Vaksin Covid-19 Berfungsi Melindungi. Tapi Rupanya Penerima Dos Lengkap Berisiko Jadi Pembawa Virus!

Share

Jika sebelum ini Perdana Menteri seolah memberi bayangan bagi mereka yang sudah menerima dos lengkap boleh diberi kebenaran untuk rentas negeri atau pergi ke negara tertentu.

Namun begitu, pakar kesihatan awam memohon agar kerajaan meneliti balik cadangan ini.

Ini adalah kerana menerima vaksin itu masih berisiko menjadi pembawa virus tidak bergejala, selain berpotensi membawa pulang mutasi baharu virus COVID-19 dari luar negara, yang berisiko menjejaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara ini diakui oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, yang berkata cadangan itu akan menjadi galakan untuk orang ramai mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, penerima vaksin masih berisiko menyebarkan jangkitan, sekali gus mungkin menyebabkan individu lain yang belum menerima vaksin, dijangkiti wabak itu melalui mereka.

Gambar sekadar hiasan.

 

“Vaksin COVID-19 berfungsi melindungi penerimanya daripada mendapat penyakit yang serius, namun vaksin ini belum terbukti boleh mencegah penerimanya mendapat dan menyebarkan jangkitan.

“Ertinya, penerima vaksin masih berisiko mendapat virus itu dan menyebarkannya kepada orang lain, sekali gus memberi kesan kepada orang yang belum divaksin.

“Cadangan membenarkan penerima vaksin rentas negeri atau ke luar negara belum sesuai dilaksanakan kerana masih ramai individu belum divaksin, menyebabkan risiko jangkitan kekal tinggi, selain timbul isu ketidakadilan pada yang belum divaksin,” katanya kepada BH.

Dr Zainal berkata, cadangan membenarkan penerima vaksin ke luar negara, dibimbangi berisiko menyebabkan seseorang individu itu membawa pulang varian baharu virus COVID-19 ke Malaysia, yang bakal memberi impak kepada trend penularan pandemik itu di negara ini.

“Jika penerima vaksin tidak dikuarantin atau dikuarantin dalam tempoh terlalu singkat, dia berisiko dijangkiti dan membawa mutasi baharu. Harap cadangan ini tidak dilaksanakan secara umum, tetapi bersyarat,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

“Boleh Tanya & Tengok Berapa ML Dapat” – Dr Say Beri Nasihat Elak Penerima Dapat Vaksin Angin

Ganggu Rawatan Pesakit Kanser? Pakar Jelaskan Vaksin Covid-19 Boleh Lindungi Kadar Jangkitan!

KKM Ingatkan Mesej Jalan Pintas Dapat Vaksin Covid-19 Palsu, Minta Orang Ramai Sabar Tunggu Giliran

IKLAN