Syoknya tengok program Rapi Werk It, satu aktiviti sihat buat golongan yang wanita kadang sibuk dengan rutin harian. Sesekali dapat keluarkan peluh macam ini, pun cukup bagus!
Rapi Werk It, Pound It Out Rock It Out
Bertempat di GM Klang Whole Sale City, Bandar Botanic, Klang seramai 100 peserta berhimpun seawal jam 9.00 pagi untuk menyertai acara yang kali ini memilih senaman pound.
Diketuai oleh empat orang pro, senaman dengan tema Pound It Out Rock It Out yang diiringi rentak muzik yang penuh tenaga ternyata memberi semangat untuk peserta mengikuti gerakan-gerakan lincah dari pro Faiza, Pro Docmel, Pro Zati dan Pro Naiman.
Senaman Ringkas Tapi Banyak Bakar Kalori
Sejam melakukan aktiviti pound sememangnya membuat peserta lencun dibasahi peluh apabila pro silih berganti meneruskan senaman dengan pelbagai langkah yang nampak ringkas namun membakar banyak kalori.
Selain daripada aktiviti senaman pound, Rapi Werk It kali ini turut membawakan Sembang Sihat di penghujung acara dengan info berkaitan diet dan senaman oleh Dietitian Nursyafiqah Nazirmuddin dari Hospital Pantai Klang. Macam biasa, mestilah terselit acara cabutan bertuah untuk anda yang sertai aktiviti sihat ini.
Ditaja CSR, Peserta Bawa Pulang Hadiah
Lagi meriah, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) pun menyumbangkan goodies bag istimewa untuk acara “Rapi Werk it:Pound Stick!” yang melibatkan 135 peserta hadir, sebagai kelanjutan dari kempen #SamaSamaSihat.
Jadi mestilah peserta yang hadir akan bawa pulang barangan CSR seperti gula putih, gula perang dan sarung tangan ketuhar di samping beberapa cenderahati dari Hospital Pantai Klang.
Tidak ketinggalan acara cabutan bertuah yang turut menggamatkan suasana. Mana tidaknya, sebanyak 15 hadiah diperuntukkan buat peserta bertuah. Terima kasih tidak terhingga buat para penaja hadiah antaranya CSR, Hospital Pantai Klang dan koleksi kerongsang Swaroski dari Saviana.
Nampak tak betapa best Rapi Werk It? Untuk rekod, acara senaman berkumpulan anjuran majalah Rapi ini sebenarnya berlangsung sejak 2022. Kalau ada peluang, jom lah join program sihat macam ini, cukup bagus untuk menggalakkan kaum wanita menjalani gaya hidup sihat dan cergas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Senaman & Jaga Diet, Ini Rupanya Amalan Mudah Boleh Dilakukan Untuk Jaga Jantung
Sejak akhir-akhir ini sering kita dengar kematian di kalangan kawan-kawan akibat serangan jantung secara tiba-tiba (sudden death).
Doktor selalu menasihati agar bersenam secara konsisten, jaga pemakanan, tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Tetapi, sejauh mana yang anda boleh lakukan untuk melindungi jantung?
1. Panggang daging
Anda tentu fikir daging panggang bahaya untuk kesihatan. Namun, sebenarnya anda salah. Daging mengandungi selenium dan vitamin B. 50 peratus lemak adalah jenis monounsaturated.
2. Tonton filem seram
Sebarang sebab yang menyebabkan jantung bergerak pantas adalah baik untuk kesihatan jantung.
3. Berlari indoor ketika jerebu
Berlari di luar dengan cuaca yang tidak sihat mengurangkan kemasukan oksigen dalam tubuh.
4. Serang kolesterol dengan lemak
Kajian mendapati lelaki yang berkolesterol tinggi dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 15 peratus dengan mengambil kacang macadamia. Ini keranan kacang ini sumber lemak monounsaturated.
5. Hakis depresi
Mereka yang menghadapi depresi dapat meningkatkan sakit jantung. Ayuh, buang jauh-jauh depresi dan tenamgkan diri.
6. Berdiam diri selama 20 minit
Mencari ketenangan diri dengan meditasi adalah baik bagi yang mempunyai sakit jantung.
7. Beli punching bag
Mereka yang dapat menyalurkan kemarahan di puching bag boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
8. Minum jus cranberi
Elok minum jus kranberi kerana dapat menurunkan kadar HDL koolesterol sebanyak 10 peratus.
9. Jangan tinggal sarapan
Mengambil sarapan adalah penting kerana boleh mengawal berat badan sebanyak 44 peratus.
10. Asid folik
Juga perlu mengambil asid folik untuk mengurang risiko serangan jantung. Sumber terbaik asid folik ialah asparagus, brokoli dan bijirin yang diperkaya.
11. Naik tangga
Bagi yang berjalan 5000 langkah setiap hari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
12. Ambil sayuran hijau
Sayuran hijau kaya dengan phytochemical yang baik untuk jantung.
13. Minum teh
Dua cawan teh sehari boleh mambantu anda daripada meninggal dunia kerana jantung. Sumber flavonoid dalam teh membantu peredaran darah.
14. Ukuran tekanan darah
Selepas bersenam adalah elok sekiranya boleh mengukur tekanan darah. Walaupun bacaan lebih tinggi tetapi baik untuk kesihatan.
15. Elak minum kopi
Kandungan kafein dalam kopi boleh meningkatkan tekanan darah hampir 4 poin.
16. Sertai kumpulan
Mengikut kajian wanita yang keseorangan cenderung untuk mendapat serangan jantung.
17. Pilih coklat gelap
Kandungan flavonoids dalam coklat gelap membantu saluran darah daripada tersumbat.
18. Elak garam
Mereka yang obes mengambil garam yang lebih dikatakan 61 peratus meninggal disebabkan jantung.
19. Ganda pengambilan sos tomato
Kandungan lycopene dalam tomato dapat mengelak penimbunan kolesterol dalam salur darah.
20. Ambil vitamin B
Setiap hari ambil vitamin B dalam pemakanan untuk merangsang jantung yang lebih sihat.
21. Makan tuna
Lemak omega-3 dalam tuna boleh membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan kadar tekanan dalam darah dan menghalang saluran tersumbat.
22. Tambah flaxseed dalam makanan
Flaxseed juga mempunyai peranan seperti lemak omega-3.
23. Berkayak
Kajian menunjukkan berkayak lebih baik jika dibandingkan dengan berlari. Ini kerana berkayak menggunakan lebih banyak pergerakan otot yang dapat menguatkan jantung.
24. Vaksin
Mengambil vaksin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
25. Minum air putih
Bagi yang minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
26. Makan grapefruit
Buah ini dapat membantu mengurangkan saluran darah daripada tersumbat.
27. Roti bawang putih
Bawang putih boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Antioksida yang tinggi dalam bawang putih membantu perkembangan ini.
28. Jeli beri biru
Buah beri biru kaya dengan sumber quercetin yang mempunyai antioksida yang tinggi sekaligus mengahalang daripada salur darah tersumbat.
29. Telur hancur
Ambil sarapan pagi dengan telur hancur untuk mendapat sumber betaine. Sumber ini baik untuk jantung yang sihat.
30. Ambil sumber kromium
Mereka yang mempunyai sumber kromium yang rendah dalam sistem badan cenderung untuk mendapat sakit jantung.
31. Tukar gula kepada madu
Madu mengandungi antioksida yang tinggi dan membantu mengelak salur darah yang tersumbat.
32. Berhenti dengan dua cawan kopi
Cukup hanya dua cawan kopi sehari untuk membantu jantung yang sihat dan kuat.
Artikel Berkaitan:
Elak Ambil Makanan & Minuman Ini Sebelum ‘Workout’, Kalau Tak Nak Senaman Jadi Sia-Sia!
Ini Senaman Perlu Dilakukan Sebelum Mula Aktiviti Pendakian, Persediaan Untuk Kuatkan Otot Kaki
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersenam Di Luar Atau Gym, Pilihan Pakaian Penting. Mudahkan Pergerakan & Elak Cedera!
Tidak dinafikan ketika melakukan aktiviti senaman, pemilihan pakaian lebih penting bagi memastikan keselesaan ketika melakukan aktiviti riadah.
Sama ada lakukan senaman di luar atau berada di gym antara perkara yang penting ialah memilih pakaian yang sesuai.
Setiap orang pastinya mempunyai kecenderungan tersendiri untuk memilih pakaian yang lebih ketat atau longgar ketika melakukan senaman.
Salah satu perkara yang sering diambil ringan oleh ramai orang ialah memilih pakaian yang selesa, breathable dan memberikan sokongan yang baik. Jadi adakah pakaian lebih ketat atau longgar lebih baik untuk melakukan senaman?
Keselesaan & Elak Kecederaan
Melakukan senaman menggunakan pakaian lebih ketat memberikan sensasi tubuh badan menjadi lebih kompak dan secara tidak langsung memberikan visual bahawa anda lebih kurus. Namun jika melakukan senaman menggunakan pakaian terlalu ketat ia akan menyebabkan aktiviti senaman jadu kurang selesa.
Malah jika ia berlarutan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. Perkara paling penting dalam memilih pakaian senaman yang sesuai ialah memberikan penekanan di bahagian pinggang, perut dan juga punggung.
Tidak dinadikan pakaian lebih ketat sering menjadi pilihan ramai untuk bersenam kerana ia membuatkan badan anda lebih kompak. Akan tetapi apabila ia terlalu ketat bahagian sekeliling pinggang dan punggung boleh terasa sakit dan berlakunya kecederaan serius. Ia juga boleh menjejaskan aliran darah terganggu di bahagian tersebut.
Untuk atasu masalah ini anda harus pastikan untuk memilih pakaian yang membenarkan anda melakukan pelbagai gerakan dengan selesa. Pakaian yang longgar pula memberikan keselesaan untuk bersenam. Cuma masalahnya ia tidak melekat pada badan lalu membuatkan kita berasa sedikit tidak selesa.
Apa yang paling penting ilah tidak memilih pakaian terutamanya baju yang terlalu menggelebeh. Apatah lagi memakai baju yang saiz lebih besar dari saiz normal anda. Pakain extra loose dan baggy adalah BIG NO!
Pakaian Mengikut Aktiviti Senaman
Melakukan senaman berbeza dalam persekitaran yang juga berlainan menuntut anda untuk memilih pakaian sesuai. Sebagai contoh untuk melakukan larian di kawasan terbuka anda perlu elak memakai seluar yang terlalu ketat dan membataskan pergerakan.
Begitu juga untuk aktiviti yoga di mana ia merupakan senaman berimpak rendah dan lebih relaks. Jadi untuk senaman ini anda bolehlah pilih pakaian yang lebih longgar.
Sebelum melakukan apa-apa aktiviti senaman atau kecergasan, usah terlalu terburu-buru. Pilihlah pekaian yang sesuai kerana bukan sahaja ia memberikan keselesaan tetapi memberikan kualiti senaman yang jauh lebih baik!
Artikel Berkaitan:
Kongsi 30 Menu Sihat Diambil Sepanjang Diet. Hasilnya Lenyap 24KG Dalam Masa 10 Bulan!
Rasa Kebas Menyucuk Tanda Hidap Slipped Disc. Boleh Bahayakan Nyawa Kalau Tak Segera Dirawat!
Gara-Gara PKP, 4 Bulan Berjaya Lenyapkan 25 KG. Rahsianya Skip Gula & Makanan Berminyak!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Senaman Perlu Dilakukan Sebelum Mula Aktiviti Pendakian, Persediaan Untuk Kuatkan Otot Kaki
Mendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Tiada kekangan gender atau usia dalam melakukan aktiviti sukan lasak ini.
Jika dahulu mendaki gunung hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat tetapi kini ramai yang sudah mula menunjukkan minat.
Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru (beginner) berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Tips senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
1. Bermula dengan senaman kardio
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah;
Joging setiap pagi atau petang
Jogging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tips yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Kayuhan basikal
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
2. Latihan ringan
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Latihan turun naik tangga
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjoging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Otot paha kuat dengan squat jumps
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Bina otot tangan dengan push up
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas jogging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Latihan back up untuk belakang
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Latihan pernafasan
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak.
Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur.
Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Manfaat Mendaki Gunung
Meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru
Kebaikan mendaki gunung salah satunya adalah dapat meningkatkan dan menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Perjalanan mendaki sambil membawa beban akan mengepam jantung dengan lebih cepat dan memberi beban kepada paru-paru lebih daripada biasa.
Melatih daya tahan tubuh
Keadaan alam sekitar yang ekstrim, cuaca yang sejuk di atas pergunungan dan kekangan makanan yang terbatas melatih daya tahan tubuh. Pendaki gunung biasanya boleh membentuk diri keluar daripada zon selesa. Itu yang membuatkan pendaki gunung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan cabaran dunia yang sebenar.
Meningkatkan daya ingatan
Mendaki gunung juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan seseorang kerana mendaki gunung tergolong dalam sukan yang santai. Lingkungan ahli kumpulan yang pelbagai menemukan pengalaman baru dan meningkatkan perasaan yang riang gembira.
Ektra!
Jika berkesempatan cuba bersenam atau bersukan seawal pukul 4 pagi kerana untuk membiasakan tubuh pada cuaca yang sejuk. Ini kerana jika terpaksa bermalam di kawasan puncak biasanya udara sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.
Artikel Berkaitan:
Sebelum Cuba Aktiviti Berbasikal, Kena Tahu Pilih Jenis Basikal Sesuai Dengan Saiz Ketinggian
Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI