Antara salah satu buahan paling digemari adalah anggur. Saiznya yang kecil dan rasa manis membuatkan kita leka maka sebiji dan sebiji lagi.
Rupanya dalam satu kajian terbaru dilakukan mendedahkan mendedahkan bahawa tabiat memakan anggur boleh membantu mencegah serangan jantung dan angin ahmar, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Sepasukan penyelidik di California, Amerika Syarikat menguji teori tersebut dengan memberi 19 peserta kajian sebanyak 46 gram serbuk anggur setiap hari.
Selepas empat minggu penggunaan anggur, terdapat peningkatan dalam kepelbagaian mikrobiotik dalam sampel najis dan air kencing yang dikutip daripada peserta.
Pengambilan serbuk anggur didapati berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.
Selain itu, memakan anggur juga dilaporkan mampu menurunkan paras kolesterol yang boleh menyebabkan berlaku sumbatan pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.
Makan anggur juga dikatakan dapat mengurangkan tahap asid hempedu yang memainkan peranan penting dalam metabolisme atau pemprosesan kolesterol.
Kajian baharu tersebut diketuai oleh Pakar Pemakanan dan Profesor Perubatan Universiti California, Li Zhaoping dan diterbitkan dalam jurnal Nutrient.
“Kami mendapati bahawa anggur mempunyai kesan baik terhadap bakteria dalam usus manusia yang memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan manusia.
‘Kajian ini turut mengukuhkan lagi manfaat anggur ke atas penjagaan jantung dengan mengawal penghasilan kolesterol yang lebih rendah,” jelas Li. – Agensi
Salah satu jenis kulit wajah yang sering mendatangkan masalah seperti jerawat adalah jenis kulit berminyak.
Antara faktor kulit berminyak adalah daripada jenis pemakanan yang kita ambil setiap hari tanpa disedari.
Sebenarnya terdapat pelbagai makanan yang dapat memicu penghasilan minyak berlebihan yang sekali gus menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak.
Ayuh, kita lihat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kulit anda berminyak.
Garam adalah salah satu makanan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Pengambilan garam berlebihan dapat menyebabkan dehidrasi selain pengekalan air di dalam badan. Ia juga boleh meningkatkan kadar minyak ketika kulit cuba melawan dehidrasi akibat garam.
Sebaik-baiknya, hindari makanan yang tinggi kandungan garam dan sekiranya memasak kurangkan penggunaan garam dalam masakan seperti sup atau menggoreng.
Daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu ini dapat meningkatkan keradangan pada kulit dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.
Sebagai alternatif gantikan diet anda dengan daging putih seperti ikan dan ayam.
Jika garam mampu membuatkan kulit menjadi berminyak, bagaimana pula dengan gula? Rupa-rupanya gula turut memberi kesan yang sama seperti garam.
Kajian juga menunjukkan makanan dengan kadar gula yang tinggi akan meningkatkan penghasilan IGF-1, iaitu hormon peptida yang merangsang penghasilan minyak berlebihan pada kulit.
Kajian mendapati susu rendah lemak cenderung memicu pertumbuhan jerawat akibat kulit berminyak kerana ia mengandungi IGD-1. Alternatif untuk produk susu yang tidak menyebabkan kulit berminyak adalah susu segar.
Makanan bergoreng tinggi kandungan lemak tepu yang berpotensi menyebabkan keradangan kulit dan akhirnya kulit menjadi berminyak.
Gunakan minyak zaitun untuk memasak yang dapat menghindarkan lebihan minyak pada kulit anda.
Bagi yang mengalami masalah jerawat pasti akan cuba mencari jalan penyelesaikan untuk menghilangkan masalah kulit ini.
Tidak dinafikan pelbagai jenis ubatan yang dijual di pasaran sama ada bentuk gel atau kapsul. Namun jangan tersalah beli, kerana ada antara ubatan untuk jerawat ini boleh membahayakan.
Seperti perkongsian Pakar Kulit, Dr Syazween yang memberitahu bahaya sejenis ubat jerawat yang sering dibeli secara online dan boleh menyebabkan kecacatan kekal bayi.
1) Kecacatan bayi ini dipanggil “Retinoic Acid Embryopathy”. Dianggarkan risiko kecacatan ini berlaku kepada bayi anda, adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding sekiranya anda tidak mengambil ubat ini semasa mengandung.
2) Antara masalah yang boleh berlaku adalah ; – kurang berat badan – kepala bayi kecil dari sepatutnya (microcephaly) – kecacatan otak dan sistem saraf (large ventriculomegaly, thin corpus callosum, elongated midbrain) – pembentukan jantung dan telinga g tidak normal – keguguran
3) Kesan ini boleh berlaku jika ubat ini diambil semasa ataupun sebulan sebelum mengandung. Jika ubat ini berhenti sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung, tiada lagi risiko kesan sampingan ini berlaku kerana ubat ini hanya ada dalam badan manusia selama sebulan sahaja.
4) Sebab itu, SANGAT dianjurkan, jika hendak mengambil ubat ini, perlu ;
– mendapatkan dari pakar kulit sahaja (CPG Malaysia) – menanda tangani borang persetujuan
– jika sudah berkahwin, dianjurkan mengambil langkah pencegahan hamil yg efektif. Bukan pencegahan sekadar natural ya, perlu seperti pil/cucuk dsb. Seeloknya double contraception seperti pil dan kondom. Teknik pencegahan hamil ini diteruskan selama sebulan slps ubat berhenti.
– jika mengambil ubat ini dan hendak mengandung, berhenti ubat ini sekurang-kurangnya sebulan. Ada yang mengesyorkan tunggu dua bulan sebelum mula berusaha untuk mengandung, untuk lebih selamat.
– jika TER-mengandung semasa mengambil ubat ini, TOLONG BERHENTI DAN BERJUMPA DENGAN DOKTOR ANDA SECEPAT MUNGKIN. Kami mungkin perlu merujuk anda kepada pakar O&G utk pemeriksaan bayi dalam kandungan anda.
– jika ambil ubat ini, jangan kongsi dengan orang lain atau derma darah!
Ok itu sahaja utk hari ini. Ubat isotretinoin tidak berbahaya semata-mata. Apabila perlu, memang kami doktor kulit akan berikan. Anda sebagai pesakit perlu mengambil effort utk tahu apa kebaikan dan apa kesan sampingannya k.
Semoga bermanfaat.
Ps : Gambar dari carian google
Yang benar, Dr Syazween Pakar Kulit
For more health info, follow us on FB : Syazli, Syameen and Syazween Aesthetics, Plastic Surgery and Dermatology
Ref : 1) Embryopathy associated with a vitamin therapy (2018) 2) Vitamin A Toxicity (2022) 3) Malaysian CPG Acne Vulgaris (2012)
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.