Diabetes adalah antara penyakit yang paling ditakuti ramai kerana ia ada kaitan dengan gaya hidup sihat diamalkan.
Malah jika tidak dicegah lebih awal, boleh menyebabkan penghidapnya berpotensi untuk mendapat penyakit lain yang berkait seperti darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
Pesakit diabetes juga adalah tiga hingga empati kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menhidap penyakit berkenaan.
Ini menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi).
Menurutnya juga oleh kerana dibetes telah lama ada dalam masyarakat kita, justeru beliau menyeru rakyat berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.
“Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,” katanya yang mengingatkan orang ramai kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.
Ads
“Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,” katanya.
Menurutnya tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).
“Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia,” katanya.
Siapa yang tidak menggemari air cincau atau disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Grass Jelly.
Sangat popular dijdikan sebagai pemanis mulut yang dicampur dengan pelbagai jenis air seperti soya atau sirap bandung.
Dihasilkan dengan sejenis tumbuhan daripada sejenis tumbuhan daripada spesis Platostoma palustre (salah satu tumbuh-tumbuhan dalam keluarga pudina (mint).
Cincau yang cukup terkenal di nusantara ini kebiasannya adalah berwarna hitam yang biasanya terdapat di Malaysia dan Singapura. Manakala cincau berwarna hijau pula popular dalam kalangan masyarakat Indonesia.
Dalam proses membuat cincau pula, tumbuhan ini dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau serbuk agar-agar supaya menjadi jeli cincau sebelum dipotong dadu atau memanjang.
Terdapat pelbagai khasiat cincau yang sangat baik untuk kesihatan. Walaupun ketika menyediakannya anda hidangkan bersama air manis.
Antara khasiat cincau yang mungkin ramai tidak pernah tahu adalah seperti berikut:
1. Berupaya Mengawal Paras Kolesterol
2. Antioksidan
3. Kurang Kalori
4. Tinggi Serat
5. Boleh Mengawal Paras Gula
Oleh kerana khasiat yang pelbagai, jadi tidak hairnlah ramai menjadikan cincau sebagai penambah bahan tambahan atau topping dalam suatu hidangan.
Kuku pun kena bersih dan cantik, jangan sesekali pandang remeh! Haaa… memang benarlah kata orang, nak jadi cantik ini tidak senang dan nak mengekalkan kecantikan itu juga tidak mudah.
Jangan Lepas Pandang Penjagaan Kuku
Sebenarnya cara penjagaan kuku juga sama pentingnya dengan tips kulit wajah, badan dan rambut. Walaupun banyak salun penjagaan kuku diluar sana, di rumah juga kita masih boleh memilikki kuku sihat dan cantik.
Antara tabiat yang boleh dihentikan ialah buang tabiat suka mengigit kuku. Tabiat ini jika tidak dihentikan lebih awal sudah pasti akan menjadi perkara yang sangat buruk bagi seseorang.
Tabiat mengigit kuku ini juga boleh mendatangkan kesan sampingan kerana kawasan kuku yang digigit itu kemungkinan besar akan mudah terdedah dengan kuman-kuman dan bakteria.
Selain itu ramai yang tidak tahu kuku juga ada pelembab khas setiap hari. Cara penjagaannya sangat mudah dan anda boleh lakukan dirumah. Anda hanya perlu memcuci kuku dengan mengunakan air suam, sabun dan berus kecil khas untuk kuku. Jadikan ia sebagai rutin anda setiap hari.
Tip Jaga Kuku Secara Tradisional
1. Caranya, tangan dan kuku direndam di dalam bekas yang berisi air lemon selama beberapa minit. Setelah itu, kuku akan digosok dengan hampas kelapa untuk membuang sel kulit mati. Kemudian, kotoran di bawah kuku akan dibersihkan sebelum minyak kelapa dan minyak aroma terapi disapu.
Atau nak guna limau pun boleh:
Buah limau ini akan digosok pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci. Kemudian rendam dalam air yang hangat dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.
2. Kaki akan direndam dengan air limau dan garam bukit bagi membuang sel kulit mati di kuku kaki. Kemudian, keseluruhan kaki akan digosok dengan kelapa parut dengan menggunakan sintok. Sintok ialah bahan orang zaman dulu yang digunakan untuk membersih dan menyental seluruh kaki dan kuku yang keras, berkerak atau kasar. Bahagian kuku akan direndam dengan air suam selama lima minit. Kemudian sapu minyak aroma terapi.
3. Bahagian kaki yang keras akan dikikir. Sapu minyak aroma terapi dan balut daun pisang di kedua belah kaki supaya minyak diserap pada keseluruhan bahagian kaki dan kuku.
Jadi jangan sesekali abai bab penjagaan kuku ya, sebaiknya bersihkan dan biar selari dengan wajah anda yang molek.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak mengenali penyanyi rock wanita tanahair, Ella Aminuddin yang sering bertenaga dan ceria setiap kali membuat persembahan.
Melihat personalitinya yang sentiasa gembira dan enjoy, pasti tidak dapat mengagak dirinya juga pernah berdepan dengan masalah hidap keresahan (anxiety) sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Ella, emosi beliau kembali terganggu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, berikutan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dalam negara.
“Sebenarnya saya dah lama dikesan menghidap anxiety iaitu ketika mula melibatkan diri dalam industri seni.
“Waktu itu saya tidak mempunyai keyakinan diri untuk bergaul dengan orang ramai dan membuat persembahan kerana karakter saya yang pemalu.
“Akibatnya saya sentiasa rasa gementar dan fikiran selalu kosong sehingga tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya keluarga menasihati saya berjumpa doktor dan disahkan mempunyai masalah tersebut.
“Bila saya dah tahu punca, barulah saya dapat mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah yang dihadapi itu. Alhamdulillah ia berjaya diatasi biarpun tidak sepenuhnya,” jelas penyanyi kelahiran Klang Selangor ini.
Tambah Ella lagi, dia tidak menyangka anxiety yang dihidapi sejak sekian lama itu kembali menyerangnya apabila kerap mendengar cerita-cerita negatif yang berlaku dalam masyarakat disebabkan masalah kesihatan mental.
“Bila anxiety saya kembali menyerang baru-baru ini, saya terdetik untuk membuat pendedahan dan berkongsi tentang masalah tersebut kepada umum.
“Saya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita menjaga kesihatan mental, selain mengajak mereka yang mengalami masalah sama untuk berani tampil dan berjumpa doktor bagi mengatasinya.
“Tidak perlu takut kerana ia bukanlah perkara salah atau memalukan, sebaliknya tindakan itu akan menyelamatkan mereka menjadi lebih teruk sehingga memudaratkan kehidupan sendiri,” katanya yang ditemui dalam Ella yang ditemui ketika majlis majlis menandatangani memorundum persefahaman (MoU) antara Saudagar Santai Group (SSG) dan Ricabot.
Sebagai pengguna dan peserta affiliate Ricabot itu juga bakal menjayakan siri persembahan jelajah Rock The Crypto pada tahun depan.