Tidak dinafikan ramai antara kita tak dapat dipisahkan dengan masakan pedas. Jika setangkai dua cili tidak terasa pedasnya, tetapi kalau yang ambil banyak mesti tak cukup segelas minum air.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tip untuk hilangkan pedas yang keterlaluan. Antaranya adalah makan mentega kacang selain gula.
Namun beliau turut menasihat agar tidak keterlaluan makan pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastritis dan juga cirit birit.
Gambar sekadar hiasan.
“PEDAS GILA! MACAM MANA NAK HILANGKAN?”
Kalau tak pedas, tak sedap, tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi, dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala.
Apa nak buat kalau termakan makanan yang pedas gila? Minum air? Kemam air? Itu tak berapa berkesan. Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil #capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
Susu
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein( protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
Ads
Coklat
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
Mentega Kacang
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
Asid
Ads
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
Gula
Biasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
Roti
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah. Haha!
Ads
Makanan pedas-pedas ini memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain.
Kalau kepedasan dah tahu nak buat apa? Apa lagi, kongsi tips ni supaya orang lain pun tahu!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tips Hilangkan Pedas
Nota: baca senarai terfikir Nutella. Ada coklat, susu, kacang hazel, gula. Sapu pula atas roti. Fuh!
Pengalaman bergelar ibu sememangnya menjadi momen terindah dalam hidup setiap wanita.
Terasa hidup ini cukup sempurna dan lengkap dengan kehadiran si kecil yang masih belum tahu kerenahnya bagaimana nanti.
Walau bagaimanapun bergelar ibu lagi-lagi dalam usia muda memerlukan seseorang itu bersedia dari segi mental dan fizikal lagi-lagi dalam tempoh berpantang.
Pengalaman inilah yang dirasai oleh pelakon Mira Filzah yang baru sahaja bergelar ibu apabila selemat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Wan Khair Amir.
Berkongsi hantaran di Insta Story Mira sempat berkongsi pengalamannya sebagai seorang ibu baru.
Menurutnya dia masih lagi menyesuaikan serta mennguruskan masa tidurnya setelah kehadiran si kecil ini.
“Saya hanya tidur selama 1 jam malam semalam. Nasib baik sempat panggil orang makeup jam 7 pagi,” tulisnya di laman sosialnya itu.
Anak lelaki pasangan ini yang baru berusia 7 hari lahir pada 10 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Menurut Mira juga nama anaknya turut diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il-Anuar serta gabungan dia dan suami.
“Wan Khair Amir, Khair membawa maksud ‘baik’ atau ‘elok’ yang diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah’ atau ‘pemimpin’ yang diambil daripada gabungan nama kami berdua, Emir dan Amirah,” katanya yang turut mengadakan majlis serta amalan sunnah iaitu ‘tahnik’ terhadap anak mereka yang telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal Ustaz Don.
Keduanya turut mengharap agar cahaya mata mereka ini dapat membesar dan menjalani kehidupan yang baik di dunia serta menjadi anak yan soleh.
Baru-baru ini tular dengan kisah air mineral yang dikatakan mahal berbanding jenama biasa.
Harganya sebotol berharga RM4.50 dan dianggap harga ‘kayangan’ yang hanya diminum oleh golongan atasan.
Kenapa agaknya air mineral jenama Evian ini mahal dan jadi pilihan ramai berbanding jenama lain.
Dikatakan air mineral ini mahal kerana qualiti yang baik dan bagus untuk kesihatan.
1. Baik Untuk Tulang, Jantung & Mampu Turunkan Berat Badan
Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.
2. Dari Sumber Semula Jadi
Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.
3. Pengiktirafan Dari Segi Kesihatan & Brand ‘Awareness’
Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.
4. Air Dari Perancis
Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.
Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.
5. Botol Dari Bahan Kitar Semula
Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.
Selalunya kita hanya guna garam putih untuk menambah perasa dalam setiap masakan. Tak lengkap jika tidak diletakkan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Tetapi apa pula fungsi garam hitam untuk kesihatan. Ramai yang tak tahu khasiatnya dan ini rupanya antara manfaat boleh kita peroleh, terutama bagi merawat begok dan sesiapa yang alami anemia.
1. Membantu Masalah Pencernaan
Jika anda sering mengalami masalah ketidakselesaan pada perut, anda boleh mengamalkan pengambilan garam hitam ini.
Ini kerana garam hitam mengandungi sebatian sulfur yang mampu membantu menyelesaikan masalah itu.
Garam hitam ini akan bertindak sebagai perangsang pencernaan yang mengimbangi pengeluaran asid di dalam perut, mengurangkan komplikasi pencernaan, dan mencegah ulser.
2. Merawat Begok
Garam hitam mengandungi sodium iaitu zat yang bertindak aktif dalam mengurangkan dan merawat begok.
3. Mengawal Tekanan Darah
Garam hitam berbeza daripada garam biasa dari segi nutrisinya. Garam hitam memiliki kandungan natrium yang rendah di mana ia mampu mengawal masalah tekanan darah seseorang.
4. Mengubati Anemia
Kepada anda yang menghidapi anemia, boleh gantikan garam biasa kepada garam hitam. Ini disebabkan garam hitam mengandungi zat besi yang tinggi. Justeru dapat merawat penyakit anemia.
5. Melegakan Ketegangan Otot
Anda boleh mengunakan garam hitam ini ketika mengalami ketegangan otot.
Kandungan kalium dalam garam hitam dapat mengekalkan elektrolit dalam badan. Justeru. Ia dapat melegakan ketegangan otot yang kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan mineral dalam badan.