Rasa Kebas Menyucuk Tanda Hidap Slipped Disc. Boleh Bahayakan Nyawa Kalau Tak Segera Dirawat!

Share

Slipped disc adalah di mana penghidapnya mengalami sakit di bahagian belakang.

Keadaan ini menyukarkan seseorang itu untuk bergerak aktif kerana masalah sakit di bahagian belakang yang sangat menyucuk.

Kebiasaannya slipped disc sering menyerang mereka yang sudah berusia 30 tahun ke atas.

Perkongsian Dr Samhan memberitau simptom dan faktor risiko terjadinya masalah slipped disc ini.

FAKTOR RISIKO :

Obesiti

Right-pointing triangle Berat badan yang tinggi akan menyebabkan tekanan yang lebih berat kepada cakera intervertebra. Ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang koyak dan cedera

Genetik

Right-pointing triangle Mempunyai keturunan yang mudah untuk mengalami masalah tersebut

Pekerjaan

Right-pointing triangle Mereka yang berkerja melibatkan angkat berat, pindah barang dan sebagainya mempunyai risiko yang lebih tinggi sebab tekanan yang lebih tinggi dikenakan pada tulang belakang

SIMPTOM :

– White heavy check mark – Sakit pada bahagian kaki : selalunya akan sakit pada bahagian punggung, peha dan betis.

– White heavy check mark – Rasa kebas dan menyucuk

– White heavy check mark – Lumpuh atau lemah pada bahagian kaki

– White heavy check mark – Kebas tangan jika masalah ini berlaku pada tulang belakang bahagian leher

Anekdot Slipped Disc

KLASIFIKASI PENYAKIT:

– Sakit belakang akut: Sakit yang dialami dalam tempoh satu hari hingga tiga bulan.

– Sakit belakang kronik: Sakit yang dialami melebihi tiga bulan.

– Sakit belakang berulang: Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari tiga bulan.

KOMPLIKASI

Penyakit slipped disc boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera.

Antara komplikasi yang bakal mendepani pesakit:

Kecederaan yang kekal pada saraf)

– Menyebabkan keputusan impulse kepada saraf (cauda equina) yang mana seseorang kehilangan kawalan pada pundi kencing dan sistem usus

– Berdepan dengan masalah Saddle anaesthesia iaitu satu situasi pesakit akan kehilangan deria rasa pada bahagian dalam paha, belakang kaki dan dubur.

PENCEGAHAN:

Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Semasa baring

– Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.

– Posisi yang dicadangkan-mengiring dan melengkung tubuh ke hadapan dengan bantal di antara dua lutut.

ii. Semasa berjalan

– Memakai kasut bertumit rendah yang selesa.

iii. Semasa duduk

– Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik.

– Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang.

iv. Semasa berdiri

– Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah.

– Gunakan teknik mengangkat atau mengalih yang betul.

– Lakukan senaman secara tetap.

– Menjaga berat badan.

Sumber: www.myhealth.gov.my & www.doctoroncall.com.my

Artikel Berkaitan:

Masalah Kecacatan Pada Jari Kaki Atau Bunion. Guna Kaedah Pembedahan Buang Benjolan Tulang!

Kekal Cergas & Fit Di Usia 59 Tahun. Pak Nil Kongsi Rahsia Kerap Berpuasa, Cara Kawal Nafsu Makan!

6 Cara Mudah Kurangkan Lemak Di Bahagian Perut, Elak Jadi Buncit

Published by
Siti Zurina Mat Saman