“Vaginismus bukan pengakhiran hidup.” Dapatkan rawatan sebelum masalah ini bagi kesan pada hubungan suami, isteri. Ini tidak, bila isteri takut bersama, tergamak suami ugut cerai.
Sebenarnya, vaginismus bukan titik noktah perkahwinan sebaliknya ianya adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina.
Masalah yang dihadapi isteri tidak boleh dipandang ringan, malah memerlukan rawatan segera untuk sembuh. Kehadiran suami amat diharapkan isteri bila menempuh saat getir sebegini, bukannya menambah masalah dengan ugut hendak bercerai.
Vaginismus merupakan masalah disfungsi seksual yang terjadi pada faraj wanita. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kondisi ini. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual bersama pasangan.
“Vaginismus bukan pengakhiran Hidup.”
Vaginismus atau sindrom faraj terkunci sesungguhnya beri kesan terhadap rumah tangga. Dr Kash yang pakar dalam bidang ini berkongsi kisah pesakitnya yang membuatkan dia terkesan sehingga hari ini . Doanya, semoga lebih banyak rumah tangga yang boleh diselamatkan.
Ads
Kongsi Dr Kash di akaun TikTok nya, seorang pesakitnya sanggup datang dari Melaka ke Kelantan, memandu seorang diri untuk mendapat rawatan selama tiga hari. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang isteri melalui ujian ini seorang diri tanpa suami.
@dr.kash_89Sindrom Faraj Terkunci , kesan terhadap rumahtangga. Antara kisah pesakit saya yang membuatkan saya terkesan sehingga hari ini . Semoga lebih byk rumahtangga yg boleh diselamatkan.♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀
Dapatkan Rawatan Sebelum Masalah Ini
Dr Kash yang bersimpati dengan nasib pesakit ini, bertanya mengapa suaminya tidak datang sekali.
Namun jawapannya cukup memilukan.
Ads
“ Saya terpaksa beranikan diri datang seorang diri. Suami langsung tak nak tahu keadaan saya. Suami beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh, dia nekad nak lepaskan saya. Sya harap sangat doktor dapat bantu saya.
Bagi Kesan Pada Hubungan Suami, Isteri
Nasihat Dr Kash, kepada suami yang diuji di luar sana, Vaginismus bukanlah titik noktah sebuah perkahwinan tetapi ia adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina. Ini adalah bentuk ujian dari Allah yang menguji kesetiaan seorang suami.
Sebaiknya seorang suami, bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri. Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalag kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidupnya.
Netizen rata-ratanya mendoakan kesembuhan buat wanita dan ada juga meminta wanita ini untuk tinggalkan suaminya yang tidak cuba memahami masalah yang sedang dihadapi.
Batuk 3 Hari Tanpa Henti, Mujur Paru-Paru Tak Kena Tebuk. Aiman Tino Baru Sedar Bahaya Hisap Vape! Baru-baru ini penyanyi Aiman Tino terpaksa dimasukkan ke hospital setelah mengalami gejala batuk tidak henti.
Malah disebabkan itu juga, telah menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Sebelum itu memberitahu dia mula berdepan masalah sakit tekak sejak tiga minggu lalu.
Ini adalah kerana tabiat suka menghisap rokok elektronik atau vape. Kejadian yang menimpa ini seperti memberi peringatan buat penyanyi lagi Ku Rela Dibenci ini.
Batuk 3 Hari Tanpa Henti, Mujur Paru-Paru Tak Kena Tebuk
Dia nekad untuk tidak lagi meneruskan tabiat menghisap vape dan turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya menghentikan perbuatan itu kerana boleh memudharatkan kesihatan.
“Sebelum ini hanya dengar kisah orang sahaja tentang akibat penggunaan vape, sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujurlah paru-paru saya tidak ditebuk kerana kata doktor masih belum kronik.
“Ketika menerima rawatan doktor juga beritahu ramai yang mengalami masalah sama, ini merupakan satu pengajaran buat saya.
“Jadi kepada semua orang, ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku ini. Mungkin saya tidak boleh nak halang semua orang hisap vape, tetapi haruslah beringat soal kesihatan diri sendiri,” katanya kepada Mstar.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu apa perlu dilakukan sebelum kita menggunakan periuk ini kerana bahayanya boleh menyebabkan kulit melecur tahap dua dan tiga.
Elakkan Malapetaka Apabila Menggunakan Periuk Tekanan
“Doakan ye. Aku akan masuk ke dewan pembedahan untuk pemindahan kulit sekejap lagi. Kulitku melecur tahap tiga akibat terkena air dan lauk yang mendidih di muka, leher dan tangan selepas periukku meletup.”
Begitulah cerita sedih seorang pesakit yang kemalangan periuk bertekanan tinggi. Penggunaan periuk bertekanan tinggi atau pressure cooker perlu digunakan berhati-hati. Melecur tahap dua dan tiga adalah kecedaraan tertinggi melibatkan penggunaan pressure cooker.
Ada yang kehilangan penglihatan. Ada yang mengalami kecederaan dalaman hidung dan masalah paru-paru akibat terhirup udara yang panas.
Pengguna periuk ini wajib melihat cara penggunaannya dan memastikan produk tidak rosak sebelum menggunakannya. Malapetaka dapat dielakkan jika anda mengikuti cara-cara penggunaan dengan betul.
Penggunaan Yang Betul: 1. Check getah di sekeliling periuk tidak merekah 2. Hati-hati membeli produk yang murah. Kualiti keselamatan mungkin tidak baik. SIRIM perlu ada. 3. Hati-hati dalam memasak makanan yang mengembang (nasi, kacang, jagung). Tekanan meningkat lagi tinggi. 4. Jangan buka selagi tekanan tidak dilepaskan. 5. Jangan terlebih muatan. 6. Elak bersentuhan dan muka menghadap stim.