Sapa Yang Derma Darah Lebih 50 Kali, Boleh Dapat Vaksin Covid-19 Lebih Awal

Share

Nampaknya peluang cerah untuk mereka yang menderma darah lebih dari 50 kali utuk mendapat vaksin covid-19 lebih awal.

Menteri Kesihatah, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, ia selepas permintaan penderma darah untuk diberi keutamaan menerima vaksin menjelang fasa dua tidak lama lagi.

Foto: Bernama

“Untuk kategori penderma darah kita rencanakan vaksin awal, mereka yang telah menderma darah lebih 50 kali kita akan beri mereka tampil untuk diberi vaksinasi awal Fasa 2.

“Atau kalau mereka 60 tahun ke atas atau mereka ada comorbid, tidak derma darah, jadi mereka boleh dapatkan vaksin sebagai insentif kerana kebaikan mereka menyumbang kepada negara terutama sekali mereka yang memerlukan transfusi darah,” katanya semasa sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Darah Negara pada Jumaat.

Untuk makluman, mereka yang belum mendaftar untuk penerimaan vaksin percuma bolehlah terus mendaftar di MySejahtera dan akan diberitahu bila akan menerima suntikan itu nanti.

Setakat ini, sudah hampir lebih 3 juta sudah mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi ini.

Artikel Berkaitan:

Selain Guna Aplikasi MySejahtera, KKM Kongsi 4 Lagi Kaedah Mendaftar Untuk Dapatkan Vaksin Covid-19

WOW! Sebulan Berjaya Turun 4 KG, Ini Rupanya Menu Diet Diamalkan!

Buat Sambil Duduk, Doktor Ini Ajar Hilangkan ‘Period Cramp’ Waktu Datang Haid

IKLAN