Tapai menjadi antara hidangan pencuci mulut yang agak popular terutama ketika ada kenduri kendara.
Namun perasan atau tidak ada kalanya kita dapat tapai yang telah berubah warna merah.
Ada mendakwa kerana ia dikaitkan dengan si pembuat yang sedang datang bulan atau haid.
Benarkan dakwaan ini dan logik atau tidak jika dikaitkan dengan pembuatan tapai.
Rentetan posting tular berkenaan, Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr. Fatimah Salim tampil memberi reaksi balasnya.
Tulisnya di laman Facebook, proses pembuatan tapai adalah sensitif kerana ia melibatkan fermentasi (penapaian) oleh mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebenarnya, terang beliau, tapai secara tradisional dihasilkan melalui penapaian yis (biasanya jenis Saccharomyces cerevisiae dan Schizosaccharomyces pombe) dengan pelbagai sumber kanji seperti beras putih, pulut, ubi kayu dan keledek.
“Proses ini bermula dengan memasak sumber kanji, disejukkan dan dicampurkan dengan ragi (sumber yis) sehingga sebati.
Ads
“Kemudiannya, ia akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun getah, daun rambai atau daun pisang. Setiap daun pembungkus ini akan menghasilkan aroma dan rasa yang berlainan disebabkan oleh kelainan bahan-bahan kimia semula jadi pada daun-daun ini,” tambah beliau.
Menurut Dr Fatimah lagi, tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam bekas besar yang ditutup rapi.
“Proses penapaian ini merupakan proses anaerobic (tanpa kehadiran gas oksigen atau udara).
“Setelah diperam selama tiga hari, barulah boleh dimakan. Pada ketika ini, tapai akan mengeluarkan air yang sangat manis,” katanya.
Apakah proses kimia yang berlaku semasa penapaian?
Ads
Jawab Dr Fatiman, yis akan menghasilkan enzim glucoamylase yang berfungsi menukarkan karbohidrat (daripada makanan berkanji tadi) kepada glukosa.
“Penghasilan glukosa ini yang menyebabkan tapai menjadi manis dan proses ini dikenali sebagai saccharification.
“Yis tadi kemudiannya menukarkan glukosa kepada ethanol dan gas karbon dioksida dan apabila dibiarkan lebih lama, rasanya akan menjadi masam disebabkan oleh pengoksidaan ethanol kepada asid etanoik (asid asitik),” jelasnya.
Pun demikian, dalam beberapa keadaan, tapai boleh menjadi pahit atau bertukar warna lain (contoh merah).
“Ini disebabkan oleh proses penapaian ini telah dikontaminasi oleh mikroorganisma lain, selain daripada yang sepatutnya terdapat dalam ragi.
Ads
“Mikroorganisa lain akan menghasilkan bahan-bahan kimia (produk penapaian) berlainan yang menyumbang kepada kepelbagaian warna, bau dan rasa tapai itu.
“Jadi, mikroorganisma ini datangnya daripada persekitaran, peralatan atau tangan kita sendiri semasa proses pengendalian dan bukan disebabkan oleh period (datang bulan) ya,” tambahnya lagi.
Jika anda mahu cerahkan ketiak gelap sebelum majlis penting, boleh cuba peua menggunakan tiga bahan dapur ini.
Antara punca bahagian ketiak menjadi hitam ialah penggunaan deodorant yang tidak serasi dengan kulit, permukaan kulit luka selepas dicukur,kurang menjadi kebersihan diri dan sebagainya.
Cerahkan Ketiak Gelap Guna 3 Bahan Je, Hasilnya Bersih!
Jangan risau, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Facetimebeauty, memang berkesan untuk menghilangkan ketiak hitam.
1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk.
2. Potong limau nipis dan perahkan ke dalam tepung beras tadi.
3. Gaul sebati bahan tersebut.
4. Hiris timus dan celupkan dengan bancuhan tadi.
5. Kemudian gosok rata pada bahagian ketiak yang gelap.
Nak nampak hasilnya kena buat hari-hari. Sebulan jangan berhenti. Jangan lupa cuba ya, boleh juga sapu pada bahagian lain yang gelap macam pelipat peha.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggunaan kanta lekap menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu memakai kaca mata.
Namun begitu sebagai penguna yang baru mencuba memakai kanta lekap, ada beberapa perkara perlu diambil kira.
Menurut Perunding Optometris Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali berkata, tidak semua orang sesuai menggunakan kanta lekap.
Tambahnya antara golongan yang tidak sesuai menggunakan kanta lekap ialah mereka yang mempunyai penyakit okular misalnya glaukoma/katarak/mata kering/infeksi kornea dan sebagainya.
Malah dikatakan dua pertiga daripada pemakai kanta lekap adalah golongan wanita yang rata-rata berusia lingkungan 31 tahun.
Di Malaysia pula, dianggarkan lebih dua juta penduduk memakai kanta lekap (tujuh hingga lapan peratus).
Ini antara tip dikongsi bagi mereka yang baru berjinak-jinak mahu memakai kanta lekap.
– Bagi pengguna baru, anda tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.
– Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.
– Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
– Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
– Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
– Peringatan, jangan sesekali-kali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.
– Jangan menukar jenama atau larutan penjagaan kanta lekap tanpa berbincang dengan optometris anda terlebih dulu.
– Jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh dihadkan.
– Jangan tidur dengan memakai kanta lekap
– Buang larutan yang sudah diguna, jangan campur dengan larutan baru