Sepatutnya semalam penyanyi Siti Sarah Raisudin memotong gelang pink setelah hampir seminggu menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat Covid-19.
Namun dia yang sedang sarat tujuh bulan dikejarkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen menurun semalam.
Perkara ini dikongsi oleh suaminya Shuib menerusi laman Instagram (IG), semalam.
Dalam perkongsian video 14 saat itu, Siti Sarah kelihatan duduk atas kerusi roda sambil memakai oksigen dan dipeluk oleh tiga cahaya mata sebelum dibawa menaiki ambulans.
“Assalamualaikum, saya memohon doakan isteri, Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Shuib.
Sementara itu, syarikat pengurusan, Indigital Music dalam kenyataan memaklumkan Siti Sarah sepatutnya memotong gelang semalam, tetapi mengalami batuk dan mengadu tidak selesa, sejak kelmarin.
Ads
“Siti Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira jam 6.30 petang semalam untuk mendapatkan rawatan. Sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan.
“Tahap oksigen semakin menurun menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke HCTM,” kata pengurusnya, Nana Mohd Rom.
Perkongsian ini mendapat perhatian rakan selebriti dan warganet. Masing-masing mendoakan kesejahteraa Siti Sarah dan bayi dalam kandungan.
yanasamsudin Allahuakbar… semoga segalanya lancar dan diberi kesihatan amin amin …
Ads
anuarzain70 Semoga Adik @sitisarahraissuddin dikurniakan kesembuhan & kesihatan yang baik oleh ALLAH SWT… begitu juga buat seluruh ahli keluarga… Aamiin Yaa Rabb
aznilnawawihm Ya Allah Kau beri lah kesembuhan buat Sarah dan bayi dalam kandungannya. Bebas kan lah Ya Allah Keluarga ini dari wabak ini. Amin
shahidadherbs semoga sembuh dah kembali seperti sediakala sarah..
Ads
zarulumbrella Semoga Sarah kuat dan redho serta tabah dengan ujian ni, Allah bg sakit utk hapus dosa2 kita, Abg doakan Sarah diberi kesembuhan dan dijauhkan segala kesulitan dan ringankan kesakitan Amin YRA
Bila tiba bulan Ramadan, ramai antara kita mula rasa dilema. Nak teruskan rutin workout, takut pancit. Kalau berhenti terus sebulan, risau pula segala usaha di gim sebelum ini lebur begitu sahaja.
Sebenarnya, bersenam ketika berpuasa bukan satu misi mustahil. Malah, dengan teknik yang betul, ia adalah waktu terbaik untuk melakukan detox fizikal dan mental. Jom kita bedah bagaimana cara untuk kekal aktif tanpa menggadaikan tenaga untuk beribadah di malam hari.
Bersenam dalam keadaan perut kosong mempunyai sainsnya yang tersendiri. Apabila kita berpuasa, simpanan glikogen (tenaga utama) dalam badan akan berkurangan. Kesannya? Badan anda akan mula mencari sumber alternatif iaitu lemak untuk dibakar sebagai bahan api. Bunyinya seperti berita gembira untuk yang ingin turunkan berat badan, bukan?
Namun, ada ‘tapi’ yang besar di sini. Jika tidak kena gaya, badan mungkin mula memecahkan otot untuk mendapatkan protein sebagai tenaga. Prestasi anda juga pasti tidak sama seperti hari biasa. Jadi, kunci utamanya bukan intensity, tapi konsistensi dan keselamatan.
Sebagai wanita yang sibuk, pemilihan waktu sangat kritikal:
45 Minit Sebelum Berbuka: Ini waktu kegemaran ramai fitness enthusiast. Anda bersenam, kemudian terus berbuka untuk hidrasi semula. Sangat efektif untuk membakar lemak.
2-3 Jam Selepas Tarawih: Jika anda jenis yang perlukan tenaga ‘solid’, waktu malam adalah yang terbaik. Anda boleh all-out sedikit kerana badan sudah mendapat nutrisi dari hidangan berbuka.
Lupakan sekejap latihan HIIT yang membuatkan jantung berdegup kencang buat masa ini. Fokus kepada senaman yang lebih low-impact tetapi memberi impak besar kepada bentuk badan:
Strengthening:Squats, lunges, dan push-up sangat bagus untuk mengekalkan jisim otot.
Mindful Movement: Yoga atau Pilates bukan sahaja membantu fleksibiliti, malah membantu menenangkan minda selepas seharian bekerja.
Kardio Ringan: Berjalan pantas atau larian santai sejauh 3-5km sudah memadai.
Rutin senaman anda bermula dari meja makan. Jangan sesekali skip sahur! Pastikan anda mengambil karbohidrat kompleks (seperti oat atau nasi perang) dan protein yang cukup untuk pemulihan otot.
Paling penting, hidrasi. Minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur. Tip ekstra: Tambah minuman tinggi elektrolit seperti air kelapa untuk mengelakkan dehidrasi melampau, terutama jika anda seorang yang aktif.
Ramadan adalah bulan untuk bersederhana. Jangan paksa diri jika badan terasa sangat letih. Ingat, matlamat kita di portal ini adalah wellness over perfection. Biar sedikit, asalkan berterusan.
5 Pesanan Ringkas Untuk Anda:
Sahur itu wajib, jangan tinggal.
Fokus pada hidrasi malam hari.
Elak senaman intensiti tinggi di siang hari.
Cuba selang-selikan senaman berat dengan aktiviti ringan seperti regangan.
Dengar kata badan; kalau perlu rehat, berehatlah.
Stay fit, stay fabulous, and Selamat Berpuasa, Sis!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serangan anxiety ini boleh berlaku tanpa disangka-sangka dan bila-bila masa, tanpa mengira had umur dan jantina. Namun macam mana keadaan orang yang berdepan dengan masalah ini, anda patut ambil peduli.
Cuba bayangkan, apa yang anda akan lakukan jika dikejar anjing? Pasti anda akan lari menyelamatkan diri bukan? Begitu jugalah dengan mereka yang menghidap anxiety.
Untuk memahami apa itu anxiety, cuba baca perkongsian Puan Siti Ainur, dia sendiri juga pernah kena serangan ini.
Serangan Anxiety
Macam mana mahu cakap eh. Orang yang tak rasa dia tak akan paham. Sakit dia lagi perit. Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat. Rasa dia memang rasa nak mati. Memang sakit dia tidak ada luka, tidak ada lebam, tiada apa apa pun.
Bila pergi jumpa doktor, check memang tak ada-apa. Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah, gila lah mental lah. Sebab tak rasa kan? Kalau dah rasa barulah tahu ya. Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint. Sesiapa je boleh kena sebenarnya.
Saya terangkan dengan ringkas dan mudah faham. Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab, sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tak boleh tidur, terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa, pikiran kacau bilau, yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian. Yang kena gestrik, gerd pun akan camni.
Dengar memang orang akan ketawa. Kalau cerita pada orang pun, orang akan cakap gila. Gila itu lain, tekanan itu lain. Rata-rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan. Dan banyak faktor juga.
Anxiety ini nak pulih memang ambil masa. Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa. Ada yang hidap bertahun tahun. Ada yang meninggal dunia. Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa. Memang kalau dilihat dengan mata kasar, penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk. Selalu menangis tanpa sebab krana ketakutan dan cemas.
Bila nak tidur takut, semua takut. Keluar rumah takut. Senang cerita semua takut dan cemas. Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering. Tidak keluar rumah seolah-olah merasakan ada sesuatu akan terjadi padahal tidak. Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku. Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku.
Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih. Tapi dia tak akan pulih 100%. Bergantung pada seseorang itu juga. Yang menentukannya ialah MINDSET. Tak ada seorang pun yang mahukan jadi macam ini, malah saya juga.
Ada yang tak paham mereka akan cakap macam-macam, kurang iman lah, kurang agamalah dan memacam lah. Salah!
Solat Pun Tak Khusyuk!
Saya kongsikan sikit, apabila pesakit anxiety mahu solat, solatnya pun memang tidak akan khusyuk. Macam mana saya tahu? Saya juga pernah alami anxiety jadi saya sangat memahmi.
Di sini saya nyatakan cara mengubati anxiety secara umum. Kalau ada yang nak tambah pun boleh.
1) Dekatkan diri dengan Tuhan. Banyakkan istighfar, selawat, zikir.
2) Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif. Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Bila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety.
3) Mindset. Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat, tak takut.” Kadang sebab mindset kita lemah. Betulkan mindset.
4) Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami kita dan percaya. Luah segalanya, mesti lega.
5) Buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu.
6) Jangan tidur keseorangan, sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Contoh anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.
7) Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psy. Anxiety bukan gila. Jangan takut. Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami, dapatkan nasihat mereka. Makan makanan yang sihat. Banyakkan minum air masak.
9) Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut. contohnya takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin. Tukar mindset. Inshallah boleh.
10) Sokongan moral mental dan fizikal. Sokongan daripada Keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety. Sentiasalah bagi dorang support.
Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety?”. Hmm… seperti apa yang saya tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat, lemah, kerap berfikir, stress sebab jaga anak, kerja, bisnes, stress pasal orang, dan sebagainya (sila rujuk pakar).
Kalau benda nak datang kita pun tidak akan jangka. Sesiapa akan kena. Artis pun kena apatah lagi kita orang biasa.
Akhir kata, anxiety datang tanpa kita jemput. Dan tak semestinya macam apa saya nyatakan di atas. Mungkin sebab gastrik, gerd dan sebagainya. Ini saya ceritakan apa yang berlaku kepada saya dan macam mana saya atasi semuanya saya nyatakan di atas.
Jika ada cadangan lain, terserah mahu ikut atau tidak. Setiap orang berbeza dan saya nyatakan cara-cara di atas adalah umum.
I’m not doctor, but Im sharing my experince only.
Please lah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ini. Bagi support each other dan inshaa Allah semua akan jadi sedia kala.
Anxiety and panic attack berbeza. Sila tanya yang lebih arif.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita tahu kerajaan sedang giat menjalakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak Mac lalu bagi membendung penularan virus Covid-19 ini.
Namun begitu bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin juga masih boleh dijangkiti Covid-19.
Cuma apa yang membezakannya adalah mereka yang lengkap divaksin ini akan mengalami gejala ringan atau langsung tiada gejala.
Walau bagaimanapun para penyelidik telah menemui satu gejala biasa yang dialami mereka yang susah lengkap divaksin iaitu bersin.
Bersin boleh disebabkan oleh alahan, selesema biasa, atau alahan debu, namun bersin yang berlebihan dalam kalangan individu yang telah divaksinasi sepenuhnya, boleh menjadi satu gejala COVID-19.
Itu dapatan kajian pengendali aplikasi ZOE COVID Symptom Study, yang merupakan kajian terbesar berkaitan COVID-19 setakat ini.
“Data kami menunjukkan bahawa orang yang telah divaksinasi dan kemudian diuji positif untuk COVID-19 lebih cenderung melaporkan bersin sebagai gejala, berbanding mereka yang belum divaksin,” kata penyelidik seperti yang dipetik dalam portal Independent UK.
Bagaimanapun, belum ada pengesahan dari segi sains yang membuktikan bersin sememangnya gejala COVID-19.
Justeru orang ramai diminta berwaspada terhadap gejala-gejala lain, sama ada mereka yang telah divaksinasi atau belum.
“Gejala lain termasuk demam, sakit badan, batuk berterusan, hilang deria rasa atau bau, sakit kepala, keletihan dan sesak nafas. Jangan fokus pada bersin sahaja.
“Sekiranya anda telah diberi vaksin dan kerap bersin tanpa sebab, pergilah menjalani ujian saringan, terutama jika anda tinggal atau bekerja di sekitar mereka yang berisiko,” tambah mereka.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.