Baru-baru ini pelakon wanita, Ramona Zamzam memuat naikkan sekeping gambar menerusi Instagram yang menyatakan dia masuk hospital selepas kenduri.
Dengan gambar tangannya yang berwayar dan dicucuk jarum untuk masukkan air, Ramona menjelaskan bahawa dia dan suami, Rami Alashkar mengalami keracunan makanan dan terpaksa dirawat di hospital semasa menghadiri majlis perkahwinan adik perempuannya di Kampar, Perak.
Tulisnya di kapsyen, sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dia dan suami sudah berasa tidak sedap badan kerana berulang kali muntah serta cirit birit.
Malah, dia dan suami hanya dapat berada di majlis tersebut dalam beberapa minit sahaja.
Menerusi laporan Utusan, Ramona mahu menjelaskan perkara tersebut kerana bimbang dilabel sombong kerana ramai kenalannya hadir ke majlis perkahwinan adiknya.
“Saya terpaksa jelaskan situasi ini sebab tidak mahu ada tetamu dan kenalan fikir saya sombong atau apa. Maklum sajalah, ini majlis perkahwinan, jadi ramai saudara-mara, keluarga, kenalan, termasuk guru sekolah saya dan adik hadir.
“Ramai yang ajak bergambar dan mahu bertegur sapa, saya pula tiba-tiba tidak sihat. Ingatkan cuma penat, tetapi apabila naik sebentar di bilik rehat, saya dan suami mula mengalami muntah-muntah.
Ads
“Saya risau bila orang tengok kami berdua tiada di majlis kahwin adik, nanti macam-macam andaian timbul. Sebelum terjadi, lebih baik saya jelaskan situasi sebenar,” katanya.
Namun pelakon KL Special Force ini bersyukur kerana dia dan suaminya semakin pulih.
“Alhamdulillah, saya dan suami sudah semakin okey. Sudah ada tenaga sikit. Kalau tidak, agaknya untuk bercakap pun tidak berdaya. Kami berdua juga demam semalam, namun mujur sudah kembali sihat.
Ads
“Kami paling risaukan anak, Ivanna sebab dia yang terlebih dahulu mengalami keracunan makanan. Tetapi, dia sudah sihat selepas dirawat di klinik. Tidak boleh bayangkan kalau kami tiga beranak sama-sama jatuh sakit.
“Kami jenis yang tidak mahu susahkan orang. Dulu, masa sakit, keluarga mahu tolong hubungi ambulans, tetapi kami rela pandu sendiri kereta untuk ke hospital,” ujarnya.
Dia berharap agar tiada pihak yang tersinggung kerana tidak dapat bersua muka pada majlis tersebut dan memohon maaf andai ada salah faham.
Untuk rekod, Ramona mendirikan rumah tangga bersama Rami pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia lima tahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon wanita, Diana Rafar pilih jamu dan tidak hanya bergantung kepada produk kecantikan semata-mata, sebaliknya dia mempunyai rahsia tersendiri untuk mengekal kecantikan.
Diana Rafar Pilih Jamu Untuk Cantik Luar Dan Dalam, Amal Sejak Kecil Lagi
Memiliki kulit yang cantik berseri, dia yang berusia 41 berkata, lebih selesa mengamalkan cara semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri.
Menurut Diana, sudah menjadi kelaziman untuk mereka adik-beradik mengamalkan jamu turun-temurun keluarga mereka. Biarpun pahit, khasiat daripada ramuan semula jadi itu mempunyai kesan yang bagus untuk kecantikan dalaman dan luaran.
Selain mengamalkan jamu, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu turut berkongsi mengamalkan minuman susu kambing sebagai rutin hariannya.
“Minum susu kambing merupakan terapi yang paling dekat dengan keluarga kami. Susu kambing merupakan makanan sunah dan mempunyai pelbagai khasiat antaranya mampu mengurangkan berat badan, menambah tenaga, mengurangkan tekanan darah rendah dan darah tinggi, baik untuk kesihatan jantung, menguatkan tulang, meningkatkan metabolisme dan tahap imunisasi badan,” katanya.
Selain mengamalkan cara semula jadi, Diana turut berkongsi mengenai jaga pemakanan yang diambil setiap hari.
“Selain makan jamu sejak zaman anak dara, saya juga mengamalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dan memperbanyakkan makan sayur serta buah-buahan.
“Saya juga gemar bersenam setiap hari terutama apabila ada waktu terluang untuk menjaga kesihatan badan,” kongsi ibu kepada lima orang anak itu.
Hah, nak pilih jamu macam Diana Rafar tak? Apa pun, kalau nak sihat dan cantik dalam usia 40-an, sebaiknya jaga lah pemakanan yang diambil. Kurangkan gula dan rajinkan buat senaman walau cuma 30 minit!
Jika biasa amalkan teh halba lemon madu, anda dapat pakej dua dalam satu. Kulit makin cantik dan dalaman pun bagus.
Selain dikatakan pengambilan ‘booster’ moden, apa kata kita cuba buat booster secara alami. Guna bahan-bahan natural, perlukan 3 bahan sahaja. Memang mudah, cuma kena rajinlah buat.
Awet Muda Amalkan Teh Halba Lemon Madu, Pakej Buat Badan Slim Lagi!
Sebagaimana perkongsian daripada Puteri Kasim ini yang menyediakan cara-cara membuat booster cantik hanya menggunakan tiga bahan aje.
Halba ini anda boleh rendam dalam air panas 10 minit atau rebus juga. Halba bagus untuk dalaman kita, lagi-lagi wanita.
Yang ada masalah kesuburan pun boleh cuba ikhtiar amalkan. Air ini boleh diamalkan oleh semua orang, itulah rasa macam nak masukkan halba dalam birthday edition nanti.
Bahan-bahannya:
Madu.
Lemon.
Halba.
Boleh pilih nak rendam atau rebus. Xde masalah. Kalau rendam dalam 10 minit dalam air panas tau.
MANFAAT MINUM AIR HALBA
Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
Apa yang bagus minum air halba ini adalah boleh nencuci perut, mencantikkan struktur kulit dari dalam, membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semula jadi, mengurangkan berat badan dan memelihara keanjalan kulit . Itu antara kebaikan jika anda rajin amalkan.
Kredit: Puteri Kasim
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warna putih sering dikaitkan dengan pilihan rona yang suci dan bersih. Malah menurut My Health salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar.
Ini kerana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi.
Tetapi juga dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan bersih.
Oleh sebab itu tidak ramai gemar pilih warna ini kerana dikatakan senang kotor dan boleh mencacatkan penampilan seseorang nanti.
Tetapi minggu lalu pelakon, pengacara popular Neelofa berani memilih warna putih untuk majlis perkahwinannya.
Bukan sahaja pengantin memilih warna putih untuk baju digayakan, tetapi juga tetamu tetapi yang hadir turut mengenakan pakaian berwarna putih bagi meraikan tema majlis penuh barakah ini.
Ayuh kita lihat, antara selebriti yang hadir menggayakan putih di majlis yang dikatakan juga wedding of the year.