Hari ini kes jangkitan Covid-19 terbaru dikatakan telah turun ke angka 4 ribu lebih. Walaupun begitu, kita tidak boleh alpa atau leka denga situasi yang berlaku.
Masih perlu menjaga SOP Kendiri dan jangan keluar rumah jika tiada urusan yang benar-benar perlu.
Dan paling membimbangkan ketika ini adalah komplikasi yang dipanggil Long Covid. Apa itu Long Covid dan kenapa dipanggil dengan gelaran sebegitu.
Perkongsian ringkas tetapi padat dari Dr Samhan menjelaskan maksud sebenar perkataan ini.
Doktor, apa ke benda long covid ni?
Meh, saya nak cerita.
Sebelum tu nak kena faham dulu jangkitan covid ni ada 5 kategori.
Kategori 1: positif tapi takde gejala
Kategori 2: positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru
Kategori 3:positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru
Kategori 4: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan
Kategori 5: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ
Yang kita bimbang ada kategori 2,3,4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID!
Kenapa dipanggil Long Covid?
Mudah cerita begini. Pesakit covid dah sembuh tapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.
Seperti batuk tak hilang-hilang. Hidung tersumbat. Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.
Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala yang amat. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan!
Itulah realitinya.
Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Siksa tau!
Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tak masuk ke Kategori 2,3,4 dan 5.
Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.
Kongsikan info ini dalam group-group whatsapp kenapa pentingnya ambil vaksin untuk elak menanggung Long Covid yang amat menyiksakan.
Dr. Ahmad Samhan
Nota: Lebih 100,000 subscribers sertai ilmu kesihatan PERCUMA di telegram Dr. Samhan https://t.me/drsamhan
Artikel Berkaitan:
Sedih Lihat 2 Jiran Sebelah Meninggal, Lelaki Syukur Sembuh Lepas Dijangkiti Covid-19 Tahap 4