Siapa sangka pada mula menyangka dirinya hanya sakit perut disebabkan masalah keracunan makanan, tetapi rupanya penyakit lain yang datang.
Lebih teruk lagi perlu melakukan prosedur pembedahan jika tidak mahu memudharatkan kesihatan.
Sebelum itu dia yang lewat datang period lebih sebulan tidak menyangka rupanya disahkan hamil. Namun kandungan itu tidak seperti diharapkan apabila berada di luar rahim.
Perkongsian Dr Samhan di laman twitter memberitahu perkara ini yang mana kandungan luar rahim ini juga boleh membahayakan nyawa seseorang.
Barulah dia sedar dia tak datang period lebih sebulan. Ingatkan biasa sebab period memang tak menentu.
“Tahniah puan. Puan hamil”
Terpacar wajah yang ceria. Bersinar matanya bila mengetahui berita gembira ini.
“Sebelum itu, kita scan dulu ya”
Ketika probe ultrasound diletakkan, rahim kosong. Hati mula berdenyut laju. Jauh di sudut hati, berdoa dijauhkan dari apa yang difikirkan.
Ads
Bila di alihkan probe ke sebelah kanan, nampak ‘bengkak’ di kawasan tiub fallopion. Juga ada ‘free fluid’ di rongga badan.
Kandungan luar rahim!
Kemungkinan besar darah dari kandungan luar rahim telah pecah. Lantas mata terus melihat skrin tekanan darah si ibu. Masih stabil.
Hasil dari pemeriksaan doktor sakit puan, Puan H disahkan mengandung luar rahim dan perlu menjalani pembedahan dengan segera
“Hah, betul ke doktor saya mengandung luar rahim?”
“Iya, kita perlu buat pembedahan bimbang pendarahan makin banyak dan boleh membahayakan nyawa puan”
“Tapi suami saya masih dalam perjalanan dari Johor. Keluarga saya tiada disini. Boleh ke tunggu dia sampai?”
Ads
“Tak boleh puan. Semakin lama biar semakin banyak pendarahan”
Hasil perbualan dengan ibunya, ibunya suruh balik. Jumpa bidan untuk urut betulkan rahim supaya kandungan boleh masuk ke dalam rahim.
Terus biru muka doktor sakit puan dengan keputusan yang dibuat pesakit.
Dalam 30 minit kemudian, denyut nadi semakin naik. Tekanan darah semakin turun. Muka semakin pucat. Puan H rasa nak pitam,jantung berdenyut laju. Perut terasa perit!
Puan perlu buat keputusan sekarang. Ini melibatkan nyawa puan!
Ads
“Doktor, saya nak buat pembedahan”
Hasil pembedahan, darah hilang hampir 4 liter. Puan H dapat diselamatkan tetapi kandungan tak dapat diselamatkan dan tiub fallopion disebelah kanan terpaksa dibuang.
Rupanya masih ramai tak faham tentang kandungan luar rahim.
Apabila sperma dan ovum bercantum akan menghasilkan zygote. Zygote akan berkembang dan jadi blastocyst. Secara normal, blastocyst akan menempel di dinding rahim.
Jika cantuman sperma dan ovum berlaku di tiub fallopion dan blastocyst menempel dan berakar disitu, kita panggil kandungan luar rahim. Mana mungkin seorang bayi boleh membesar di tiub fallopion. Tiub fallopion pasti pecah.
Tak mungkin dengan urutan boleh kembalikan blastocyst ke ruang rahim sebab ia bukan melekat biasa tapi berakar disitu. Lekatannya kuat!
#Share kisah ini sebab masih ramai yang belum faham tentang kandungan luar rahim yang boleh meragut nyawa. Malah masih ramai yakin dengan urutan mampu kembalikan kandungan ke ruang rahim.
Patutlah nampak seri Mona Allen lain macam, rupanya sudah berbadan dua. Dan pelakon wanita itu juga mendedahkan bakal menimang cahaya mata kedua menjelang awal tahun hadapan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu kandungannya kini sudah pun memasuki trimester kedua.
Seri Mona Allen Berbadan Dua
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah, saya dan suami, Pekin Ibrahim bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra.
“Insya-Allah awal tahun hadapan. Alhamdulillah sekarang saya sudah masuk trimester kedua,” katanya.
Jangan Tanya Kenapa Badannya Gemuk
Ujar Mona lagi, sudah sampai masa dia mendedahkan kehamilannya untuk pengetahuan pengikut dalam Instagram.
“Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini dalam Instagram. Masya-Allah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segala-galanya. Amin,” tulis Mona.
Pada masa sama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat keluarga serta peminat atas doa yang tidak putus-putus untuk dirinya.
“Terima kasih juga atas doa keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan saya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
“Jangan tanya dah kenapa saya gemuk,” pesan Mona.
Kongsi Berita Gembira Dengan Peminat
Dalam ruangan komen, ramai pengikut Mona turut melahirkan rasa gembira dengan meninggalkan ucapan tahniah atas kehamilannya.
“Alhamdulillah. Tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan,” ujar seorang netizen.
“Syukur alhamdulillah. Semoga awak dan juga bayi dalam kandungan sihat,” kata seorang lagi pengikutnya.
Terdahulu, Mona dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Berita gembira itu dikongsikan Mona selepas dia tidak boleh lagi menyembuyikan perutnya yang semakin membesar selepas kandungannya memasuki usia enam bulan.
Menurut Mona, dia dan suami telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata, termasuk ikhtiar rawatan perubatan Islam.
Pelakon selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.
Kalau anda salah seorang yang pakai sunscreen stick, mesti rasa senang dan praktikal untuk diguna di mana saja. Maklumlah, krim pelindung matahari memang wajib dipakai.
Sunscreen ini membantu mengurangkan kerosakan kulit seperti pigmentasi, kedutan halus dan kemerahan.
Pakai Sunscreen Stick, Mudah Nak Guna Dan Tak Melekit Pun
Jika sebelum ini dibuat dalam bentuk krim dan cecair, kini timbul pula sunscreen stick. Sunscreen jenis stick mula memonopoli jualan kerana ia lebih praktikal, mudah digunakan dan paling penting sangat sesuai bila on-the-go.
Apa yang best, sunscreen stick adalah ia buat kita rajin untuk sentiasa re-apply sunscreen pada kulit. Hanya buka dan sapu begitu saja. Tangan tak melekit dan jimat masa. Malah, kita sentiasa beringat untuk menjaga kesihatan kulit setiap kali terdedah pada sinaran matahari.
Ada banyak pilihan di pasaran, tapi ini beberapa jenis sunscreen yang dikatakan sangat bagus untuk kulit.
Wardah UV Shield Stick
Serba boleh! Kamu boleh gunakan sebagai serum, primer dan sunscreen. Ia dirumus dengan 0% alkohol dan perlindungan spektrum luas untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB yang berbahaya dan cahaya biru yang berlebihan.
Ditambah dengan serum Vitamin E untuk melembap dan melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas, digandingkan dengan Sebum Absorber yang mengawal pengeluaran minyak untuk memberikan kesan matte yang cantik pada kulit.
Beauty of Joseon Matte Sun Stick
Sunscreen ini tampil dengan formula matte yang tidak melekit atau berminyak walaupun digunakan semula beberapa kali pada solekan. Serbuk silika kawalan sebum mengawal sebum pada kulit, memberikan rasa licin dan lembut bila disapu.
Mengandungi artemisia capillaris dan ekstrak teh hijau, membantu buat kulit licin dan mengekalkan kelembapan.
SHISEIDO Clear Sunscreen Stick SPF50+
Sunscreen ini memberikan perlindungan UV yang kuat pada kulit sambil melindungi daripada pencemaran alam sekitar. Justeru itu menghalang kerosakan kulit yang membawa kepada kekasaran, kekusaman dan kehilangan daya tahan.
Ia juga diperkaya dengan Botanical Profense CL, kompleks bahan botani yang membantu mencegah kerosakan yang dikaitkan dengan pembentukan kedutan dan bintik-bintik gelap.
KAHI Seoul Wrinkle Bounce Multi Balm
Produk tular yang menjadi pilihan kebanyakan selebriti. Sunscreen ini dibuat dengan kolagen salmon dan minyak yang ditapai dari Jeju serta pelbagai ekstrak tumbuhan dan antioksidan. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di wajah, dan leher.
AHC Natural Perfection Fresh Sun Stick
Disukai kerana tidak melekit, dan meninggalkan kemasan lembut yang ringan pada muka dan badan. Sunscreen stick ini dibuat dengan bahan-bahan asal semula jadi yang diformulasikan lembut pada kulit. Kulit akan dilindungi daripada sinaran UV walaupun di dalam air dan diselaputi peluh, pelindung matahari yang ideal untuk aktiviti air.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suka atau tidak, pilihlah makanan yang kena dengan tekak sendiri. Itu sahaja formula yang paling berkesan dan buat anda gembira untuk teruskan diet suku-suku separuh.
Perkongsian menarik ini dikongsi oleh saudari Dinie Lee, yang mana dia memilih menu yang kena dengan tekaknya untuk rasa bahagia dalam berdiet. Jemput baca cara yang dia pilih ini.
Pilihlah Makanan Yang Anda Suka
“Alhamdulillah dah nak masuk 5 bulan buat diet suku-suku separuh. Sebelum ini 95kg dan selepas itu dapat 79kg. Jumlah hilang berat dalam 16kg.”
Ini sebelum diet ya…
Dan ini pula gambar selepas diet.
“Perjalanan masih panjang, nak buang lemak-lemak cute gebu gebas ni 22kg lagi.”
“Kalau ikutkan BMI normal saya dalam 57kg. Doakan saya berjaya capai ya.
“Saya sangat enjoy, sebab hari hari saya makan makanan favourite saya iaitu ulam dan budu.
Kalau dulu makan macam ni 2-3 pinggan, sekarang suku suku separuh dah cukup.
Senaman Tak Tinggal
Menurut wanita ini, dia juga tak lupa buat senaman untuk keluarkan peluh. Bukan setiap hari pun, tetapi ada buat beberapa hari dalam seminggu.
“Dan saya juga enjoy dengan senaman saya. Senaman yang saya buat hanya berjalan kaki 30minit-1jam setiap pagi di taman. Seminggu at least 3kali,” kongsinya lagi.
Pesanan akhir daripada Dinie, “pilih lah makanan yang kita suka yang kena dengan tekak, buat senaman yang kita suka. Jangan mudah terpengaruh dengan makanan extreme dan senaman extreme. Fokus pada nak sihat bukan nak kurus semata mata.”
Hah, dapat sesuatu tak daripada perkongsian kali ini? Untuk anda yang masih berusaha nak kurus, pastikan anda betul-betul jaga bab makan ya. Bukan hanya bergantung pada senaman semata-mata. Inshaa Allah, pasti akan dapat berat idaman!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!