Minum Rebusan Air Daun Pandan, Boleh Hilangkan Bau Badan & Pelbagai Khasiat Lain. Tidak dinafikan daun pandan memang banyak kegunaannya. Baik untuk kecantikan ataupun kesihatan luar dan dalaman.
Malah bau daun pandan yang wangi itu juga sebenarnya satu terapi bagi kita untuk memberi lebih ketenangan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, memberitahu pelbagai jenis kegunaan daun pandan berwarna hijau ini.
Petua orang kampung Kenal tak pokok ni..
Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni. Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.
Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan. Antaranya :
*Menurunkan darah tinggi* Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
*Mengubati lemah saraf* Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Boleh Hilangkan Bau Badan
*Mengatasi lemah syahwat* Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Ads
*Menurunkan bacaan gula* Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
*Mencuci kewanitaan* Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
*Merawat gaot* Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
*Menghilangkan bau badan* Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
*Matikan kuman dalam darah* Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
Ads
*Menurunkan Kolesterol* Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
Pelbagai Khasiat Lain
*Mengatasi sembelit* Rebus daun pandan dan minum airnya.
*Melembutkan daging* Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
*Buka selera makan* Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
*Makanan tidak cepat basi* Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
Ads
*Merawat rambut* Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
*Melicinkan kulit* Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah* Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
*Pewangi alami* Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
*Merawat susah tidur* Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal… Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
*Pewarna asli* Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
*Buang angin dalam badan* Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
*Mengecutkan rahim* Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Baru-baru ini tular bahaya penyakit Kawasaki setelah anak kepada pelakon Amyra Rosli diserang penyakit ini hingga dimasukkan ke hospital.
Justeru itu, ramai ibu-ibu di luar sana mulai bimbang dengan penyakit ini, terutama yang baru pertama kali mendengarnya.
Penjelasan Dr Izzar Anwari memberitau apa penyebab penyakit Kawasaki ini dan sejauh mana bahayanya boleh menganggu anak-anak kecil.
Dari perkongsian media sosial pelakon amyra Rosli mengenai keadaan anaknya baru-baru ini.
Penyakit Kawasaki / Kawasaki Disease
Penyakit Kawasaki adalah suatu penyakit demam akut yang menyebabkan keradangan (inflammation) pada salur darah di jantung dan selalunya berlaku pada kanak2 berumur bawah 5 tahun, lelaki dan berketurunan dari asia.
Punca kanak2 tu mendapat Penyakit Kawasaki tu masih BELUM DIKETAHUI lagi.
GEJALA-GEJALA Penyakit Kawasaki ialah:
-Demam tinggi (melebihi 39C) lebih 5 hari -Ruam di badan -Bengkak tangan dan kaki -Bengkak kelenjar (di leher) -Mata menjadi amat merah -Keradangan di mulut, bibir dan tekak -Lidah amat merah (macam strawberi)
Penyakit Kawasaki menyerang jantung anak dan menyebabkan komplikasi pada salur darah, otot, dan injap jantung kalau dibiar lama.
Berita baik. Penyakit Kawasaki ni ada rawatannya.Tapi yang penting, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor dengan segera kalau demam dah tinggi tu. Janganlah tunggu lama2. Amat penting rawatan diterima dalam tempoh 10 hari demam. Jaga diri semua #drizzarshares @ayshaarsylia
Keguguran rambut memang menjadi masalah kepada setiap wanita. Malah jika waktu mandi pasti akan dilihat segumpal rambut berguguran di lantai bilik air.
Bukan saja wanita tidak berhijab, yang memakai tudung juga tidak berkecuali mengalami masalah ini.
Banyak faktor berlaku keguguran rambut dan salah satunya penggunaan bahan kimia yang banyak. Jangan risau kerana ada cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini.
Perkongsian Najwa Abdulrahman di Facebook yang berkata petua ini diberi oleh orang Arab untuk mengatasi masalah ini dan kesannya memang sangat mujarab.
Petua ini hanya memerlukan satu bahan sahaja dan ia selamat untuk digunakan.
Guna Satu Bahan Je Elakkan Rambut Gugur
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat guna..
Najwa dah kali kedua guna petua ni.. mmg puas hati alhamdulilahhh
Bunga cengkih banyak kegunaan dia lain di guna untuk masak.. salah satu najwa guna dia untuk hilang masalah najwa alami lama dah..
– Kelumumur – Rambut berminyak – Rambut gugur
Mana-mana shampoo pun boleh.. tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit..
Sebenarnya petua ini untuk lebat kan rambut tapi kesan dia banyak lagi..
Najwa takdak gatal-gatal lagi-lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ini..
Rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut tak gugur berkilo..
*Najwa ambik petua ini dari orang arab* bagi tahu siap-siap satgi ada orang bising pulak
Masih muda tetapi Farisha Iris tak kedekut kongsi tip cantik yang dia amalkan dalam rutin hariannya kepada umum.
Pernah menjadi peserta Idola Kecil, Ceria Popstar dan Big Stage, Farisha mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya.
Farisha Iris Kongsi Tip Cantik, Umur 20-an Dah Boleh Mula
Yelah, ramai peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Haa… jom ‘gali’ rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris!
1. Rehat Yang Mencukupi
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
2. Ambil Air Secukupnya
Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Tapi Farisha juga rajin pakai mask ya, ini yang dia amalkan.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Jangan kata anak dara tak perlu jaga kulit wajah sebab masih muda ya, sebaiknya pembaca Rapi kena mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Barulah boleh maintain kulit berish tanpa cela biar pun umur dah meningkat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!