“Minum Teh Hijau Sebahagian Diet Berkhasiat, Tapi Bukan Shortcut Nak Kurus” – Pakat Nutrisi Jelaskan Sebabnya

Ada yang mengatakan salah satu cara diet yang lebih mudah untuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengambil minuman green tea.

Adakah benar pengambilannya boleh menyebabkan pengurangan berat badan cara lebih mudah dan sihat.

Perkongsian pakar nutrisi, Syaza Nutrinionist  yang merupakan ahli Grup Makmal Makanan (MaMa) menjelaskan pengambilan green tea bukanlah jalan singkat untuk kurus.

GREEN TEA BUKAN SHORTCUT UNTUK KURUS

Saya tengok masih ramai yang confuse terutamanya ahli2 group yang baru. Bila tengok orang post minum ahmad green tea ni boleh kurus, semua pakat beli.

Tapi betul ke green tea ni bagus untuk diet? Tingkat metabolisma? Bantu bakar lebih lemak? Seperti yang digembar gemburkan?

Sebenarnya masih kurang lagi kajian tentang keberkesanan green tea dalam penurunan berat badan.

Antara kajian yang dah dilakukan, menunjukkan bahawa komponen tertentu dalam green tea, termasuk bahan kimia tumbuhan yang dipanggil catechin, boleh mengurangkan berat badan dan menyokong  penurunan berat badan.

Kandungan caffeine di dalamnya juga dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Walau bagaimanapun, kajian ini menggunakan ekstrak teh hijau yang sangat tinggi berbanding dengan apa yang kita minum.

Tetapi hakikatnya jika kita banyak minum air kosong (sekurangnya 2 liter), juga terbukti menurunkan berat badan.

Dalam satu kajian selama setahun dijalankan, 173 wanita mendapati bahawa minum lebih banyak air kosong sahaja dapat menurunkan berat badan dan lemak yang lebih banyak, tanpa mengira jenis diet atau senaman.

Kesimpulannya, kesan green tea terhadap penurunan berat badan hanya mempunyai kesan yang kecil dan tidak signifikan. Mengambil green tea terlampau banyak juga  (3-6 cawan)  sehari boleh menjejaskan penyerapan nutrien kerana kandungan caffeine yang ada.

Namun jika diambil secara bersederhana, green tea akan dapat membantu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih tenang.

Ia juga boleh menambahkan fokus dan tumpuan selain memberi manfaat kepada kesihatan dan mencegah keradangan oleh kerana kandungan antioksida yang tinggi didalamnya.

Kalau betul nak kurus, elakkan minuman manis atau elakkan tambah gula dalam minuman.

“GREEN TEA HARUS DINIKMATI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA DIET BERKHASIAT, BUKANNYA JALAN SHORTCUT”

**Saya pun suka green tea

#SyazaNutritionist

#pakarpemakanan

Artikel Berkaitan:

Terus Jumpa Doktor Lebih 2 Minggu Ulser Mulut Tak Sembuh. Takut Rupanya Simptom Awal Kanser!

Guna 2 Bahan Dapur Je, Rahsia Wanita Ini Miliki Wajah Flawless & Glowing Seperti Rawatan Di Spa

Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang

Siti Zurina Mat Saman

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan