Anorexia atau penyakit tak nak makan sebab takut gemuk memang wujud. Dia jenis berperang dengan perasaan sendiri dek kerana tak yakin dengan tubuhnya yang semakin melebar.
Haa… nak tahu lebih jauh tentang penyakit tak nak makan, baca perkongsian Dr. Ahmad Samhan ini.
Penyakit Tak Nak Makan Berkait Dengan Mental
“Doktor, saya perasan kebelakangan ni adik saya umur 15 tahun makin kurus.”
“Bila ajak makan, dia tolak. Kalau nak keluar, mesti berdiri lama depan cermin. Dia suka duduk sorang-sorang dalam bilik.”
Anorexia Nervosa adalah gangguan mental yang mana seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Golongan itu juga akan merasakan yang dirinya lebih gemuk daripada keadaan sebenarnya, walaupun sebenarnya mempunyai kurang berat badan.
Penghidap penyakit itu akan merasakan yang dirinya tidak cukup kurus.
Kajian Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendapati 1% daripada populasi Malaysia mengalami penyakit itu akibat beberapa faktor.
90% pesakit anorexia adalah wanita dan umur permulaan dalam lingkungan 11 tahun.
Ads
APA PUNCANYA?
Faktor genetik
Risiko anoreksia meningkat di kalangan orang yang keluarga mereka mengalami penyakit yang sama, obesiti, bulimia nervosa, kemurungan, ketagihan alkohol dan ketagihan dadah.
Faktor umur
Remaja wanita yang menumpukan perhatian yang berlebihan kepada penampilan dan kecantikan diri boleh mengalami penyakit ini.
Keyakinan diri yang rendah
Seseorang yang tidak menyukai diri sendiri, membenci penampilan diri atau suka menetapkan sasaran yang susah untuk dicapai bagi diri untuk merasakan baik tentang diri sendiri.
Ads
Tekanan
Tekanan fizikal, psikologi, penderaan seksual atau peristiwa tekanan (kematian seorang sahabat atau saudara, perceraian) boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan makan.
Pengaruh social media
Iklan-iklan yang dipaparkan di tv, internet dan media cetak selalunya memaparkan tip-tip bahawa badan yang kurus berkesan lebih baik dari segi penampilan dan kecantikan.
Penyakit-penyakit lain
Seperti “congenital adrenal hyperplasia” dan penyakit lupus boleh menyumbang kepada penyakit anoreksia.
Ads
CARA MENGATASINYA?
Melakukan senaman ringan ketika rasa stres.
Akui bahawa diri sendiri sedang menghadapi penyakit anoreksia.
Makan makanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Ikuti sesi kaunseling.
✅ Mengambil ubatan antidepresen, antipsikotik, dan penstabil mood seperti yang dinasihatkan oleh doktor
✅ Bersosial.
✅ Sokongan padu dari keluarga.
Jemput panjangkan sebab penyakit anorexia ini jika tidak dirawat boleh membawa maut akibat kegagalan organ.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain kulit berminyak, masalah besar dialami kaum waiata adalah berjerawat. Masalah ini akan jadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan betul hingga mengakibatkan breakout.
Lagi-lagi menjelang Syawal nanti, pasti malu jika kulit wajah ada masalah ini.
Perkongsian seorang gadis di laman sosial twitter @Nana berjaya menyelesaikan masalah breakout dialami dengan modal serendah RM5.
Dia yang mengalami masalah jerawat sejak usia 14 tahun bukan hanya pada wajah, tetapi seluruh badan terutama di bahagian belakang badan, dada dan bahu.
Menurutnya dia tidak perlukan produk mahal sebaliknya hanya gunakan khidmat disediakan di klinik kesihatan dengan membayar RM5 untuk setiap konsultasi dan ubatan yang diberikan pakar secara percuma.
Biarpun perkongsian ini sudah lama namun boleh dijadikan panduan untuk mereka yang alami masalah sama.
Teruja melihat penampilan wanita ini, badan macam anak dara lagi! Begitulah hasilnya kalau anda jenis orang yang jaga pemakanan sejak dari muda.
Dikenali sebagai Kak Julie, baju nikahnya masih boleh digunakan tanpa perlu ditetas pun jahitannya walau sudah 24 tahun bernikah. Baju pengantin tu disarung masa berat badan 49 kilogram. Maknanya dia maintain slim lah ya!
Usia Puan Julie Mohamed waktu itu baru 21 tahun. Sekarang dah ada 4 orang anak yang masing-masing berumur 24, 19, 13 dan 10 tahun, dia masih dapat berat badan yang sama.
“Tak ada yang mustahil dalam mengekalkan bentuk dan berat badan asalkan kita percaya dan yakin dengan diri kita.”
Faham betul-betul ya—> YAKIN DENGAN DIRI
Nak dapatkan keyakinan itu, kena praktik #5 Formula Kak Julie kekalkan saiz badan yang sama.
#1 Setiap pagi selepas bangun tidur dan sebelum mandi, amalkan meminum air suam 2-3 gelas. Ini membantu proses detox dalam badan. Selepas minum, rehat 10 minit sebelum memulakan mandian. Rahsia agar perut tak buncit, jangan mandi sejurus selepas makan dan minum.
#2 selepas sarapan, amalkan meminum segelas air teh hijau (green tea) (apa-apa brand pun ok) tanpa gula. Amalkan pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur selepas makan malam) green tea amat kaya dengan anti oksidan dan amat bagus untuk mempercepatkan penurunan berat badan.
Nota: Jika ibu sedang menyusukan bayi secara direct, boleh cuma dengan mengurangkan kepekatan teh. Cukuplah sekali sehari. Lebihkan air suam. Kalau nak minum susu, sebaiknya malam sebelum tidur.
#3 Amalkan skipping 300 lompatan sehari. Jangan buat terus 300 pada permulaan tetapi memadailah dengan bermula dengan 20 dan meningkatkan latihan pada hari-hari seterusnya (ikut kemampuan, jangan paksa diri). Kak Julie amalkan 150 pagi dan 150 petang.
Skipping merupakan teknik mudah menurunkam berat badan kerana ia menggerakkan seluruh tubuh badan. Antara teknik senaman yang cepat membakar kalori.
#4 Amalkan memakan epal hijau sekali setiap hari. Jika berasa lapar sebelum tiba waktu makan, amalkan mengambil bijirin atau makanan berserat untuk mengalas perut.
#5 Bagi mengekalkan tenaga, ini antara supplement yang Kak Julie amalkan seharian.
Jadi, nampak gayanya, berkahwin dan sudah punya anak bukan satu masalah nak kekalkan berat badan dan jaga penampilan ya. Tetapi apa yang penting adalah, amalan gaya pemakanan seharian.
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE. Ramai tidak tahu sebenarnya kaum wanita adalah golongan yang sangat mudah mendapat penyakit autoimun berbanding lelaki.
Namun begitu, ramai yang tidak begitu arif dan faham apa sebenarnya penyakit ini yang biasanya menyerang kaum wanita sahaja.
Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar.
Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri.
Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki.
Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kuat daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi.
Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik.
Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asanya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid.
Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh-contoh adalah seperti berikut;
1. Sendi-Sendi
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa.
Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3. Penyakit tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4. Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas.
Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit.
5. Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah.
Ia membuatkan seseorangan itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah).
Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis dan Type 1 Diabetes mellitus.
Permulaanya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Biasanya simptom-simpton itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2. Selepas itu kebiasaanya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3. Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4. Keguguran rambut yang berlebihan
Mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simpton-simpton ini normal. Segeralah bertemu doctor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya;
1. Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami
2. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap
3. Doktor membuat ujian darah yang asas
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.