Ramai rakan-rakan terdekat dengan kita pernah merasai perasaan ini iaitu jiwa rasa kosong. Semuanya serba tak kena, tak tahu hendak lakukan apa. Semuanya nampak serba salah.
Jika inilah perasaan pernah dirasai, ada cara terbaik boleh dilakukan oleh mereka yang diuji dengan masalah mental untuk kembali pulih.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri UIA juga Felo Psikiatri Kanak-Kanak Dan Remaja Hospital Tengku Ampuan Afzan, Dr Rozanizam Zakaria berkongsi tip ini untuk mengatasi masalah kemurungan yang dihadapi.
Bagaimana nak atasi rasa ‘kosong’?
“Saya rasa kosong, tak rasa apa-apa, tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi rasa tu kosong”.
Ads
Bagi kita yang tak alami mungkin sukar nak faham satu rasa yang spesifik ini. Namun ia adalah antara perasaan yang sering dialami mereka yang diuji dengan masalah mental.
Chronic emptiness boleh berlaku pada individu yang alami kemurungan (unipolar/bipolar depression, persistent depressive disorder), gangguan personaliti seperti borderline personality disorder.
Ia juga boleh jadi non-speficic symptom yang berlaku pada diagnosa penyakit mental lain.
Ads
Scientifically described as:
“Chronic feelings of emptiness are experienced as a feeling of disconnection from both self and others, and a sense of numbness and nothingness which was frequent and reduced functional capacity. Feelings of purposelessness and unfulfillment..” (Miller, et. al, 2021).
Antara tips yang saya selalu kongsikan untuk pesakit sebegini ialah:-
Ads
Konsisten dengan rawatan – ubatan dan terapi kerana gejala ini boleh jadi residual symptoms yang menunjukkan penyakit utama anda seperti depression belum betul-betul sembuh.
Hargai setiap perkara kecil yang anda lakukan. Acknowledge dan appreciate walaupun perkara yang anda lakukan itu Kecil. Contohnya, anda bangun tidur, anda kemas katil. Acknowledge this small achievement – katakan pada diri – tengok, saya buat satu perkara yang baik untuk bilik saya hari ini. Then move to next small things, be it a simple smile to others.
Perkara ni penting.
Muhasabah ayat ini.
“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.
Jika di sisi Allah, Pencipta seisi alam, acknowledge kebaikan sebesar zahrah, mengapa kita tak mahu hargai ‘kebaikan’ Kecil kita sendiri.
Berbuat baik dengan orang lain. Tak kira sekecil mana, mengikut kemampuan kita.
Setiap hari biasakan muhasabah, catat 3 perkara yang kita syukuri, yang baik jadi pada kita, yang kita hargai. Bila rasa down, buka semula catatan ini dan bacakan pada diri sendiri.
Cari minat, aktiviti, hobi atau apa jual yang membantu anda occupy masa anda.
Elakkan berseorangan. Rasa kosong ni memang suka datang bila kita seorang diri.
Bina hubungan dengan orang lain. Orang yang kosong ini selalunya crave for attachment.
Amalkan swacinta – yang ni saya dah ulas dalam posting lepas dan dalam buku Solusi Stres.
Bina kekuatan spiritual. Banyakkan mengingat Allah, rahmat dan kasih sayang Allah, mengingatkan diri yang Allah sentiasa bersama dengan kita. Sumber : FB Dr Rozanizam Zakaria
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau pun mata nampak perubahan penyanyi, Aizat Amdan, janganlah ditegur. Nak-nak pula di depan orang rumahnya, mana tak down. Body shaming ini boleh buat orang rasa tak selesa, jadi beringat lah sebelum menegur lebih-lebih.
Baru-baru ini Aizat telah memberi respons padu kepada netizen selepas dirinya menjadi mangsa body shaming.
Body Shaming Beri Kesan Pada Aizat Amdan, “Jadi Tak Sedap Didengar…”
Menurut Aizat, dia terkesan apabila orang akan memberikan fokus terhadap keadaan terbaharu tubuh badannya.
“Contoh tentang body saya. Sampai sekarang saya buat festival show, beribu-ribu orang datang cakap tentang badan saya. Benda tu saya tak puas hatilah.
“Saya faham tapi masalahnya sekarang orang kena faham yang body shaming tu dah tak cool dah. Saya rasa dalam fatwa pun dosa, kenapa awak nak sebarkan dosa sampai semua orang kena body shaming?” luah Aizat.
Aizat ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP Media dan Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, semalam.
Tambah penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini, isu ‘body shaming’ juga mungkin menjadi sebab dia kurang berkongsi perkembangan di laman sosial.
“Body shaming tu macam awak boleh cakap je badan kau dah naik, muka kau dah hitam, benda tu tak sedaplah didengar.
“Mula-mula saya tepis benda ni, ada satu masa bila isteri saya dengar. Saya luahkan yang sebenarnya benda ni beri kesan dekat saya. Itu mungkin sebab saya tak post banyak benda,” katanya.
Untuk rekod, Aizat telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihannya, Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos 2022.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum anda keluar membeli, sila ambil tahu jenis bra yang elok untuk payudara. Dan proses memilih bra boleh jadi rumit jika anda tak tahu setiap perbezaannya.
Antara jenis bra yang ada di kedai ialah push-up, strapless, sport bra, sticky bra antara jenis-jenis bra yang dijual di pasaran. Setiap satu punya kelebihan dan fungsi masing-masing.
Menerusi portal Brightside, hampir 80% wanita memakai bra yang salah menurut bancian tahun 2008, malah sehingga ke hari ini ada wanita yang tidak tahu cara memilih dan mengukur bra di badan.
Kalau anda keliru tentang cara nak memilih ukuran, bayangkan betapa mencabarnya untuk mengetahui bentuk, sokongan dan keselesaan yang diperlukan untuk bra.
Jenis Bra Yang Ada
Ini antara beberapa jenis bra yang dijual di luar sana sebenarnya tidak elok untuk payudara dan keseluruhan tahap kesihatan anda.
Zero Support Bra
Bra yang betul dan mempunyai sokongan yang baik akan menahan sakit leher dan bahagian belakang badan. Perlu anda tahu, payudara mempunyai berat sendiri dan jika tidak disokong dengan bra yang sesuai, maka otot leher dan punggung terpaksa bekerja lebih untuk menampung.
Bra Yang Tak Fit
Bra harus fit dengan betul, jika tidak, kamu boleh mengalami reaksi kulit atau masalah kesihatan. Sekiranya bra terlalu besar, maka geseran antara kain dan kulit boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Itu menyebabkan ketidakselesaan bila memakai bra.
Bila memakai bra yang terlalu kecil sampaikan ketat boleh merengsakan kulit atau menjadi lebih teruk. Beberapa penyelidikan berkata bra ketat berkait rapat dengan risiko peredaran darah yang lemah dan kanser payudara. Cuba elakkan perkara ini.
Bra Kain Sintetik
Disebabkan payudara adalah satu satu bahagian tubuh yang paling sensitif, anda kena pandai pilih material bra. Material jenis kapas mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk pergerakan harian, jadi campurkan dengan kain sintetik untuk membantu menyesuaikan diri dengan rutin harian kamu seperti spandeks.
Sticky Bra
Sticky bra merupakan bra yang melekat pada payudara dengan bantuan gam. Bahan kimia tersebut tidak boleh bersentuhan dengan kulit kamu. Kerana sangat ketat, ia tidak memberi kulit anda peluang untuk bernafas.
Lebih teruk jika anda mempunyai kulit sensitif kerana gam, peluh, dan sesak nafas boleh menyebabkan kulit gatal dan timbulnya ruam.
Ini cara mudah untuk anda mengukur saiz pakaian dalam dengan betul supaya mendapat keselesaan sepanjang hari.
1. UKUR BAND SIZE
Inilah kalau tersalah pilih saiz, pasti akan rasa tidak selesa kerana akan berasa sedikit ketat di bahagian bawah dada.
Pastikan anda menggunakan tali pita pengukur dan berdiri di hadapan cermin supaya mudah untuk mendapat saiz ukuran yang betul. Jika anda mendapat ukuran yang ganjil, genapkan kepada nombor yang seterusnya.
2.UKURAN LILITAN PAYUDARA
Seterusnya adalah ukuran lilitan payudara. Ukuran lilitan payudara adalah bagi menentukan saiz cup bra yang sesuai.
3.TENTUKAN SAIZ CUP BRA
Haa.. ingat ya! Kalau nak membeli bra, sila pilih yang betul-betul berkualiti dan sedap bila dipakai. Jangan setakat cantik tapi tidak menyokong payudara dengan selesa. Nanti kesannya payudara cepat kendur dan kelihatan tak cantik.
Kredit info: Iffaannah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain gastrik, antara penyakit yang sering timbul apabila bulan puasa adalah rasa pedih perut.
Keadaan ini menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa untuk melakukan urusan lain selepas berbuka seperti solat terawih.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menerangkan rasa pedih perut ini dan apa penyakit yang akan datang disebabkan masalah ini.disebabkan apa dan cara untuk atasinya.
RASA PEDIH PERUT SEMASA BERPUASA
Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.
Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.
Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati.
Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati”, namun ia tidak ada kena mengena dengan ‘organ hati’ kita.
Masalah ini berlaku apabila kita mengubah pola pemakanan kita. Biasanya kita makan bersarapan dan makan tengahari. Tetapi pada bulan puasa, kita ‘bersarapan’ lebih awal dan kita tidak makan waktu tenghari walaupun kita berasa lapar.
Jadi masalah yang mungkin timbul adalah: 1. Gastro-Esophagal Reflux Disease (GERD) GERD berlaku apabila asid yang berada di dalam perut naik ke permukaan dalam esofagus, menyebabkan keradangan pada permukaan ini.
Ia bukan disebabkan kita tidak makan, tetapi disebabkan oleh lingkaran otot pada bagian bawah esofagus, (ia dikenali sebagai Lower Esophageal Sphinchter) tdak berfungsi dengan baik. Ia disebabkan oleh terlalu banyak asid dalam perut (terutama apabila kita makan makanan yang pedas, dan bergula) melimpah naik ke atas memasuki esofagus. Apatah lagi jika kita berbaring dan tidur selepas berbuka atau bersahur, disebabkan lebih mudah untuk asid dalam perut masuk ke esofagus.
Selain itu disebabkan oleh stress, masalah kerunsingan (anxiety disorder), kehamilan, dan obesiti.Ini menyebabkan pesakit rasa panas dan pedih di bahagian ulu hati sehingga ke bahagian bawah dada. Oleh itu ia dikenali sebagai “heart burn”
2. Gastritis Masalah gastritis adalah penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada permukaan perut. Ia disebabkan oleh kepekatan asid yang tinggi dalam perut yang menyebabkan asid ini menghakis sel-sel pada lapisan perut.
Biasanya ia disebabkan cara pemakanan kita. Kita suka makan makanan yang pedas, makanan berproses banyak perasa, pewarna dan perasa yang menyebabkan asid dalam bertambah pekat.
Berpuasa tidak menyebabkan masalah ini. Ia mungkin berlaku di permulaan puasa. Tetapi apabila tubuh kita mengenalkan bahawa tiada makanan yang harus dicernakan di dalam perut, maka asid tidak akan dikeluarkan. Itu sebabnya rasa tidak selesa pada perut di minggu pertama puasa sahaja. Masuk minggu ke dua dan keempat, kita tiada masalah untuk berpuasa.
Jika kita masih mengalami masalah ini selepas minggu pertama, cuba semak semula pemakanan kita semasa berbuka dan bersahur. Ini sebenarnya punca pengeluaran asid yang lebih pekat.
3. Luka Perut (Gastrik Ulcer) Masalah perut yang lebih serius adalah luka pada perut, sama ada betul-betul di dalam perut (gastric ulcer) atau luka pada saluaran usus kecil bersebelahan perut (duodenal ulcer). Rasa pedih perut begini selalunya tidak berkurangan apabila diberikan ubat merawat gastritis yang biasa didapati dari farmasi.
Saya mencadangkan agar jika telah mengambil ubat ini selama seminggu tetapi tidak sembuh dan belum mendapat kelegaan, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan skop (Oesohageal-Gastrtro-Duodenal Scope) akan mengesahkan masalah ini.
Punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitanbakteri Helicobacter Pylori dan pengambilan ubat-ubatan penahan sakit seperti Ibuprofen, Diclofenac dan Aspirin. Luka pada perut boleh menyebabkan pendarahan, dan pesakit boleh muntah darah dan membuang najis yang bercampur darah.
Selain masalah yang berkaitan dengan organ perut, ada beberapa masalah lain yang berkaitan di kawasan ‘ulu hati’ tetapi disebabkan oleh masalah organ yang lain.
4. Keradangan Pankreas Radang pankreas (atau diebut Pankreatitis) juga boleh menyebabkan rasa sakit ulu hati, dan mungkin kita menjangkakan ianya adalah masalah gastritis atau gastic ulcer. Keradangan pada pankreas ini, sama ada acute pancreatitis dan chronic pancreatitis menyebabkan rasa sakit di bahagian ulu hati sehingga terasa menjalar ke belakang tubuh.
5. Hepatitis Keradangan organ hati atau hepatitis juga menyebabkan rasa sakit di ulu hati. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit sebelah kanan bahagian atas abdomen. Ia akan bertambah sakit apabila kita menarik nafas dalam.
Hepatitis selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Selain rasa sakit bahagian ulu hati, ia boleh menyebabkan rasa demam, terlalu letih dan bahagian mata putih bertukar menjadi kekuningan.
6. Masalah Pundi Hempedu Pundi hempedu adalah pundi berukuran kecil terletak di bahagian bawah hati (liver). Ia menyimpan cecair hempedu, iaitu cecair yang membantu mencerna lemak.
Namun ada kalanya pundi hempedu ini mengalami keradangan akibat jangkitan kuman atau mengandungi banyak batu di dalamnya. Ia menyebabkan rasa sakit pada ulu hati, rasa loya, muntah, demam, dan perubahan warna pada najis.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit ulu hati, telah mendapat rawatan doktor atau mengambil ubatan di farmasi tetapi masih tidak sembuh dalam masa seminggu, datang berjumpa doktor yang merawat semula. Buat pemeriksaan yang lengkap kerana berkemungkinan masalah rasa sakit ulu hati, adalah masalah yang lebih serius.
BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN RASA SAKIT ULU HATI KETIKA BERPUASA?
Seperti saya beritahu, berpuasa bukanlah punca utama masalah rasa sakit ulu hati. Secara amnya rasa sakit ulu hati hati ketika berpuasa mungkin dialami oleh beberapa individu, tetapi selalunya akan berkurangan setelah kita memasuki minggu kedua, ketiga dan keempat berpuasa.
Jika masalah berterusan, buatlah pemeriksaan lengkap. janganlah kita beranggapan ia hanya masalah ‘gastik” saja seperti mana yang selalu kita faham. Ia mungkin masalah yang lebih serius.
Bagi mereka yang mengalami masalah rasa sakit di bahagian ulu hati, saya mencadangkan periksa pola pemakanan kita.
1. Hindari Makanan Pedas, Masam dan Berlemak ketika sahur dan berbuka. Bukan tidak boleh langsung, tetapi berpada-pada (makan dalam kuantiti yang sederhana).
2. Hindari Makanan Karbohidrat Ringkas. Pada waktu sahur dan berbuka, eloklah mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak karbohidrat ringkas dan makanan berproses, seperti nasi putih. Boleh tukarkan kepada beras rebus dan beras perang.
3. Minum air secukupya selepas makan, tetapi jangan terlalu banyak. Minum air secukupnya dapat mengurangkan kepekatan asid yang berlebihan. Jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan masalah penghadaman kerana asid menjadi terlalu cair. Elakkan juga minuman yang terlalu manis (bergula) atau bergas.
4. Jangan Makan Terlalu Kenyang. Apabila makan dalam jumlah banyak, perut akan terpaksa bekerja keras dalam jangka masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang diambil. Ini merangsangkan pengeluaran asid yang lebih banyak ke dalam perut. Makan dengan jumlah yang banyak, juga menyebabkan kita menjadi letih dan mengantuk.
5. Hindari Rokok dan Alkohol. Rasa pedih ulu hati boleh disebabkan dari aktiviti merokok dan pengambilan minuman yang berlakohol (sama ada dalah kuantiti yang tinggi atau rendah). Hentikan tabiaat merokok sepanjang Ramadan. Insya Allah akan mudah menghentikannya di luar Ramadan.
6. Menurunkan Berat Badan. Menurunkan berat badan sehingga berat badan yang sepatutnya dapat mengurangkan masalah rasa sakit ulu hati terutamanya masalah GERD. Ini kerana apabila terlalu banyak lemak (terutama lemak vesceral) dalam abdomen, secara tidak langsung memudahkan asid masuk ke dalam esofagus.
7. Mengamalkan minyak zaitun ketika perut kosong sebaik selepas bangun pagi untuk bersahur atau ketika bersahur. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang melindungi dan merawat luka dan keradangan pada permukaan dalam perut.
8. Ambil ubat Untuk Meredakan Sakit Ulu Hati. Ubat yang selalu diberikan oleh doktor adalah ubat seperti: 1. Antasid: Berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut. 2. Antagonis Reseptor H-2 (H2RAs): Berfungsi menurunkan kepekatan dan kauntiti asid dalam perut. 3. Penghalang Pump Proton(PPI): berfungsi seperti H2RAs untuk menurunkan kepekatan dan kuantiti asid dalam perut. Namun begitu jika masih berasa sakit selepas seminggu, saya mencadangkan kembali berjumpa doktor yang bertugas agar pemeriksaan yang lebih lengkap dapat dijalankan.