Zucchini atau Cucurbita pepo merupakan sejenis tumbuhan dalam keluargaCucurbitaceae. Jika diamati, ia berbentuk seperti timun dan isinya pula seakan-akan isi buah labu air, tetapi ia berwarna putih krim.
Tanaman berkenaan lazimnya dikomersialkan di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang.
Secara saintifiknya, zucchini sebenarnya adalah kumpulan labu musim panas (summer squash) yang popular di Amerika Utara dan kini ditanam untuk kegunaan salad atau sayur-sayuran.
Buah zucchini ini juga mempunyai khasiat tersembunyi di sebalik buah kecil ini.
Menurut Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim bercerita mengenai khasiatnya.
Menerusi catatannya menerusi laman Facebook, beliau juga mengakui sayur itu dan mencampurkannya dalam sup ayam.
Ads
“Agak sukar untuk bertemu labu kuning muda (zucchini) di sini, namun jika terjumpa pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya,” tulisnya.
Berbalik tentang khasiat zucchini, Dr Fatimah berkata, selain kaya dengan karbohidrat, protein dan serat (larut dan tidak larut air), sayur berkenaan turut mengandungi gula sukrosa, potasium, sodium, magnesium, zat besi, kuprum dan kalsium.
“Bukan itu sahaja, tanaman itu juga sangat kaya dengan vitamin C, B6, A dan K,” tambah beliau.
Dalam pada itu, kulit zucchini pula dipenuhi dengan bahan kimia antioksida lutein, zeaxanthin dan beta-carotene.
Ads
“Jika hendak dibandingkan, zucchini (kuning) mempunyai lebih tinggi kandungan jenis bahan kimia karotenoid berbanding yang berwarna hijau.
“Jadi, jika sudah direbus (seperti dimasukkan dalam sup ayam), haruslah banyak vitamin C dan B6 sudah termusnah,” beritahu beliau.
Ads
Namun tidak mengapa, sudah pasti banyak lagi zat lain yang boleh diperoleh daripada zucchini.
“Oleh itu, kepada yang mahukan khasiat vitamin secara optima, maka bolehlah menggunakan zucchini sebagai salad sahaja,” saran Dr Fatimah.
Tidak lama lagi kita akan mnerima suntikan vaksin Covid-19. Namun ramai yang sangsi sejauh mana keberkesanan vaksin ini dalam melawan virus ini.
Adakah ia membahayakan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan lain yang kita tidak tahu.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram, salah seorang doktor pelatih pakar bedah yang kini bertugas di Northampton General Hospital, United Kingdom (UK), Dr Farah Shaheera Roslan (Dr Farah) menyeru rakyat Malaysia agar menunaikan tanggungjawab bersama untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Menurutnya, sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK, beliau ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti barisan petugas hadapan dan warga emas supaya mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin.
Sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK (alhamdulillah), saya ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja petugas hadapan dan golongan tua untuk mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin.
Dia yang menerima Covid vaksin ini pada 7 Februari lalu berkata keadaannya alhamdulillah sihat dan hanya mengalami sengal-sengal lengan saja.
Justeru beliau menyeru agar rakyat Malaysia beramai-ramai mengambil vaksin ini bukan saja untuk menjaga diri tetapi juga ahli keluarga tersayang serta masyarakat daripada pandemik ini.
Pada masa sama, beliau juga berkongsi coretan mengenai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah yang telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus dan wajib.
Mufti Wilayah Persekutuan juga telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus/wajib selaras dengan sabda Rasulullah (saw), “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain” [HR Ibnu Majah]*
Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam membanteras wabak COVID-19 ini bukan sahaja untuk menjaga kemaslahatan diri sendiri, tetapi orang yang kita sayangi juga.
Untuk maklumat tambahan mengenai COVID-19 dan vaksin di Malaysia: http://covid-19.moh.gov.my
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Farah menyatakan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan bermula secara berperingkat pada 26 Februari 2021 di seluruh Malaysia.
Jadi usahlah kita ragu-ragu untuk menerima suntikan vaksin secara percuma ini dalam membendung penularan virus ini dari terus merebak.
Sebelum ini nama Dr Farah yang dilahirkan di Negeri Sembilan menjadi sebutan selepas usaha beliau mencipta hijab pakai buang ketika berada di dalam dewan bedah mendapat sambutan positif.
Lambakan produk pembersih badan membuatkan kita keliru kerana pelbagai manfaat yang tidak jauh berbeza.
Cuma sebagai pengguna pastinya kita akan mencari produk pembersih badan yang sesuai dengan kulit terutama bagi yang ada masalah kulit sensitif.
Ini adalah bagi mengelakkan masalah ruam, rasa gatal hingga membuatkan kita rasa tidak selesa.
Memetik perkongsian goodhousekeeping.com, Institusi Makmal Kecantikan Good Housekeeping sentiasa melakukan kajian ke atas pencuci badan, lulur badan dan pelembap yang baik untuk kulit sensitif.
“Pencarian produk perlulah baik untuk kelembapan kulit seperti dimethicone dan gliserin serta petroleum.
“Bahan-bahan khusus perlu dikenal pasti sebelum menyentuh kulit sensitif. Justeru, langkah awal boleh diambil bagi mencegahnya,” terang wakil makmalnya.
Membantu dalam menyelesaikan perkara itu, berikut terdapat senarai produk yang disarankan untuk kulit sensitif.
1. Eucerin Skin Calming Body Wash
Pencuci badan yang menggunakan bahan yang diasaskan daripada minyak tumbuhan berkhasiat seperti kacang soya dan ricinus.
Ramuan sihat ini mampu merangsang kulit agar lebih lembap. Bahkan ia juga bebas bau wangian dan juga baik untuk kulit kering serta mengelakkan kegatalan.
2. Cetaphil Ultra Gentle Body Wash
Tidak hanya sensitif, produk ini juga baik untuk kulit kering. Badan akan berasa lebih nyaman dan segar selepas menggunakannya. Bahan semula jadi seperti aloe vera dan gliserin mampu melembapkan kulit.
3. Vanicream Gentle Body Wash
Pencuci ini dipercayai antara produk kulit terbaik yang telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi. Malah, ia antara yang disarankan oleh pakar perubatan. Kandungan gliserin dan coco-glukosida ringan menjadikan produk ini baik untuk merawat dan memelihara kesihatan kulit sensitif.
Gabungan bahan ceramida dan asid hyaluronik mampu memutih dan menggebukan kulit. Fungsinya juga melembapkan termasuk melindungi daripada pertumbuhan bakteria.
5. Skinfix Eczema+Foaming Oil Body Wash
Individu yang mengalami kulit sensitif juga terdedah kepada penyakit ekzema. Oleh itu, pencuci badan khusus penting bagi mengelakkan masalah berlarutan.
Produk ini bagaimanapun dikatakan memiliki bau yang agak kurang nyaman, namun keberkesanannya tiada tandingan.
Sifatnya yang tidak terlalu berbuih termasuk tidak memiliki campuran kimia wangian berupaya melindungi kulit daripada rangsangan benda asing.
Jika berlaku sebarang alahan, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Nampaknya masih ramai yang tidak mengambil suntikan dos penggalak kerana beranggapan sudah lengkap dengan menerima suntikan dua dos sahaja.
Namun itu belum menjamin kita tidak mudah dijangkiti virus Covid-19. Apatah lagi dengan penyebaran varian omicorn yang menyebabkan kita perlu ambil dos penggalak ini sebagai satu langkah pencegahan.
Ayuh ikuti perkongsian Dr. Arisman kenapa kita perlu mengambil suntikan dos penggalak ini.
Doktor Jelas Sebab Kenapa Kena Ambil Dos Penggalak
Kenapa dos penggalak sangat-sangat disarankan untuk diambil segera mungkin? Kenapa negara-negara lain juga malah majoritinya juga mengambil langkah yang sama memberikan dos penggalak kepada rakyat mereka??
Kerana kajian demi kajian telah membuktikan. Bukti data membenarkan apa realiti sekarang sedang berlaku. Kajian peringkat global juga sudah banyak dan kita boleh jadikan rujukan. WHO dan CDC juga menyarankan dos penggalak untuk diberikan bagi melawan jangkitan kuman Covid-19 khasnya pada gelombang varian Omicron ini mengganas.
Begitu juga jika individu yang mempunyai kekebalan tubuh melalui natural immunity iaitumendapat antibodi selepas dijangkiti Covid-19, tahap perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 juga menurun selepas 3 bulan.
Dan vaksinasi diperlukan kerana ianya satu-satunya cara paling selamat untuk kita merangsang sistem imun tubuh bagi menghasilkan antibodi (askar) sebagai pelindung melawan jangkitan kemudian hari.
Semua orang pasti tak mahu dengan sukarela mendapat jangkitan alami dari Covid-19 semata2 mahu dapatkan kekebalan tubuh secara alami, kan? kerana cara itu adalah bahaya dan memudaratkan diri (dilarang dalam agama) kerana kita tak tahu sama ada jangkitan alami yang berlaku itu hanya ringan atau sedang atau boleh jadi jangkitan sangat teruk sehingga menyebabkan kematian.