Penyakit jantung adalah antara pembunuh senyap yang paling ditakuti ramai. Tanpa tanda, seseorang boleh mengalaminya di mana saja atau bila-bila tanpa kehadiran seseorang di sisi.
Namun begitu, sebagai langkah pencegahan, kita sebenarnya boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung.
Terbaru sekumpulan doktor Fakulti Perubatan Universiti Yale mendedahkan individu boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi mengetahui risiko masalah jantung dengan menggunakan ujian ibu jari, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Bagi menjalankan ujian mudah tersebut, individu hanya perlu menggunakan sebelah tangan dan membuka tapak tangan dalam keadaan rata.
Ujian Guna Ibu Jari
Seterusnya, letakkan ibu jari di sepanjang tapak tangan sejauh yang mungkin.
Ads
Jika ibu jari mereka boleh melepasi hingga ke luar kawasan tapak tangan, ini bermaksud individu tersebut berisiko menghidap aneurisme (arteri tersumbat) tersembunyi.
Hal ini kerana kemampuan seseorang untuk menggerakkan ibu jarinya melepasi kawasan tapak tangan adalah petunjuk terdapat masalah pada sambungan sendi tubuhnya.
Individu boleh melakukan tiga langkah mudah untuk menjalankan ujian ibu jari bagi mengetahui risiko masalah jantung yang berbahaya. – The Sun
Keadaan itu merupakan antara tanda penyakit tisu yang menghubungkan sendi di seluruh badan termasuk aorta, iaitu arteri terbesar dalam badan yang mengalir dari jantung ke perut.
Ads
Keputusan Positif
Penyelidik telah menjalankan ujian tersebut ke atas 305 individu dan menerbitkan hasil kajian mereka dalam Jurnal Kardiologi Amerika Syarikat.
Individu yang positif dalam ujian tersebut berupaya menggerakkan ibu jari mereka melepasi kawasan tapak tangan. – Fakulti Perubatan Universiti Yale/The Sun
“Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit aneurisme tidak memberikan keputusan positif dalam ujian ibu jari-tapak tangan.
“Namun, pesakit yang positif ujian tersebut berkemungkinan tinggi mengalami aneurisme,” ujar penulis kanan jurnal tersebut, Dr. John A. Elefteriades. – Agensi
Pelembap muka Eyka Farhana pun beribu? Eh, nama pun selebriti, jadi tak pelik kalau harga produk muka harganya mahal.
Dek kerana teruja melihat kecantikannya, ramai yang terkejut dengan perkongsian artis wanita ini. Namun perkara ini normal bagi wanita yang bergelar selebriti, bukan penampilannya sahaja jadi perhatian, tetapi kulit wajah pun akan jadi tumpuan.
Terpesona Melihat Kulit Wajahnya
Apa lagi kalau orangnya rajin kongsikan tip dan video menerusi medsos, sesekali netizen akan teruja dan teringin memiliki kulit cantik juga.
Bukan tular kerana foto seksi sebaliknya Eyka menjadi bahan bualan selepas memuat naik video-video rutin penjagaan wajah dan solekannya setiap hari.
Menerusi perkongsian TikTok miliknya, Eyka menyapu beberapa produk wajah yang dimulakan dengan pelembap muka, krim mata serta krim pelindung matahari.
Jika meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan kulit wajah Eyka yang dikatakan cantik semula jadi tanpa mekap tebal.
Eyka Farhana Pakai Produk Ribuan Ringgit
Paling mencuri perhatian ialah produk-produk digunakan Eyka dalam videonya yang dikatakan mencecah harga ribuan ringgit seperti pelembab muka dan minyak wangi.
Antara produk paling mahal digunakan pelembab wajah jenama mewah antarabangsa yang berharga sekitar RM2,590.
Bukan sahaja teruja, malah ramai yang mahu turut membeli beberapa produk digunakan kerana ingin mendapatkan wajah menawan seperti Eyka.
Tak salah pun kalau mampu, jika poket tak berap nak tebal, anda boleh cari pilihan lain yang bersesuaian dengan kulit. Begitu caranya untuk bahagia dan jaga kulit wajah cara mudah.
Apabila kita memiliki tubuh sedikit berisi pasti tidak akan terlepas dari kata-kata hinaan atau cacian daripada orang sekeliling.
Namun kecaman yang diterima itu kadang-kadang memberi motivasi untuk kita berubah ke arah lebih baik.
Seperti perkongsian Faten Sharif dari Grup Diet Suku-Suku Separuh yang pernah dihina dan dipanggil badak serta ditinggalkan oleh sebab mempunyai badan gemuk dan berisi.
Namun berkat hampir setahun mengamalkan diet, dia akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 38 kg.
Hilang 38 KG Dalam Masa Setahun
Hai assalamualaikum..saya start dari hujung bulan 12 tahun lepas..ke gym ada la sekali dua,selebihnya saya workout/zumba di rumah sahaja.
Pemakanan saya ikut 100% seperti yang group dass ajar..tapi kadang-kadang ade je hari saya lupakan diet, tapi jangan makan macam lupa diri pulak..Sebab dalam keadaan ini saya cuba enjoy dalam diet..
Saya pernah di hina,di panggil badak..pernah di tinggalkan oleh lelaki sebab keadaan badan yang gemuk dan berisi..
Sebelum, berat cecah 95 kg.
Dan paling sakit,saya sering di banding-bandingkan dengan perempuan lain..and alhmdulillah,saya sedar perkara tu..saya tinggalkan dia,dan saya buat perubahan untuk diri saya.
Bukan niat untuk menunjuk kepada dia..saya berniat hanya untuk jadikan kata kata dia sebagai pembakar semangat..Dan selebihnya untuk kesihatan sendiri..
Dari 95kg..gambar terbaru baju hitam 57kg..dengan ketinggian 160cm..
Terbaru, berat 57 kg.
Sekarang misi untuk cari jodoh sahaja..umur dah 27 tahun depan..impian nak pakai dress insyallah kalau kahwin nanti terlaksana la
Kalau anda masih mencari jalan nak buat kulit licin dan gebu dengan cara paling selamat dan berkesan, boleh cuba 4 petua cantik ini.
Anda hanya perlukan dua bahan semula jadi yang mungkin sudah ada di dapur anda iaitu timun dan susu.
Jom, Buat Kulit Licin!
Timun mengandungi antioksidan dan vitamin yang dapat menenangkan, melembapkan dan menyegarkan kulit anda. Susu pula mempunyai asid laktik yang dapat mengelupas sel kulit mati dan merangsang penghasilan kolagen.
Berikut adalah 4 petua rahsia yang boleh anda cuba:
1. Timun dan susu sebagai toner. Parut timun dan perah airnya. Campurkan dengan susu cair dalam nisbah 1:1. Sapukan pada muka dengan kapas dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas. Ulangi setiap hari untuk kulit yang lebih licin dan cerah.
2. Timun dan susu sebagai masker. Potong timun nipis-nipis dan rendam dalam susu pekat manis selama 10 minit. Letakkan irisan timun pada muka dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas. Ulangi dua kali seminggu untuk kulit yang lebih lembut dan anjal.
3. Timun dan susu sebagai scrub. Hancurkan timun dan campurkan dengan susu tepung dalam nisbah 2:1. Gosok pada muka dengan gerakan membulat selama 5 minit sebelum bilas. Ulangi sekali seminggu untuk kulit yang lebih halus dan bersih.
4. Timun dan susu sebagai pelembap. Blend timun dan campurkan dengan susu krim dalam nisbah 1:2. Sapukan pada muka dengan jari-jari dan biarkan selama 10 minit sebelum bilas. Ulangi setiap malam sebelum tidur untuk kulit yang lebih lembab dan sihat.
Hah, nanti cuba lah 4 petua rahsia ini dan lihat sendiri perbezaannya. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!