Kecoh baru-baru ini mengenai kemunculan virus baharu, Langya yang menjangkiti warga di republik China.
Difahamkan, virus yang menjangkiti manusia itu disebabkan oleh tikus liar.
Ledakan virus Langya telah membawa kepada satu kajian bertajuk A Zoonotic Henipavirus in Febrile Patients in China, lapor The New England Journal of Medicine.
Memetik kenyataan kajian itu, kelompok kuman boleh menjangkiti manusia dan komplikasinya boleh membawa maut.
Walau bagaimanapun, mereka yang telah dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda yang berbahaya.
“Daripada 35 orang, 26 daripadanya dijangkiti virus LayV, tanpa patogen lain. Kesemua pesakit memperlihatkan gejala seperti demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah,” katanya.
Ads
Seberapa bahaya virus Langya? Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus itu yang biasa ditemui pada kelawar boleh membawa kepada masalah pernafasan teruk seperti Covid-19.
Berdasarkan satu penelitian yang diterbitkan sebelumnya, Langya pertama kali telah menjangkiti manusia pada tahun 2019.
Lantaran itu, ia telah menyebabkan seramai 35 orang penduduk dari wilayah Henan dan Shandong dijangkiti strain tersebut.
Apakah sebenarnya Langya dan patutkah ia menimbulkan kerisauan? Berikut 10 fakta mengenai virus itu;
Ads
1. Langya ialah virus baru daripada kategori virus zoonotik iaitu jangkitan virus daripada haiwan kepada manusia.
2. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus itu baharu dan belum pernah merebak kepada manusia sebelum ini.
3. Ia secara rasmi digelar Langya henipavirus dan merupakan sebahagian daripada keluarga Henipavirus.
4. Langya terdiri daripada kategori yang sama dengan virus Hendra dan Nipah yang tidak mempunyai vaksin mahupun penawar.
5. Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), henipavirus diklasifikasikan sebagai biokeselamatan Tahap 4 dengan kadar kematian kes antara 40 dan 75 peratus.
Ads
6. Setakat ini seramai 35 individu tidak menunjukkan simptom serius atau mengakibatkan kematian. Bagaimanapun menurut Taipei Times, virus itu boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati.
7. Antara gejala yang dialami ialah demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah.
8. Kesemua yang dijangkiti disahkan mempunyai sejarah kontak dengan haiwan.
9. Para saintis mengkaji 25 haiwan dan mendapati pembawa virus Langya yang paling jelas adalah cencurut (shrew).
10. Terdahulu, virus Nipah pertama kali ditemui pada tahun 1999 di Malaysia dan Singapura menyebabkan jangkitan kepada lebih 300 kes and mengakibatkan 100 kematian. Biarpun dua dekad berlalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran ia berpotensi menyebabkan wabak.
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
1. SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
3. CUKA:capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
4. ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
5. LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan
Tak sangka, seorang wanita berusia 60 tahun guna limau purut sahaja untuk menjaga kecantikan wajahnya.
Lebih selesa menggunakan cara orang lama, dia tak mahu mengambil jalan mudah dengan cucuk wajah yang memerlukan kos yang tinggi.
Guna Limau Purut Naikkan Seri Wajah, Wanita Ini Usia Pun Dah 60 Tahun
Mungkin setengah orang nampak cantik dengan cara begini dan untuk nampak muda kenalah buat secara rutin. Belum lagi kos untuk setiap rawatan yang digunakan. Masing-masing ada cara tersendiri.
Tak perlu nak membazir, masih ada cara semulajadi untuk kekal muda, sekaligus membantu untuk naikkan seri wajah kita. Ini antara perkongsian daripada Kak Jue yang hanya menggunakan limau purut saja.
Kekal Muda Dengan Hanya Guna Limau Purut
Seperti yang kita ketahui, limau purut ini banyak khasiatnya. Bukan setakat untuk dijadikan bahan perasa untuk makanan, ia turut digunakan bagi rawatan tradisional dan juga untuk kecantikan, dengan menaikkan seri wajah seseorang.
Tak perlu berhabisan duit untuk kekal muda dan cantik, hanya guna lipau purut dah cukup untuk membantu naikkan seri wajah, hilangkan masalah jeragat, jerawat dan paling
penting kekal muda. Inilah cara yang digunakan oleh Kak Jue untuk naikkan seri wajah dan kekal muda walaupun berusia 60 tahun.
Caranya:
Potong limau purut dan tenyehkan di bahagian muka berulang kali.
Boleh picitkan sedikit untuk keluarkan jusnya sebelum menggosok ke bahagian muka.
Manfaatnya:
Naikkan seri wajah, buang aura negatif dan tambah keserian wajah.
Hasilnya kulit muda, nampak bersih dan berseri.
Tip: Jika ada rasa pedih pada bahagian kulit muka ketika menggosok, kena cepat-cepat basuh muka.
Info: Bagi yang ada masalah kulit sensitif, elakkan daripada menggunakan bahan ini.
Sumber: jueeusope (tiktok)
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun usia kandungan sudah berusia 8 bulan, namun penyanyi nombor 1 negara ini dilihat sangat aktif melakukan pelbagai kerja.
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil anak kedua di temui di majlis pelancaran produk minuman jeli kesihatan Beaukids kolaborasi Beausiti X Wonder Lab di Skyglass Cyberjaya.
Siti yang tampil cukup manis dengan dress rona pink berkata dia berharap proses kelahiran anak keduanya akan berjalan lancar bulan depan.
“Alhamdulillah saya sihat. Anak dalam kandungan juga cihat. Doakan proses bersalin berjalan dengan mudah,” katanya yang sentiasa tersenyum sepanjang majlis berkenaan.
Sebelum itu, Siti turut mendedahkan dirinya tidak boleh makan pedas sejak kehamilan keduanya ini.
Terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu hamilkan Siti Aafiyah dulu.
“Saya tidak mengidam macam-manam kerana tidak boleh ambil makanan pedas. Agak sedih kerana saya memang peminat makanan pedas. Jadi kebanyakan makanan saya hanyalah sup dan masadan kampung yang ringkas.
“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang terik lika mengambil makanan pedas jadi terpaksa elak makanan sebegitu.
Selain itu, perut saya juga lebih besar dan berat naik agak berbanding berbanding kehamilan pertama dulu,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Melihat kegigihannya bekerül ini turul diakun oleh warganet yang ada antaranya sebah melihat beliau yang kuat bekerja walaupun sudah nampak sarat dan pénat.
Bakal menyambut kelahiran bulan depan, kita doakan semoga segala urusan penyanyi kesayangan ramai ini dipermudahkan.
Pada hari itu juga turut diadakan sambutan kelahiran anak sulungnya Siti Aafiyah yang ke tiga tahun.
Turut meraikan sambutan hari jadi puteri tunggal pasangan ini adalah anak-anak Datuk Khalid serta menantu dan cucu-cucunya.
Sementara itu pelancaran minuman kesihatan ini juga sangat bermakna kerana menggunakan nama Aafiyah.
Minuman jeli berkhasiat Beaukids Aafiyah ini telah diformulasi khas untuk kanak-kanak bermur dua tahun ke atas dan dijadikan monuman dan snek pilihan.
Juga boleh membantu perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan yang sihat.
Dalam pada itu, Siti juga turut melancarkan single dan video klip lagu kanak-kanak terbaharu. Single medley klasik Siti 1 mengandungi empat lagu berjudul Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Matahari.