Siapa sangka buah kiwi yang hanya bersazi kecil ini tetapi mempunyai banyak khasiat.
Mengandungi banyak nutrien seperti vitamin C, K, E, folat, potasium, kalsium dan kalium ini berasal dari selatan China.
Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan membuatkan buah kecil berbulu halus ini satu pilihan yang banyak kegunaannya.
Sama ada dibuat jus atau makan begitu saja dan terdapat dua jenis buahnya iaitu isi berwarna hijau dikenali sebagai Hayward dan berisi kuning dikenali Hort 16A.
Ini adalah kebaikan besar buah kiwi untuk kesihatan.
1. Bantu Turunkan Tekanan Darah
Buah kiwi mengandungi jumlah potasium yang sama dengan sebiji pisang selain kaya dengan beta-karotina dan zat galian yang lain seperti magnesium, zink, zat besi dan fosforus.
Menurut laporan Medical Daily pada 2011 pesakit darah tinggi yang makan buah kiwi setiap hari mampu menurunkan tekanan darah mereka.
2. Sumber Antioksidan
Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting, membolehkan buah kiwi melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Ads
Antioksidan pada buah kiwi mampu bertindak sebagai anti-keradangan, mencegah barah dan hepatitis.
3. Tingkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, zat galian serta anti-oksidan.
Isi buah kiwi adalah sumber Vitamin C yang luar biasa dan sudah terbukti bahawa vitamin C memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kekebalan tubuh.
4. Atasi Penyakit Semput
Manfaatkan buah kiwi juga dapat dirasakan oleh pesakit semput, seperti dilaporkan penyelidik di Universiti Nasional Seoul di Korea Selatan.
Menurut kajian mereka, enzim actinidin yang tinggi kandungannya dalam buah kiwi, dapat mengurangkan gejala penyakit semput dengan mengurangkan sel darah putih berlebihan dalam pesakit. Makan buah kiwi dikatakan dapat menyihatkan paru-paru.
5. Menjaga Kesihatan Jantung
Jika buah kiwi terbukti boleh bantu menurunkan tekanan darah, ia juga baik untuk kesihatan jantung.
Ads
Kandungan buah kiwi membantu mencairkan darah lalu mengurangkan risiko gumpalan darah dan meningkatkan pengaliran darah.
Perkara ini baik untuk arteri dan jantung yang sihat.
6. Atasi Insomnia
Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki mutu tidur kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, serotonin dan antioksidan akan membuat tubuh menjadi lebih tenang.
Boleh cuba makan kiwi setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk menghilangkan insomnia yang dipercayai berpunca daripada tekanan.
7. Menyihatkan Rambut
Buah kiwi juga ternyata dapat menyihatkan rambut kerana kandungan vitamin C dan E mampu membantu dalam kesuburan rambut.
Ads
Selain memakannya, korang juga boleh menggunakan buah kiwi sebagai ubat rambut atau ‘hair mask’.
Beberapa produk perawatan rambut juga sudah mula menggunakan kiwi sebagai bahan di dalam produknya.
8. Turunkan Berat Badan
Buah kiwi juga boleh dijadikan sebagai makanan alternatif bagi korang yang cuba menurunkan berat badan.
Dua biji buah kiwi sehari, cukup untuk memenuhi keperluan serat sebanyak 4.2 gram dan membawa kepada sistem penghadaman yang sihat.
Saat berpantang selepas melahirkan ada tempoh masa paling sukar untuk dilalui oleh mereka yang baru pertama kali bergelar ibu.
Disebabkan tiada pengalaman, hanya melalu pembacaan, mereka yang ada disekeliling sangat diperlukan dalaM membantu memulihkan tahap fizikal dan mental si ibu.
Dalam situasi ini, selain keluarga, suami adalah insan paling penting yang perlu ada sentiasa di sisi membantu isteri selepas bersalin dalam melalui proses post partum.
Ikuti perkongsi Dr Redza Zainol melalui laman sosial FB Dr Ahman Samhan 5 perkara yang suami kena ambil tahu mengenai perkara ini.
5 Perkara Suami Kena Tahu Bila Isteri lepas Bersalin
1. Isteri perlu rehat & tidur. Tenaga hilang perlu diganti untuk menyusu anak
2. Sakit pada buang air pertama kali lepas bersalin
3. Sakit di bahagia perut disebabkan rahim mengecut
4. Kena ambi tahu juga bab darah nifas atau dipanggil Lochia
5. Kena jaga emosi isteri yang jadi pelik dan tidak stabil
6. Jagalah makan, minum & rehat isteru sebaikna ketika dalam pantang
Patut Masih Cantik Di Usia Cecah 50 Tahun. Sofea Jane Pilih ‘Vegetarian’ Sejak 7 Tahun Lalu! Pelakon Sofea Jane, nama yang cukup popular dan gah ketika di era zaman awal 90an. Bakat lakonan yang mantap menjadi kelebihan untuk pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini bersaing dalam dunia seni.
Ditambah dengan seraut wajah jelita menjadikan ibu kepada empat cahaya mata ini tetap kelihatan cantik dan anggun serta menjadi pilihan ramai pengarah hebat.
Malah sehingga hari ini, kejelitaan wajahnya masih sama dan seperti tidak ada perubahan. Kecantikan tetap sama seperti 20 tahun dulu ketika zaman kemuncak melakonka watak dalam filem Harry Boy, Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan Isteri dan … atau pun Sayang Salmah.
Ternyata Datin Sofea Jane, 50 tahun sangat bersyukur atas kurniaan yan diberikan Allah SWT selain mengakui amat menitik beratkan penjagaan kesihatan.
Namun begitu, pemilik nama pentas Sofia Jane, dia tidak merasakan dirinya masih menawan seperti yang diperkatakan ramai memandangkan usianya bukan lagi muda.
Walaupun agak berat berkongsi rahia penjagaan kecantikan, namun Sofea tetap memberitahu regim kecantikan dirinya.
Menurutnya bukan kerana kedekut berkongsi ilmu tentang amalannya, tetapi Sofea berpendapat apa yang dirasakan baik bagi dirinya, tidak bermakna bagus untuk orang lain.
“Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain. Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?” katanya.
Hanya selepas dipujuk, Sofia akhirnya memberitahu dia sudah menukar menu pemakanannya kepada makanan berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) sejak tujuh tahun lalu.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak,” katanya.
Sofea Jane Pilih ‘Vegetarian’ Sejak 7 Tahun Lalu
Pemenang Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 itu bagaimanapun seakan menolak pujian yang mengatakan dirinya masih kelihatan muda kerana kulit wajahnya sudah pun mempunyai garis-garis kedutan halus.
“Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun.
“Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif. Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita,” katanya yang membuat kemunculan semula dalam karier lakonan apabila muncul buat pertama kali membawakan watak antagonist menerusi drama bersiri One Cent Thief sebagai Ibu Zara.
Sekadar info, Sofea Jane berkahwin dengan Datuk Meor Zain Azman pada 9 September 1995 dan dikurniakan empat anak, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Tular baru-baru ini apabila dikatakan vaksin covid-19 boleh dibeli di laman sesawang dengan harga yang cukup murah.
Ia dijual oleh individu tidak bertanggung jawab dengan menggunakan platform e-dagang popular, Shopee.
Biarpun tidak diketahui kesahihan penjualan ini dan ramai bimbang jika ada yang terpedaya dengan penjualan ini.
Malah harga dijual juga agat murah iaitu RM63.88 dengan hanya dibeli secara online di Aplikasi berkenaan.
Namun begitu, bimbang orang ramai akan tertipu, Shopee telah tampil menafikan penjualan vaksin Covid-19, Pfizer palsu tersebut, seperti mana gambar yang tular di media sosial.
Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan tidak menemui senarai yang serupa seperti di dalam gambar tersebut.
“Gambar itu sebenarnya telah diubahsuai seolah-olah penjualan vaksin berkenaan disenaraikan di dalam laman jualan kami tetapi sebenarnya ia palsu dan sama sekali tidak wujud.
“Isu penyebaaran foto penjualan vaksin Pfizer Covid-19 di Shopee menerusi Twitter dan WhatsApp sedang dalam perhatian kami. Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak menemui senarai berkaitan di Shopee.
“Imunisasi Covid-19 adalah masalah kesihatan negara yang tidak boleh dianggap remeh,” menurut Shopee dalam satu kenyataan.
Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut mengingatkan penyebaran maklumat palsu mengenai vaksin ini dan sedang dipantai pihak berkuasa.
Jadi sebagai pengguna kita perlu berhati-hati dengan sebrang penipuan jualan seperti ini.
Apa perlu kita lakukan daftar segera untuk penerima vaksin ini secara percuma dengan mengisinya di aplikasi MySejahtera.