencernaan
Beza dengan selasih.

Ini Khasiat Chia Seed

Menurut IndiaTimes, chia seed memang sudah terkenal sejak zaman kuno lagi dan berkembang di Amerika Tengah. Ia kaya dengan omega-3, protein, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan serat.

IKLAN

Selain itu, chia seed juga dapat membantu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung, membantu menurunkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Antara khasiat lain yang ada pada chia seed ialah:

1. Anti Peradangan

Chia seed adalah biji berminyak yang lengkap dengan asid lemak omega 3 yang membantu melawan radikal bebas, mengurangkan peradangan dan menurunkan kolesterol.

2. Mineral

Sumber mineral (kalsium, magnesium dan fosforus) untuk mengelakkan tekanan darah tinggi, memberikan tenaga yang cukup untuk proses metabolisme badan dan sistem ketahanan badan.

Selain itu:  Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!

3. Kaya Serat

Ia adalah sumber serat makanan yang baik. Dengan dua sudu makan chia seed, ia menyediakan lebih dari 1/3 pengambilan serat harian yang diperlukan.

4. Antioksidan

Chia seed kaya dengan antioksidan dan melindungi badan dari pigmentasi serta melambatkan penuaan.

5. Kawal Kadar Gula Darah

Chia seed adalah salah satu makanan terbaik yang dapat mengawal kadar gula darah dan amat sesuai untuk anda yang ingin mengatasi penyakit diabetes.

IKLAN

6. Sumber Protein

Ia adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging terutamanya bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

7. Sangat Mengenyangkan

Gabungan serat, protein dan nutrisi lain yang ada dalam chia seed membuatkan anda merasa kenyang, mengawal nafsu makan anda, memberikan tidur yang lena dan  membantu untuk meningkatkan mood harian anda.

8. Kesihatan Jantung

Kajian daripada Klinik Cleveland mengatakan biji chia seed boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan trigliserida.

9. Kaya Omega-3

Biji chia seed kaya dengan asid lemak omega-3 dan mempunyai hampir 5gm dalam setiap hidangan. Malahan, lemak juga amat penting untuk kesihatan otak anda.

Chia Seed Si Kecil ‘Superfood’ Terbaik, Bantu Kurangkan Risiko Sakit Jantung & Lancarkan Pencernaan

Cara Pengambilan Chia Seed

Keistimewaan chia seed ini, selain daripada untuk kesihatan badan, ia juga mudah diambil. Chia seed boleh dimakan mentah sebagai taburan atau dicampurkan dengan aneka bahan makan lain.

Selain itu, chia seed boleh direndam dan dicampurkan ke dalam jus buah, air atau bijirin.

IKLAN

Eksra Tip:

Biji chia seed mempunyai saiz yang kecil sehingga mudah untuk memasuki bahagian celah gigi anda. Jadi, disarankan untuk anda menggunakan benang gigi untuk membuang biji di celah-celah gigi.

Selain itu:  "Covid Survivor Tak Payah Tunggu Lama..." Nabila Huda Selamat Terima Vaksin Lepas Sebulan Positif

Jika ditunaskan, biji chia boleh diambil seperti biji alfalfa dan sesuai masukkan ke dalam salad dan sandwich.

Sesuai Bila Bulan Ramadan

Apabila merancang makanan untuk berbuka dan bersahur, pilihlah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein tanpa lemak, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan berserat tinggi, produk tenusu rendah lemak dan lemak yang sihat.

Makanan seperti ini menggalakkan pembebasan tenaga secara perlahan, serta memastikan badan anda mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan.

Biji chia mampu memberikan anda tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa, menjadikannya pilihan yang bijak buat sahur. Dengan hanya tambahkan satu sudu besar biji chia ke dalam makanan atau minuman anda untuk menikmati khasiatnya

Artikel Berkaitan:

Pernah Alami Masalah Berat Badan, Tya Arifin Tak Lokek Kongsi 4 Tip Kurus Lepas Bersalin

Selain Hilangkan Bau Mulut, Ini Rupanya Kelebihan Lain Kenapa Elok Amalkan Minum Lemon Setiap Pagi

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI