Siapa tidak mengenali pelakon yang sangat berbakat di awal tahun 90an, Melissa Saila.
Kecantikan wajahnya memang tidak dapat dipertikai sementelah mewarisi kejelitaan ibunya, Seniwati Mariani yang juga antara pelakan lama yang sangat berbakat.
Mula berlakon sejak diusia masih kanak-kanak, kini Melissa Saila masih kekal cantik dan menawan.
Ditambah dengan bakat berlakon semulajadi diwarisi kerana membesar dalam keluarga seni Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Ketika ditanya oleh Nona apa rahsia kecantikan pelakon ini, Melissa Saila berkata sebenarnya dia tidak pernah terfikir, sebaliknya apa yang penting adalah minda yang sihat dan selalu positif.
“Saya juga nak ingatkan jangan banyak stresskan otak. Ini adalah antara petua untuk kekal sihat dan bertenaga hingga ke hari ini,” ujarnya juga begitu sinonim dengan drama Cili Padi.
Membawakan watak sebagai Maria dalam drama yang mengumpulkan kanak-kanak sebagai watak utama, wajah Melissa Saila umpama tidak makan tua.
Selain itu, Melissa Saila juga sentiasa ingat akan pesanan yang diberikan oleh arwah ibunya, Seniwati Mariani hingga ke hari ini.
“Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat. Paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.
“Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga,” bicara Melissa yang turut memberi pesanan yang sama kepada anak-anaknya.
Melissa Saila atau nama sebenarnya Melisa Mohd Alias turut bercerita aktiviti dilakukan selama lebih 10 tahun bergiat aktif dalam penglibatan sebagai seorang Pengarah.
Melissa Saila telah mendirikan rumahtangga dengan Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Noor binti Megat Fauzi, 18 tahun, Zain bin Megat Fauzi, 16 tahun dan Zahrah binti Megat Fauzi, 13 tahun.
Bila sakit dada, jangan ambil mudah. Mungkin itu adalah petanda serangan sakit jantung. Tak dinafikan, ramai di antara yang mengambil mudah bila sakit dada dan menganggap ia masalah biasa dan tak perlu dibimbangkan.
Sakit dada, mungkin kita rasa ia sakit biasa saja dan bila duduk rehat ia akan reda dengan sendiri. Begitulah cara kita hendak tenangkan hati agar tidak terfikir dengan perkara yang tidak baik.
Sebenarnya kalau sakit dada yang serius dan kerap, jangan ambil mudah kerana ia membahayakan diri, lebih-lebih lagi bagi anda yang berusia 35 tahun ke atas. Mudah sangat ia menyerang.
Kebiasaanya, ramai yang mengambil mudah bila sakit dada berkurangan, terus tak jadi untuk dapatkan rawatan doktor. Kata hati, ia hanya sakit biasa saja dan dibiarkan hingga sakit dada berulang berkali-kali.
Inilah yang dikatakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang sakit dada yang berbahaya ini.
Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi (hypercholestrole) dan obesiti, serangan sakit jantung adalah punca utama.
Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius. Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung.
Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat.
Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika :
Maka dapatkanlah rawatan secepat mungkin. Pesakit yang mengalami sakit dada digalakkan terus ke hospital kerana kemudahannya lebih lengkap berbanding dengan klinik.
Tidak dinafikan pisang memang mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan dan kecantikan.
Tetapi bagaimana pula dengan teh pisang. Apa pula khasiatnya Jika dicampurkan kedua-dua bahan makanan ini atau menggunakan bahan herba lain.
Sebenarnya, ada sesetengah wanita waima lelaki telah mengamalkannya untuk kecantikan. Campuran bahan utama pisang bersama herba lain dikatakan baik untuk kesihatan tubuh.
Minuman itu juga dikatakan elok dinikmati sebelum tidur. Ayuh, kita lihat manfaat serta cara membuatnya.
Teh pisang kaya dengan mineral penting seperti magnesium dan kalium yang terbukti dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan menurunkan risiko strok dan penyakit jantung.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, sejenis antioksidan yang disebut catechin yang terdapat dalam teh pisang dapat menurunkan risiko penyakit jantung.
Pisang adalah sumber magnesium dan kalium yang sangat baik dan terbukti dapat meningkatkan kualiti tidur kerana sifat relaksasinya pada otot.
Pisang juga mengandungi asid amino L-triptofan yang menghasilkan hormon serotonin dan melatonin yang merangsang tidur.
Pisang mengandungi dipamine dan asid amino yang disebut L-triptofan yang menghasilkan serotonin.
Kedua-duanya bertanggungjawab untuk berfungsi dengan baik otak dan diketahui dapat mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
Teh pisang mempunyai kemampuan untuk membantu menurunkan berat badan kerana kandungan kalori yang rendah dalam pisang.
Sebagai tambahan dalam sebahagian daripada diet, pisang akan membuka selera makan, meningkatkan metabolisme dan membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
Teh pisang yang kaya dengan kalium dan mineral yang penting untuk mengatur tekanan darah, keseimbangan cairan dan pengecutan otot.
Ia mampu mencegah masalah kembung dengan mengatur kadar natrium dalam badan dan dapat mengurangkan kembung yang disebabkan oleh garam.
1. Isi periuk dengan 2 hingga 3 cawan iaitu antara 500 hingga 750 mililiter air dan didihkan.
2. Kupas sebiji pisang dan potong kedua-dua hujungnya.
3. Masukkan pisang ke dalam air mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit.
5. Kemudian, masukkan kayu manis atau madu (pilihan).
6. Angkat air didihan tadi lalu dibahagikan menjadi 2 hingga 3 cawan.