Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.
Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baiksedikit berbanding air gula.
Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan
Jus Sayuran
Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.
Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.
Ads
Jus Delima
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?
Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.
Jus Kranberi
Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.
Ads
Jus Acai Beri
Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.
Jus Anggur Merah
Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.
Ads
Jus Prun
Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.
Seperti yang kita ketahui, Varian Delta COVID-19 boleh menjangkiti mangsanya hanya dalam 15 saat dan tersebar melalui udara.
Namun kajian terbaru mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian itu membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah dia belum mendapatkan vaksin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, tadi.
Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.
Gambar sekadar hiasan.
Mengenai virus Delta, Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.
Beliau berkata tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter.
Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.
Ada tak yang berniat nak kulit bebas masalah jeragat dan parut jerawat? Kali ini nak kongsi tip macam nak buang segalan cela yang dah lama singgah di wajah. Mungkin anda dah pakai macam-macam tetapi parut tetap tak hilang pun.
Kulit Bebas Masalah Jeragat Dan Parut Jerawat, Siap Jadi Glowing Lagi!
Ada 4 produk yang mampuk tunjuk kesan dan selamat untuk semua jenis kulit seawal 2 minggu!
Haa… ini adalah bahan-bahan yang boleh hilangkan masalah jeragat dan parut jerawat di wajah:
— Valent Skin Beraya #ScarRelax (@ValentSkin) April 9, 2022
Antara produk yang paling popular adalah:
1. Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
Boleh hilangkan dark spots, jeragat dan parut jerawat.
2. Purito Vitamin C
Ini serum nombor satu dekat Korea.
3. The Raw Ethylated Escorbic Acid
Atau pun boleh guna produk daripada Malaysia ini, masih Vitamin C serum yang diformulasikan dengan Niacinamide dan vitamin E.
4. YELLO Snowmeric Serum
Ini pun bagus untuk kulit sebab ada tranexamic acid.
Jadi, sila lah cari segera beberapa poduk terbaik ini! Siapa tahu, lepas pakai kulit anda lebih bersih dan sihat tanpa cela. Tak payah mekap tebal semata-mata nak tutup parut jerawat dan jeragat.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan ya, selamat mencuba!
Kecantikan Dian Sastrowardoyo sering menjadi tumpuan, walau umurnya bakal menginjak 41 tahun namun kelihatan air wajahnya tetap nampak muda. Langsung tak di makan usia!
Seperti gambar yang dikongsikan dalam Instagram, Dian nampaknya memilih untuk cantik tanpa mekap. Malah isteri kepada ahli perniagaan, Indraguna Sutowo ini dilihat suka melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan berbasikal.
Mencipta nama menerusi filem remaja popular Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002, penampilannya bagai tidak pernah berubah, malah dilihat semakin jelita biarpun sudah memegang peranan sebagai ibu kepada dua cahaya mata.
Melihat wajah manis dan kredibiliti lakonannya, Dian suka menggayakan kebaya klasik selari dengan sokongannya dalam gerakan kebaya sebagai warisan budaya dunia.
Tak jemu melihat air wajahnya yang unik, malah senyuman Dian sangat memikat buat dia nampak ‘mahal’. Dian sangat menitik beratkan pemakanan dalam diet. Selagi boleh, dia akan cuba mengambil makanan yang diasaskan daripada sumber organik yang bebas bahan kimia.
Jadi kepada anda di luar sana yang mahu kelihatan awet muda dan sihat, kenalah keluarkan peluh. Paling panting jaga makan dan jangan lupa rutin asas dalam kecantikan iaitu jaga kulit wajah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!