Tular kisah pelakon, Datuk Fizz Fairuz selepas dia membuat kenyataan menerima fizikal isterinya, Datin Almy Nadia seadanya walaupun sering terima nasihat untuk menurunkan berat badan.
Tetap Sayang Isteri
Memetik laporan Kosmo, Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin tetap menyayangi dan mencinta isterinya sepenuh hati.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk),”katanya.
Ads
Datuk Fizz Fairuz Terima Datin Almy Nadia Seadanya
Menurutnya, dia bersyukur isterinya pandai menguruskan rumah tangga dan beranggapan Almy mungkin adalah orang yang berbeza jika memiliki bentuk badan yang kurus.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
Ads
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” jelasnya.
Sebelum ini, Fizz pernah memberi galakan kepada isterinya untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat tetapi dia memilih untuk mengutamakan keluarga dan anak-anak.
Ads
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” ujarnya lagi.
Sebelum pergi lebih jauh soal kecantikan, jemput belajar macam mana nak kunci kelembapan kulit bagi elakkan masalah jeragat dan jerawat muncul.
Kali ini mahu kongsi cara nak kunci kelembapan kulit bagi sihat dan glowing sepanjang hari. Perhatikan betul-betul perkongsian saudari Naurah Syadira dan jom jadikan rutin!
Langkah 1
Face & Body Gel Lotion
Manfaatnya untuk melembabkan dan menyihatkan kulit dengan kandungan vitamin jadi kulit sihat glowing.
Langkah 2
Body Lotion
Kemudian, pakai body lotion untuk gandakan kelembapan kulit dan sekali gus mencerahkan.
Langkah 3
Body Oil
Langkah terakhir, pakai body oil yang mengandungi kandungan bagus untuk melembabkan kulit. salah satunya kandungan zaitun yang boleh melembabkan dan menjaga keanjalan kulit.
Nanti hasilnya kulit akan jadi lembab, glowing dan wangi. Pendek kata, memang akan selesa!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain pelitup muka, penggunaan hand sanitizer penting bagi memastikan kita dapat mengelak penyebaran virus Covid-19.
Dan biasanya kita akan membeli dalam bekas besar sebagai stok simpanan di rumah.
Namun tahukah kita hand sanitizer ini juga ada tarikh lúput yang kita perlu tahu. Penggunaannya tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman.
Malah jika terlihat seperti ada tompokan (kulat dan bakteria) boleH terus buang saja hand sanitizer berkenaan.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu mengenai perkara ini dengan mengingatkan kita semua agar sentiasa memeriksa tarikh luput sesuatu produk berkenaan.
Perhatian kepada mereka yang masih menggunakan hand sanitizer yang dibeli semasa awal pandemik.
Min nak kongsikan sesuatu yang penting. Pastinya ada yang beli dan tidak habis-habis lagi sejak tahun lepas. Hand sanitizer ada tarikh luput. Boleh semak tarikh luput.
Ia mungkin kurang atau tidak lagi berkesan jika sudah sampai tarikh luput. Kandungan alkohol mungkin sudah tidak lagi mencukupi kerana ia telah meruap.
Jika ia berkulat atau bertompok, ia mungkin sudah tidak lagi berkesan untuk membunuh kuman. Semoga membantu.
Setiap orang pastinya punya impian untuk kekal awet muda, sihat dan bertenaga walaupun usia sudah bertambah.
Tidak perlu menggunakan produk kosmetik mahal sebaliknya hanya mengamalkan minum jus pelbagai campuran buah-buahan dan sayuran.
Dengan mengamalkan pengambilan secara konsisten dapat membantu sebagai anti penuan kala usia menjengah 30-an.
Siapa yang tidak mahu sihat dan muda sentiasa? Pastinya perkongsian sebegini begitu manfaat untuk diri sendiri dan keluarga.
Memang tidak dinafikan buah-buahan dan sayur-sayuran ini memang banyak manfaatnya. Cuma bagi mereka yang sibuk pastinya, akan culas untuk makan makanan yang sihat.
Yang pasti, campuran buahan-buahan dan sayuran ini akan memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.
Mudah sahaja. Kisar dan minum. Malah ada petua mengatakan, jika mahu mendapat lebih khasiat, minum segera dalam tempoh dua minit.
Amalkan minuman ini. Seminggu sekali sudah memadai untuk kesihatan diri. Minuman ini adalah untuk kurus, kulit cantik, mata cantik, kulit mulus dan halus, toksin keluar, darah lancar, penjagaan usus, tenaga zahir dan batin.
Untuk Kurus
Untuk Kulit Cantik
Untuk Buang Toksin
Untuk Darah Lancar
Untuk Tenaga
Untuk Buang Angin
Merawat Kulit Menggelupas Dan Untuk Rambut Cantik
Untuk Mata Cantik
Untuk Hilangkan ‘Eyebag’
Untuk Rawat Kulit Lebih Awet Muda
Untuk Wajah Berseri
Untuk Bantu Hilangkan Darah Tinggi
Untuk Kulit Tegang
Untuk Bibir Cantik
Untuk Kulit Cerah
Untuk Rawat Dalaman – Daun Belalai Gajah Dan Bukan Cili Api
Untuk Awet Muda
Untuk Segar Seharian
Kisar sahaja semua bahan dan boleh sejukkan dalam peti sejuk. Boleh buat stok untuk beberapa hari.