Telur merupakan sumber protein yang tinggi khasiat dan menjadi hidangan paling pantas disediakan bersahur.
Malah telur juga mengandungi protein lengkap dan menu terbaik untuk bersahur. Kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.
Ia juga mengandungi kolin yang membantu metabolism dan pusat sistem saraf berfungsi.
Namun untuk makan telur begitu saja pasti tidak berselera. Apa kata anda sediakan resipi sahur kilat dengan menyediakan telur dadar gebu berkeju yang hanya mengambil masa 10 minit disediakan.
Bahan-bahan
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil garam
Ads
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar susu segar
1/2 biji bawang besar yang dihiris
2 cendawan butang yang dihiris
Ads
1 keping roti Gardenia Original Classic dipotong dadu
1 tangkai daun sup, dihiris
1/4 cawan keju ceddar
1/4 kawan keju mozzarella (pilihan)
Cara penyediaan
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada sulah
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega di atas api sederhana kecil
3. Kemudian tumiskan hirisan bawang dan cendawan sehingga layu
4. Masukkan roti Gardenia Original Classic yang dipotong dadu ke dalam bancuhan telur dan gaul seketika
5. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan tumisan. Kacau seketika dan biarkan telur dadar masak sepenuhnya
6. Taburkan dengan daun sup dan parutan keju ceddar
7. Lipatkan telur dadar gebu berkeju dan terus hidangkan
8. Untuk mendapatkan hidangan yang seimbang, Telur Dadar Gebu Berkeju boleh dinikmati bersama ulam-ulaman dan disertakan dengan taburan roti rangup
Ads
Tips masakan
Pukul telur sehingga berbuih untuk mendapatkan telur dadar yang gebu.
Senangkan sangat untuk menyediakannya waktu bersahur. Dan hidangan ini juga boleh mengenyangkan dan membuat kita bertahan sehingga waktu berbuka nanti.
Niatnya pada mula hanya mahu turunkan berat badan tanpa mengambil kira perkara lain.
Namun di sebalik usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal, dia juga turut mendapat kelebihan lain apabila hasil kulit wajah jadi cantik.
Ikuti perkongsian sahabat dari grup Diet Suku-Suku Separuh Khuzai Bo Art yang bukan saja dapat turunkan berat badan tetapi kulit wajahnya juga jadi lebih cantik.
Sebelum itu dia yang mengalami obesiti (ketika 19 tahun berat capai 148kg) berjaya menghilangkan 75 kg dari berat badan asal. Mengambil masa tiga tahun untuk capai berat terkininya iaitu 79 kg.
Memang lepas turun berat kulit jadi putih eh?
Soalan paling saya dapat selama ini. Niat saya mula-mula tak ada pun nak putih or kulit cantik.
Nak turun 10kg je dulu.. tiba-tiba terturun sampai 75kg. Bonus kulit pun jadi better. Hilang dah kerak-kerak dekat leher/tepi hidung/cuping telinga..
Orang badan besar memang tak boleh lari dari hitam-hitam dekat muka nih..
Tak ada rahsia apa-apa pun. Just jaga makan. Kalau dok melantak macam-macam, macam mana kulit nak cantik. Minum air masak, bukan air manis
Dok berhabis beribu-ribu beli skin care..tapi makan tak jaga..start dari dalam. Baru laa kulit pun ikut sama cantik.
Lagi pun saya dah 8 tahun jaga mkan. Bukan sebulan dua ya. Tak ada cucuk-cucuk or rawatan muka bagai. Cukup jaga mkan and minum air kosong
Gula punca utama acne and sebum kat muka ya. Cuba kurangkan gula and minum air kosong. Insya-Allah lama-lama cantik laa kulit tu.
Patutlah kulit pelakon dan bekas model, Natasha Hudson cukup cantik tanpa sebarang cela, rupanya dia memang jenis suka pakai mask dalam bab penjagaan wajah.
Memang kadang nampak dia bersolek tetapi tidak lah tebal, dan jika tengok dia aktif aktiviti lasak, terus dibawanya muka ‘bogel’.
Natasha yang juga merupakan seorang penulis banyak menulis pelbagai jenis buku yang popular sekitar tahun 2006 dan 2007.
Kalau anda mengikuti laman instagram miliknya, dia selalu memuat naik aktiviti hariannya bersama suami. Malah Natasha juga kerap melakukan live di tiktok bagi berkongsi maklumat tentang alam semula jadi dengan peminatnya.
Natasha ada memuat naik satu video yang meraih perhatian daripada orang ramai. Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 411 ribu dan 18 ribu tanda suka.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Natasha sedang membuat clay mask dengan menggunakan batu-batu tertentu dari sungai yang diambilnya di kawasan berhampiran tempat duduknya itu.
Dia menyapu seluruh badan serta mengajarkan cara membuat dan mendapatkan batu tersebut jika sesiapa berkesempatan pergi ke sungai.
Rata-rata netizen kagum dengan cara Natasha yang menggunakan cara Back to Nature dalam kehidupan sehariannya, baik dari segi makanan, produk kecantikkan serta penjagaan alam semulajadi.
Mereka juga berkongsi di ruangan komen, bahawa jika pergi ke sungai pasti mereka buat perkara yang sama iaitu memakai clay mask dari batu atau tanah. Malah ramai netizen memuji dengan cara Natasha menjaga kulit wajahnya. Jimat dan mudah!
Hah, selepas ini kalau anda ada pergi ke sungai, boleh lah cari batu yang boleh dijadikan clay mask dan pasti anda akan rasai kelainannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai tidak tahu sebenarnya air kencing boleh menjadi petunjuk kepada keadaan kesihatan sebenar seseorang.
Malah setiap hari buah pinggang dag menapis 200 liter Sarah. Sistem penyaringan kompleks buah pinggang mengekalkan keseibangan fungsi kimia dan mineral dalam badan dan mengeluarkannya sebagai air kencing.
Oleh itu, keadaan air kencing boleh menjadi petunjuk kesihatan tubuh.
Jadi, apakah ciri-ciri air kencing yang tidak normal?
Ciri-ciri air kencing yang tidak normal biasanya dilihat dari warnanya misalnya merah, oren, biru, hijau, atau coklat.
Terdapat banyak sebab untuk warna air kencing yang tidak normal. Contohnya, hasil pengambilan ubat, makanan, atau mengalami keadaan perubatan tertentu serta mengalami dehidrasi.
– Urin kuning gelap: Air kencing yang kelihatan lebih gelap daripada biasa boleh menjadi tanda mengalami dehidrasi.
– Air kencing oren: Selain ubat, air kencing oren boleh menjadi tanda masalah kesihatan, seperti masalah pada saluran hempedu atau hati, terutama jika najis juga berwarna cerah.
– Air kencing merah jambu atau merah: Keadaan ini disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan, keracunan merkuri plumbum, kepada masalah kesihatan, seperti jangkitan.
– Air kencing biru atau hijau: Boleh disebabkan oleh pemeriksaan buah pinggang atau pundi kencing. Kadang-kadang, ia boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, atau penyakit keturunan yang jarang berlaku.
– Air kencing berwarna coklat: Keadaan ini boleh berlaku kerana makanan, ubat-ubatan, beberapa jangkitan saluran kencing, gangguan hati dan ginjal, serta kecederaan otot yang teruk.
Manakala jika air kencing mempunyai bau yang kuat, ia turut menunjukkan tidak normal. Bau busuk dapat menunjukkan mempunyai jangkitan bakteria. Jangkitan boleh berlanjutan di sepanjang pundi kencing, menyebabkan bau dalam air kencing.
Pesakit kencing manis juga boleh mengalami kencing yang tidak normal dan bau yang tidak biasa. Bau air kencing pada orang yang menghidap diabetes biasanya berbau manis atau berbau seperti gula
Selain itu, air kencing yang berbau seperti amonia menunjukkan dehidrasi. Sekiranya mengalami keadaan ini, keadaan air kencing akan berbau lebih kuat dan mempunyai warna yang lebih gelap.
Seperti perubahan warna air kencing, makanan tertentu, seperti asparagus, juga dapat menyebabkan bau tertentu. Selain makanan, ubat atau vitamin tertentu juga dapat mengeluarkan bau air kencing.
Urin yang tidak normal dapat dilihat jika adanya darah dalam air kencing. Keadaan boleh membahayakan dan merupakan tanda keadaan kesihatan yang serius.
Penyebabnya termasuk kecederaan, penyumbatan, jangkitan, penyakit ginjal, pembesaran prostat atau barah. Bagi anda yang mengalami tanda kencing tidak normal ini, segera periksa keadaan diri untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Urin yang tidak normal dapat dilihat jika terdapat buih-buih di dalam air kencing. Protein dalam air kencing boleh menjadi penanda utama kerosakan buah pinggang, terutama pada orang yang menghidap diabetes. Protein ini dapat menghasilkan buih berlebihan dalam air kencing.
Selain melihat keadaan air kencing yang tidak normal, kekerapan keinginan untuk membuang air kecil juga dapat menunjukkan masalah kesihatan tertentu. Sekiranya sangat kerap dalam jumlah yang banyak, korang mungkin menghidap diabetes.
Sekiranya darah mengandungi banyak gula dan badan tidak dapat memprosesnya dengan berkesan, buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk mengeluarkannya. Keadaan ini juga akan menyebabkan kencing yang tidak normal, seperti bau manis.
Sekiranya demikian, tidak ada salahnya memeriksa kadar gula darah secara berkala. Di samping itu, lakukan gaya hidup aktif dan sihat untuk mengurangkan potensi ancaman diabetes yang ada.
Selain frekuensi yang berlebihan, kesukaran menahan kencing juga dapat menjadi tanda yang tidak boleh dipandang remeh. Sebabnya, ini adalah tanda jangkitan. Jangkitan saluran kencing berlaku apabila bakteria terdapat di saluran kencing.
Bakteria biasanya memasuki saluran kencing melalui uretra. Seseorang yang sukar menahan kencing juga mengalami derita sakit yang kuat ketika membuang air.
Justeru, anda wajib ambik tahu tahap air kencing. Sekiranya ada perubahan dalam keadaan kencing tidak berkaitan dengan apa yang korang makan, segeralah berjumpa doktor.
Sebilangan penyebab perubahan kencing yang tidak normal mungkin tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sebab-sebab lain memerlukan rawatan. Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.