Masih hangat cerita rumah tangga Shuhada ditumbuk suaminya yang merupakan pelakon drama, Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.
Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan tengah hari tadi, Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan kesakitan pada bahagian wajahnya lebih perit berbanding jahitan bersalin.
Shuhada Ditumbuk Sampai Berjahit, Tubuhnya Pun Dah Nampak Berubah
Apabila ditanya sama ada suaminya membantu atau memohon maaf selepas kejadian itu, Shuhada sukar untuk menjawab.
“Hadiah hari jadi (penumbuk) saya ke-29, dapat lebih daripada 10 jahitan. Jahit ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib tak kena kat mata, tak pasal buta sebelah lagi la susah kan.
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Dah minta maaf ke? Hanya Allah yang tahu,” katanya.
Bagi Shuhada, cukup sudah dia bersangka baik terhadap Hafidz dan nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak serta tidak mahu lagi toleh ke belakang.
Ads
“Rasanya dia lagi tahu. Shu tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas. Shu harap perkara ini akan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan. Kita tahu kita di tangan yang betul,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada menafikan dakwaan netizen dia membuat provokasi sehingga suaminya bertindak sedemikian. Katanya lagi, meskipun rumah tangganya bergolak namun dia bercakap baik-baik dengan Hafidz.
“Dah tujuh tahun kahwin dengan Hafidz, dah tahu perangai dia macam mana. Macam mana nak handle. Dari pengalaman yang lepas.. kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi, memang saya bodohlah untuk dapat luka macam ni.
“Pihak luar sana, korang tak kenal Shu macam mana. Shu dan Hafidz still bercakap dengan baik. Dengan pihak ketiga pun, saya takkan jatuhkan maruah pergi tarik-tarik rambut,” katanya.
Nampak Makin Turun Kilo
Menerusi perkongsian laman Instagram miliknya, nampak Shuhada berkongsi satu sekeping gambar yang jelas nampak penurunan kilo.
Ads
Terselit beberapa komen netizen yang menarik perhatian berkait turun berat dan kelukaan yang dialami wanita ini:
“Dah kurus banyak. Betul lah orang kata ubat kurus paling mujarab is makan hati.”
Ads
“Kenapa ko makin cantik dik..aku tak paham lah setiap kali baru berpisah tiba-tiba perempuan jadi makin cantik.. suka akak tengok.”
Doakan Kebahagian Bekas Suaminya Dengan Orang Baru
Kata Shuhada lagi, jika suaminya ditakdirkan berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangga mereka iaitu Athira Yuhada, dia mendoakan agar mereka bahagia.
“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hidup lah dengan bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya.
Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga, namun jika sampai tahap naik tangan, sukar untuk seorang perempuan terus bertahan. Apa lagi untuk melupakan selepas berparut bagai.
Rapi mendoakan yang terbaik buat Shuhada dan anak-anaknya, moga berjaya dalam dunia bisnes yang dia terokai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak cantik macam artis Korea, orang kita tak perlu sampai buat pembedahan wajah menghabiskan duit poket beribu tetapi cukup jika anda tahu rahsia pemakaian skincare harian dan gaya mekapnya yang ringkas.
Haa… anda perasan tak, kebanyakan artis Korea memang terkenal dengan buat pembedahan wajah namun kita boleh ambil dari sudut lima perkara ini bagi menaikkan seri wajah seperti mereka.
Cantik Macam Artis Korea, Simple Tapi Nampak Manis!
MEKAP NUDE
Mekap mereka bila dilihat seperti tidak pakai mekap, nampak sangat natural atau asli. Tapi sebenarnya mereka juga memakai mekap cuma mereka menggunakan mekap natural sahaja agar kelihatan asli. Untuk dapatkan kesan mekap natural perlu gunakan warna mekap yang natural juga. Sebagai contoh, penggunaan eyeliner hitam atau coklat untuk mata, pemerah pipi kekal dengan warna merah jambu atau oren. Bagi bibir pula, gunakan gincu yang nipis. Untuk wajah gunakan BB Cream atau CC Cream yang hasilnya kelihatan lebih natural berbanding dengan menggunakan foundation.
KANTUNG MATA
Rata-rata wanita mahupun lelaki sangat menyukai trend aegyo sal (kantung mata)yang mampu membuatkan mata lebih besar dan galak. Ada tiga cara bagi mendapatkan aegyo sal iaitu cara operasi, solekan dan juga membeli alatan khas.
KULIT PUTIH, CERAH DAN BERCAHAYA
Sememangnya kita tahu orang Korea dan pembedahan plastik tidak dapat dipisahkan. Mereka mungkin mengambil suntikan khas bagi mendapatkan kulit wajah yang glowing. Kerana tiada yang mustahil di Korea. Namun, bagi memastikan ianya berterusan, mereka juga perlu melakukan rawatan kulit muka. Teknik solekan juga mampu menghasilkan kulit wajah yang glowing, anda boleh aplikasikan BB Cream atau CC Cream yang sesuai dengan muka.
BIBIR MERAH MEREKAH
Jika anda lihat di kaca televisyen, pasti anda cemburukan bibir merah merekah mereka. Macam mana ingin dapatkan bibir sedemikian? Senang sahaja, anda boleh dapatkan lip tint ataupun gincu cuma kesan lip tint lebih kekal lama berbanding gincu.
Ada pelbagai jenis lip tint dijual di pasaran, salah satu yang popular di Malaysia ialah jenama Peripera yang boleh anda dapatkan di Guardian mahupun Watson. Hanya perlu pakai di bahagian dalam bibir, kemam dan lihat perubahan bibir anda ikut warna yang anda pilih. Anda tidak perlu lagi mengenakan gincu bibir bila mengenakanlip tint.
KENING TEBAL DAN RATA(TIADA BENTUK)
Trend kening Korea adalah tebal dan rata. Kening sebegini mampu membuatkan wajah nampak lebih manis dan jelita. Kadang-kala kening tebal dan rata ini persis watak animasi Sin Chan.
Selepas ini anda pun boleh lah perlahan-lahan belalar solek wajah nampak gaya ala artis Korea. Dengan menggunakan aplikasi mekap yang ringkas, terutama bahagian bibber dan kening, pasti air rajah anda nampak manis!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir setiap orang pasti tahu lagu mereka, DDU-DU DDU-DU dan Kill This Love. Malah ramai yang menghafal nama setiap ahli kumpulan ini iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose.
Haa… jadi, ramai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan anggota paling popular Blackpink ini dalam hal penjagaan kulit wajah khususnya.
Rahsia Cantik Lisa, Setia Pakai Pelembap
Menerusi satu temu bual, ramai yang terkejut kerana rutin kecantikan Lisa tidaklah serumit yang disangka. Memandangkan dia seorang artis dan hampir setiap hari terikat dengan persembahan, ramai membayangkan dia mungkin mengamalkan lebih daripada tiga regim kecantikan untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat.
Menurut Lisa, dia tidak pernah hidup tanpa pelembap dan pelembut wajah, malah kedua-dua produk kecantikan itu sentiasa berada dalam tas tangannya.
“Kedua produk penjagaan kulit muka ini mampu membaiki kerosakan muka sehingga ke lapisan yang paling dalam.
“Selepas mencuci muka saya akan menggunakan pelembap dan pelembut muka setiap kali sebelum masuk tidur,” kata ahli kumpulan Blackpink yang paling muda ini.
Ceritanya lagi, rutin ini perlu dilakukan setiap hari tambahan pula memiliki kulit wajah yang agak kering.
“Bagi saya semua wanita pun cantik. Saya sendiri amat menghargai kecantikan kerana ia adalah anugerah tidak ternilai buat wanita dan kita sepatutnya menghargai setiap apa yang kita miliki,” katanya.
Betul tak puas tengok kecantikan Lisa ini, dan kita yang biasa-biasa ini sepatutnya disiplin dalam penjagaan skincare. Orang kata, tak cantik tak apa janji kulit tu sihat dan fresh!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali Lebih Anjal & Awet Muda Di Usia 30 Tahun. Semalam merupakan hari lahir yang ke 30 buat penyanyi Nabila Razali. Walaupun sudah melangkah ke 3 series, namun raut wajah penyanyi ini masih seperti budak sekolah menengah.
Seiring dengan pertambahan usia, Nabila dikenali sebagai seorang artis yang sangat menjaga penampilan diri terutama bab kecantikan wajah.
Biarpun gaya hidup lebih kepada unsur moden, tetapi rupanya penyanyi lagi ini lebih selesa memilih petua lama untuk kecantikan wajah yang nampak lebih glowing dan anjal serta awet muda.
Guna Masker Putih Telur, Rahsia Kulit Nabila Razali
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.
Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudiannya dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan mengamalkan pemakaian masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kkal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dia minum air masak secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.