Selain sakit gigi, user mulit juga satu adalah penyakit yang amat memedihkan. Malah masalah yang dialami ini juga akan menyebabkan seseorang itu hilang selera untuk makan kerana terasa pedih.
Dalam satu perkongsian di laman twitter Dr Samhan memberitahu fakta tentang ulser mulut.
Menurutnya ulser mulut ini juga turut dikenali dengan nama mata ikan dan selalunya akan terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan permukaan lidah.
FAKTA TENTANG ULSER MULUT
Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut.Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.
Kanser ‘squamous cell carcinoma’ (SCC) adalah barah paling kerap berlaku di dalam rongga mulut, iaitu 90 peratus daripada kes semua kanser dalam mulut.
Ads
Beliau turut memberitahu tip bagi mengelakkan terkena ulser mulut dengan minum 2 liter air sehari, tidur secukunya dan berus gigi lepas makan.
Selain itu beliau turut mengingatkan pada kanak-kanak kurang 16 tahun ditegah dari menggunakan bonjela kerana kandungan salicylic acid dalam ubat dinamakan aspirin. Aspirin ini boleh mengakibat risiko dan sebabkan kegagalan hati serta kematian.
Tips mengelakkan dari terkena ulser mulut adalah minum air 2 liter sehari,urus stress dengan baik,tidur secukupnya,berus gigi selepas makan,pastikan gigi palsu bersih,hindari fake braces,makan sayuran/buah(tinggi vitamin) dan berhenti merokok.
Ads
Kanak-kanak kurang dari 16 tahun ditegah dari menggunakan bonjela. Bonjela mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid adalah kandungan dalam ubat yang dinamakan Aspirin(ubat cair darah).
Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006, Aspirin boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome. Satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.
Untuk kanak-kanak kurang 16 tahun, disarankan menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid seperti Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 gel.
Ads
Next, rawatan seperti berkumur dengan air garam, antiseptik dan guna gel aloe vera juga digalakkan.
Baru-baru ini tular tentang kesan minum kolagen yang didakwa mampu mengaktifkan sel kanser sedia ada yang terdapat dalam badan seseorang.
Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita pengguna TikTok @adzrinadzhar yang memuat naik video menceritakan tentang dirinya yang didiagnosis dengan penyakit kanser ovari setelah sebulan sakit disebabkan pengambilan suplemen kolagen untuk memutihkan kulit.
Menurut akhbar Kosmo!, sehingga kini video tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 1.1 juta kali, mendapat 58,400 tanda suka dan dikongsi semula sebanyak 7,967 kali.
Agak menggangu fikiran bagi yang memang setia dengan pengambilan kolagen, ini pengakuan yang dibuat oleh wanita tersebut.
“Saya minum kolagen putihkan kulit, tetapi tidak mahu sebut jenama apa. Kolagen itu yang mengaktifkan kanser saya. Badan kita tidak memerlukan kolagen tambahan yang berjuta-juta pun sebenarnya.”
Akibat Ambil Kolagen
Apa yang lebih mengejutkan, di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita tersebut gara-gara pengambilan kolagen.
“Saya pernah ambil kolagen dan setelah dua bulan, fibroid yang ada pada tiroid saya membesar. Lepas saya stop, kembali susut. Masih ada, cuma tak besar,” komen seorang wanita.
Komen lain yang menakutkan, ada yang sampai disahkan kena cyst.
“Saya kena ‘ovarian cyst’ dan pecah lepas sebulan lebih minum produk pemutih kulit yang ada kolagen. Nasib baik dapat diselamatkan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga elakkan ambil suplemen yang mengandungi kolagen,” jelas seorang lagi wanita di ruangan komen.
Sehingga kini video tersebut masih dikongsikan oleh orang ramai dan menjadi tanda tanya bagi pihak yang suka mengamalkan minuman kolagen dalam gaya hidupnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rice cooker pot calar, kalau ikutkan agak sayang nak tukar lain. Nak-nak pula baru guna tak sampai setahun. Inilah yang menjadi dilema kebanyakan orang bila guna periuk nasi begini.
Namun kena ambil tahu tentang kesan pot nasi yang calar itu kepada pengguna, kurang selamat. Itulah yang diterangkan oleh Doktor Mazliana Mazlan menerusi perkongsian ilmu di laman media sosial miliknya baru-baru ini.
Kesan Rice Cooker Pot Calar
Tukar rice cooker pot rumah kita kalau dah bercalar macam dalam gambar.
Kalau dapat cari yang stainless steel, itu paling baik. Kita makan nasi hari-hari kan. Sebaiknya kita cuba cari pilihan yang kurang beri mudharat buat anak-anak dan keluarga.
Rice cooker biasanya ada coating non stick Teflon. Boleh sebabkan risiko gangguan hormon pada tubuh badan.
Material dalam pulak, biasanya dari aluminum. Aluminum boleh buatkan gangguan saraf dan rendahkan imuniti.
Boleh check rice cooker kat rumah, kalau ada calar, terus tukar pot yang baru tau.
Sebabnya, lagi tinggi risiko logam bertindakbalas dan terserap ke dalam makanan kita. Jadi nasi yang kita makan, tinggi pulak logam aluminum.
Yang terbaik, tukar terus rice cooker dari material stainless steel.
Calar macam ni, kena terus tukar.
Rice cooker biasanya guna coating Teflon, dalamnya ada aluminium.
Selepas baca info ini, bolehlah mak-mak masuk dapur dan semak semula pot nasi yang digunakan ya. Masih elok atau sudah ada calar.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pastinya kita sangat menjaga penampilan dan kecantikan diri.
Pantang mendengar pelbagai lambakan produk kecantikan menjual item terbaru di pasaran.
Namun kita sebenarnya perlu sentiasa berhati-hati kerana ada antaranya disahkan mengandungi racun.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu dan mengingatkan orang ramai supaya elak membeli beberapa produk kosmetik ini kerana mengandungi racun berjadual.
Ini kerana kesannya boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan antaranya kemerahan pada kulit, berjerawat, kulit jadi nipis dan juga meningkatkan risiko kanser kulit.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil.
Nama Produk
Racun Berjadual Yang Dikesan
1.
Deeja Cosmetic Yulai Cream
Hydroquinone
2.
Deeja Cosmetic Laila Cream
Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
3.
Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream Pearl Perfect Fairness
Merkuri
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Produk yang mengandungi hydroquinone dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.